A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Optometri
  6. /
  7. Mak, Saya Tak Nampak…

Mak, Saya Tak Nampak…

Pengenalan

Jangan ambil mudah jika anak-anak kita mengeluh “mak, saya tak boleh nampak tulisan di papan hitam”. Ibu bapa perlulah mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku situasi seperti ini.

Ramai ibu bapa terkejut apabila diberitahu bahawa anak mereka rabun dan perlu memakai cermin mata. “Macam mana pula boleh berlaku sebab kami suami isteri tak pernah pakai cermin mata?

Ada pula ibu bapa yang melengah-lengahkan pemakaian cermin mata dengan alasan, “Anak saya kecil lagi, tunggulah dia besar sikit”.

Ada pula yang berpendapat jika lebih awal memakai cermin mata, maka lebih cepat kuasa cermin mata bertambah. Andaian-andaian sebegini adalah tidak benar kerana ia boleh memburukkan lagi tahap penglihatan anak anda.

Sekiranya anak anda didapati rabun dan perlu memakai cermin mata, maka bertindaklah dengan segera bagi mengelakkan terjadinya mata malas’.

Mata malas bermaksud penglihatan yang tidak dapat dibaiki meskipun setelah memakai cermin mata yang sesuai. ‘Mata malas’ boleh berlaku pada satu atau kedua-dua belah mata.

Sekiranya terapi penglihatan diberikan segera sebelum usia anak menjangkau 7 tahun, keadaan ‘mata malas’ ini mungkin boleh dipulihkan.

Sekiranya dibiarkan tanpa pemakaian cermin mata/kanta lekap yang sesuai atau terapi penglihatan, mungkin mata tersebut akan terus menjadi lemah dan lama-kelamaan ia mungkin tidak dapat berfungsi lagi.

Antara punca yang menyumbang kepada kabur penglihatan ialah :

  • Rabun
  • Juling
  • Katarak kongenital
  • Kelopak mata jatuh (ptosis)
  • Penyakit mata

Oleh itu ibu bapa perlu peka akan perilaku anak-anak mereka yang menunjukkan tanda-tanda bahawa anak mereka mempunyai masalah penglihatan.  

Kelopak atas mata kanan jatuh dan mata kanan juling

Tanda-tanda masalah penglihatan pada kanak kanak:

  • Membaca buku pada jarak yang terlalu dekat.
  • Sukar membaca tulisan di papan hitam di sekolah.
  • Tidak dapat membaca pada jangka masa yang lama.
  • Sering menggosok mata.
  • Sering mengelipkan mata dan mengecilkan mata untuk melihat.
  • Kerap pening dan sakit kepala.
  • Sensitif pada cahaya yang terang.
  • Gemar menggunakan satu mata untuk melihat

Nasihat kepada ibu bapa

Sekiranya terdapat sebahagian daripada tanda-tanda di atas pada anak anda, bawalah mereka untuk mendapat pemeriksaan optometris dengan segera. Pemeriksaan mata komprehensif akan dilakukan dan optometris akan mengesahkan keadaan mata anak anda. Jangan berlengah sekiranya anak anda perlu memakai cermin mata bagi mengelakkan mata malas berlaku. Ibu bapa dan ahli keluarga yang lain perlu memberi sokongan dan galakkan mereka supaya sentiasa memakai cermin mata. Seeloknya cuba hindari sikap mengejek anak yang bercermin mata. Berjumpalah dengan guru kelas untuk menerangkan masalah penglihatan yang anak anda alami.

Rajah : Kanak-Kanak Perlu Diberi Perhatian Tentang Kepentingan Mata

Kanak-kanak yang kelihatan normal pada mata kasar perlu juga menjalani pemeriksaan mata. Pemeriksaan pertama terhadap kesihatan mata harus dilakukan seawal usia empat tahun atau ketika mula memasuki tadika. Pada peringkat umur sebegini mereka tidak mampu membezakan penglihatan yang normal dengan tidak normal. Mereka tidak berupaya memberitahu ibu bapa mereka sekiranya penglihatan mereka kabur. Oleh itu pemeriksaan menyeluruh terhadap mata kanak kanak ini perlu dilakukan bagi menilai tahap kesihatan mata.mereka. Sebarang masalah yang memerlukan pemakaian cermin mata, kanta lekap atau terapi penglihatan, dapat dilakukan dengan segera dan dibetulkan sebelum melangkah ke alam persekolahan  

Rujukan

Semakan Akhir : 22 September 2014
Penulis : Pn. Nor’aini bt. Anuar
Penyemak : Pn. Rosmawati bt. Uthman

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia