A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Mental
  4. /
  5. Kesihatan Mental Umum
  6. /
  7. Isu Seksual
  8. /
  9. Lesbian atau Wanita Homoseksual

Lesbian atau Wanita Homoseksual

Pengenalan

“Lesbian” atau lesbianisme adalah sejenis perhubungan di mana wanita tertarik kepada wanita. Merujuk kepada wanita yang tertarik terhadap wanita lain. Di Barat, lesbianism mula menjadi budaya popular mempengaruhi aliran feminisme yang mempersoalkan peranan tradisional kaum lelaki. Di dalam bab ini, lesbianisme akan juga dirujuk sebagai wanita homoseksual.

Kenapa seseorang itu menjadi ‘lesbian’?

  • Wanita menyukai wanita, kerana wanita lebih sukakan seseorang yang cenderung menyuarakan cinta berahinya kepada pasangan beliau. Ini mengkin berbeza berbanding kaum lelaki, yang pada keseluruhannya dianggap kurang romantis.
  • Apabila wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di mana keseluruhan pelajarnya adalah wanita, mereka seolah-olah ‘terkepung’ untuk mencipta suasana romantis sesama sendiri, seperti dalam asrama pelajar wanita. Penyeliaan, perjumpaan sosial sesama wanita juga berkecenderungan membentuk keterbegantungan dan kecintaan antara wanita, untuk satu sama lain.
  • Wanita yang mengambil keputusan untuk meletakkan kerjaya mereka melebiki keutaman lain – meraikan kemerdekaan, lalu menolak peranan kolot di dalam kumpulan masyarakat yang dipaksakan. Mereka berpendapat hanya wanita sahaja yang memahami sesama wanita.
  • Wanita yang mempunyai lebihan hormon adrenal korteks biasanya lebih cenderung kepada lesbianisme.

Adakah wanita homoseksual suatu gangguan Kecelaruan Mental?

Selepas klasifikasi homoseksualiti dikeluarkan daripada senarai rujukan Manual DSM pada 1973, wanita homoseksual tidak lagi dianggap sebagai mengalami gangguan kecelaruan mental. Bagaimana pun, banyak rujukan pesakit yang mengalami masalah orientasi seksualiti ini datang ke klinik rawatan psikiatri disebabkan oleh gangguan emosi, seperti: keresahan, kemurungan, penyalahgunaan dadah dan kecelaruan berkaitan tabiat pemakanan.

Keseluruhannya, pasangan lesbianisme kurang mengalami pemencilan daripada kumpulan masyarakat, dan mempunyai kestabilan perhubungan ‘perkahwinan’ yang lebih, baik berbanding dengan golongan lelaki homoseksual.

Pandangan Islam tentang homoseksualiti lelaki dan wanita adalah sangat konsisten seperti yang diperincikan di dalam Al-Quran.

 

Firman Allah:

“Kami menghantar Lut: Dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, sesungguhnya ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menkehendaki sesuatu dari bahaya itu (homoseksualliti). Sesungguhnya pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?” – Al-Quran 7:80-81.

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan).” – Al-Quran 26:165-166

 

Kesudahannya, setelah kaum Nabi Lut enggan meninggalkan homoseksualiti berupa kemusnahan seluruh bandar yang mereka diami.

 

“Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.” – Al-Quran 11:82-83

 

Bagaimana Islam mengimbangi hakikat bahawa pondan itu dilahirkan berdasarkan fakta ilmu perubatan dan Al-Quran pula melarang perbuatan yang menjurus kearahnya.

Di negara masyarakat umatnya Islam, wanita l’esbian’ tidak dibenarkan memenuhi peranan dwi-identiti seperti yang telah digariskan dalam garispanduan tradisi berkenaan peranan wanita dalam Islam serta pandangan masyarakat terhadap mereka.

Semakan Akhir : 11 November 2013
Penulis : Prof. Madya Dr. Mohd Jamil Bin Yaacob

 

Artikel Berkaitan

Aditif Ubat

Pengenalan Aditif ubat (kandungan tambahan) atau drug additives adalah sebatian

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,431

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia