A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Bidang Kepakaran
  6. /
  7. Keperluan Khas
  8. /
  9. Maklumat Untuk Pesakit Keperluan...

Maklumat Untuk Pesakit Keperluan Khas/Penjaga Yang Akan Menjalani Rawatan Pergigian Di Bawah Bius Umum

Pengenalan

Sekiranya anda perlu menjalani rawatan pergigian di bawah bius umum, ini bermakna ubat-ubatan bius akan digunakan supaya anda berada dalam keadaan tidur. Ketika itu, semua rawatan pergigian yang perlu akan dilakukan tanpa anda sedari dan yang paling penting anda tidak merasa sebarang kesakitan.

Kebiasaannya, anda perlu dimasukkan ke dalam wad sehari sebelum sebagai persediaan untuk sedasi bius umum.  Rawatan pergigian akan dilakukan pada hari berikutnya. Jika semuanya berjalan dengan lancar, anda boleh pulang ke rumah pada hari yang sama selepas rawatan pergigian dijalankan. Jika tidak, anda perlu tinggal semalam lagi di wad untuk pemerhatian selanjutnya. Anda sudah boleh pulang ke rumah pada hari ketiga jika tiada apa-apa masalah.

Terdapat beberapa hospital yang boleh menawarkan rawatan harian di bawah bius umum sekiranya tahap kesihatan anda stabil dan memuaskan. Apabila anda dijadualkan untuk mendapat rawatan harian, ini bermakna anda tidak perlu bermalam di hospital. Anda perlu berada di wad yang ditetapkan seawal jam 7.00 pagi pada hari rawatan dan boleh pulang ke rumah pada hari yang sama sebelum jam 5.00 petang.

Sila maklumkan kepada doktor gigi anda secepat yang mungkin jika anda merasa tidak sihat seperti mengalami demam, batuk dan/atau selsema sebelum bius umum, Rawatan pergigian di bawah bius umum akan ditangguhkan untuk mengelakkan sebarang komplikasi pernafasan.

Rawatan pergigian komprehensif

Rawatan pergigian atau juga dikenali sebagai rawatan pergigian komprehensif (menyeluruh) boleh melibatkan prosedur-prosedur berikut:

EUA = Examination Under   
           Anaesthesia

  • Pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor gigi di dalam mulut: gigi, gusi, tisu lembut & tisu keras.

Pengimejan pergigian

  • Imej/x-ray yang diambil oleh doktor gigi jika diperlukan untuk memeriksa sebarang keabnormalan atau masalah.

Penskaleran gigi

  • Prosedur pembersihan gigi menggunakan mesin ultrasonik.

Tampalan

  • Menampal gigi yang berlubang dengan menggunakan jenis tampalan yang sesuai seperti amalgam/ sewarna.

Cabutan gigi

  • Mencabut gigi atau tunggul gigi yang rosak dan tidak dapat diselamatkan disebabkan oleh gigi bergoyang atau jangkitan dan perlu dicabut.

 

Pembedahan kecil untuk mencabut gigi 

  • Cabutan gigi atau tunggul gigi yang rosak dan tidak dapat diselamatkan disebabkan oleh gigi bergoyang atau jangkitan dan sukar untuk dicabut.
  • Gigi geraham bongsu yang tiada fungsi atau mempunyai jangkitan.

Biopsi

  • Sedikit tisu lembut atau tisu keras diambil untuk dianalisa oleh pakar patologi mulut untuk mengetahui atau mengesahkan  sebarang keabnormalan.Contoh: Gusi yang membengkak (sila lihat gambar kanan).

 

 

Pemeriksaan darah

  • Ia dilakukan kepada pesakit keperluan khas yang tidak dapat melakukan pemeriksaan darah sebelum bius umum dijalankan kerana masalah kelakuan.
  • Keputusan darah akan dijadian sebagai penanda aras atau pemeriksaan darah secara berkala.

Rawatan akar gigi

  • Rawatan akar gigi diselesaikan dalam satu sesi dibawah bius umum. Walau bagaimanapun, rawatan ini adalah terhad dan bergantung kepada keadaan gigi dan golongan pesakit.

Persediaan sebelum bius umum

Arahan berkaitan pergigian selepas sedasi umum

* Apabila di rumah, jika anda mengalami pendarahan yang banyak dan serius, kesakitan yang melampau, loya yang berterusan atau suhu badan yang meningkat secara mendadak, sila dapatkan rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasan di Hospital.
** Anda akan diberi temujanji susulan di antara 1 sehingga 4 minggu selepas rawatan pergigian di bawah sedasi umum dijalankan.

 

Semakan Akhir : 11 November 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Norjehan bt. Yahaya
Akreditor : Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah

 

Artikel Berkaitan

Pemakaian Elastik

Elastik adalah gegelang kecil kenyal yang diperbuat daripada getah asli / tiruan yang akan diberikan oleh pakar ortodontik anda untuk dipakaikan pada pendakap gigi dalam konfigurasi tertentu. Pendakap gigi sahaja kadangkala tidak dapat menggerakkan gigi ke kedudukan yang dikehendaki oleh pakar ortodontik, tetapi dapat dibantu dengan pemakaian elastik.

Gigi Terimpak

Gigi terimpak didefinisikan sebagai gigi yang tertanam di dalam rahang yang telah melangkaui tarikh normal pertumbuhan gigi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,712

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia