A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Mabuk Perjalanan

Mabuk Perjalanan

Pengenalan

Mabuk bukan penyakit tetapi tindak balas normal  disebabkan pergerakan luar biasa yang berintensi tinggi dan mengambil tempoh yang lama. Adakalanya dirujuk sebagai mabuk laut atau mabuk kereta.

Faktor risiko:

  • Perjalanan laut > udara > kereta  > keretapi
  • Wanita > Lelaki
  • Pelancong kurang berpengalaman > Pelancong yang berpengalaman
  • Usia muda > Usia tua
  • Penumpang > Anak kapal
  • Penumpang > Pemandu

Tanda dan Gejala

Loya, berpeluh, peliuran, pening, berasa penat dan muntah-muntah adalah gejala biasa. Gejala ini jarang berlaku dalam kalangan bayi di bawah dua (2) tahun dan kebanyakan yang mengalaminya berusia antara tiga (3) hingga duabelas (12). Warga tua kurang terdedah.

Rawatan

Ubat-ubatan seperti antihistamin atau scopolamines seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

Pencegahan

Nasihat khusus untuk mencegah atau merawat mabuk perjalanan:

Jangan berjalan semasa perut kosong; ini seolah-olah menggalakkan mabuk perjalanan. Bagi kanak-kanak berisiko, elakkan memakan dengan banyak sebelum dan semasa perjalanan tetapi meminum jus buah-buahan atau soda dengan kerap.

Jika loya, pegunkan kepala. Elakkan membaca tetapi boleh mendengar muzik.

Tingkatkan pengudaraan, kurangkan pengambilan makanan dan elakkan pengambilan alkohol untuk mengurangkan mabuk. Ubat-ubatan dari bahan semulajadi seperti halia boleh juga membantu.

Jika berada dalam kenderaan:

  • Kereta – duduk di bahagian kerusi depan. Halakan posisi ke hadapan, bukannya ke sisi tingkap.
  • Bot – cuba berada di bahagian tengah (amidship).  Baringkan badan secara terlentang dengan kepala disokong dengan bantal. Pastikan kepala pegun dan mata tertutup. Jika di atas dek, halakan posisi kes bahagi hadapan. Panduan: Bayangkan anda sedang menari dengan bot tersebut.
  • Kapal terbang – dapatkan tempat duduk di bahagian tengah kabin kerana pergerakan adalah kurang ketara. Bersandar di kerusi, pegunkan kepala dan pandang ke hadapan.
  • Ubat yang digunakan untuk mencegah mabuk perjalanan adalah scopolamine dan antihistamin.

Sumber

International Travel & Kesihatan, WHO 2006

Semakan Akhir : 19 Jun 2013
Penulis : Dr. Norhayati Rusli

 

Artikel Berkaitan

Penanda Kanser

Kanser Kanser adalah antara penyebab utama kematian di seluruh dunia,

Prosedur Rawatan Ortodontik

Your browser does not support the video tag. [flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,827

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia