A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. PROSEDUR MAMOGRAFI- STEREOTAKTIK BIOPSI...

PROSEDUR MAMOGRAFI- STEREOTAKTIK BIOPSI PAYUDARA

Prosedur Mamografi- Stereotaktik Biopsi Payudara merupakan prosedur intervensional bagi mengeluarkan sebahagian kecil tisu payudara untuk menentukan keabnormalannya apabila imej mamogram menunjukkan pertumbuhan kecil atau kehadiran mikrokalsifikasi yang dikesan menggunakan mesin mamografi.

Apakah Maksud Mamografi- Stereotaktik Biopsi Payudara?

Sebahagian kecil tisu payudara dikeluarkan melalui kaedah bukan pembedahan menggunakan mesin mamografi untuk menentukan keabnormalannya.

Bilakah Seorang Wanita Perlu Menjalani Prosedur Stereotaktik Biopsi Payudara?

  • Seorang wanita perlu menjalani prosedur stereotaktik biopsi payudara apabila imej mamogram menunjukkan salah satu daripada tanda-tanda berikut (1):

– lesi massa yang mencurigakan.

– mikrokalsifikasi (deposit kalsium kecil).

– tisu payudara yang strukturnya berubah (architectural distortion).

– perubahan pada rupa tisu payudara (asymmetric density).

– kehadiran massa/ kalsium baru di tapak pembedahan sebelumnya.

Mengapa Kaedah Prosedur Stereotaktik Biopsi Payudara Adalah Kaedah Terpilih?

Kaedah ini dipilih berbanding kaedah lain, apabila pertumbuhan yang kecil atau kehadiran mikrokalsifikasi dikesan pada mamogram tetapi tidak kelihatan di bawah bimbingan ultrasound. Ciri-ciri ini menjadikan prosedur stereotaktik biopsi payudara kaedah yang dipilih.

Siapakah Yang Akan Melakukan Prosedur Stereotaktik Biopsi Payudara?

Prosedur stereotaktik biopsi payudara adalah hasil kerjasama antara pakar radiologi, Juru X-ray dan jururawat dan yang paling penting adalah kerjasama pesakit.

Mengapa Unit Mamografi Perlu Digunakan Untuk Prosedur Ini?

Prosedur ini boleh dilakukan menggunakan unit mamografi konvensional atau digital. Dengan menggunakan sinar-x dan koordinat pada komputer (x, y dan z) pertumbuhan tidak normal dalam payudara dapat ditentukan dengan tepat.

Adakah Persediaan Pesakit Diperlukan Sebelum Menjalani Prosedur Stereotaktik Biopsi Payudara (2) & (3)?

  • Pesakit dinasihatkan supaya tidak memakai deodoran, minyak wangi, losyen pada payudara dan juga di ketiak kerana pada imej mamografi ia memberi gambaran kehadiran mikrokalsifikasi.
  • Pesakit dinasihatkan untuk membawa bersama filem mamogram dan laporan lama apabila beliau datang untuk prosedur stereotaktik biopsi payudara.
  • Sebaik-baiknya pesakit tersebut perlu diitemani oleh rakan atau saudara yang boleh menemaninya selepas prosedur.
  • Pesakit akan ditanya sama ada beliau makan apa-apa pil anti-koagulan seperti Warfarin, Aspirin. Jika YA, maka beliau dia dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pegawai perubatan tentang bagaimana dan bila untuk meneruskan ubat dia sebelum prosedur.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pesakit yang menghidap kencing manis. Pesakit perlu memaklumkan kepada pakar radiologi/ Juru X-ray jika mengesyaki dirinya mungkin mengandung.

Apakah Yang Berlaku Dalam Prosedur Stereotaktik Biopsi Payudara?

Terdapat tiga (3) fasa prosedur;

Pra-prosedur

  • Pesakit yang boleh mengandung diminta untuk tarikh LMP (Tempoh Haid Akhir) oleh Juru X-ray atau pakar radiologi; Peraturan perlindungan sinaran yang sesuai untuk prosedur ini adalah peraturan ’28 hari’.
  • Pesakit itu diminta untuk membawa filem mamografi dan laporan lamanya; tidak memakan ubat anti-koagulan (mencairkan darah) dan dinasihatkan tidak memakai minyak wangi, bedak dan losyen pada payudara beliau dan di ketiaknya.
  • Pesakit tersebut juga dinasihati memakai dua keping pakaian (two piece attire) dan diminta menanggalkan pakaian pada bahagian atas sahaja.

Semasa prosedur

  • Pesakit itu akan diletakkan sama ada dalam posisi duduk atau berbaring di atas perut dengan payudara yang berkaitan dimampatkan (compressed). Pilihan posisi pesakit adalah bergantung kepada kawasan di mana keabnormalan tisu wujud.
  • Pesakit itu terus diberi keyakinan dan diminta memberi kerjasama sepanjang prosedur itu.
  • Imej/ filem mamografi diambil untuk menentukan kawasann yang abnormal dengan tepat sekali.
  • Setelah kawasan yang berkenaan ditentukan, ia dibersihkan dan anesthesia setempat diberikan bagi mengebaskan kawasan tersebut.
  • Berikutan itu, potongan kecil/ nick dibuat di kawasan tersebut. Dengan menggunakan alat khas jarum dipandu ke kawasan berkaitan dan beberapa sampel tisu payudara diambil untuk dihantar ke makmal.
  • Pembalut steril digunakan untuk menutup kawasan yang dibiopsi.
  • Bergantung kepada lokasi/ kawasan yang mencurigakan pesakit diposisikan pada kedudukan yang sesuai.

stereotactic_breast_biopsy_1a   stereotactic_breast_biopsy_1b

(a) Kedudukan telentang sisi                     (b) Pesakit duduk menghadap unit

Gambar 1 (a), (b): Dua cara yang berbeza untuk memposis pesakit menggunakan sistem mamografi stereotaktik uprights (3)

stereotactic_breast_biopsy_2Gambar 2: Paparan terperinci mengenai prosedur stereotaktik biopsi payudara (4)

Selepas prosedur (5)

  • Pesakit mungkin berasa pening apabila beliau bangun dari posisi biopsi. Maka beliau dinasihatkan untuk berehat sekurang-kurangnya selama 30 hingga 60 minit sebelum meninggalkan bilik mamografi.
  • Pesakit tersebut diberikan ubat tahan sakit seperti paracetamol (panadol) dan dinasihatkan.
  • Mengambil ubat tersebut setiap 4 jam (jika masih berasa sakit).
  • Pesakit tersebut dinasihatkan untuk tidak:

– mengeluarkan pembalut steri untuk sekurang-kurangnya 24 jam.

– mandi 24 jam selepas prosedur.

– melakukan apa-apa aktiviti yang berat seperti mengangkat, memasak untuk sekurang-kurangnya 24 jam.

Rujukan

  1. Health Library. Breast Needle Biopsy. (http://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=2011020225)
  2. Preparing for stereotactic breast biopsy (http://www.wakemed.org/body.cfm?id=1029)
  3. Breast biopsy-stereotactic.(Images) (http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/007433.htm)
  4. Benefits and Risks of Breast Biopsy.(Images) (http://www.imaginis.com/biopsy/benefits-and-risks-of-breast-biopsy)
  5. Memorial Sloan Kettering Cancer Centre. (http://www.mskc.org/cancer-care/patient-education/resource/care-instructions-after-image-guided-breast-biopsy-ultrasound-mri-stereotactic Images on 10 days & 28 days. (http://www.google.com.my/imgres?start=388&biw=1024&bih=540&tbm=isch&tbnid=ZcA9_4B_woZ2M%3A&imgrefurl=http%3A%2F%2Fjezebel.com%2F5923069%2Ffor-a-super%2Bsmart-baby-leave-it-in-your-uterusforever&docid=ziXberDLOzafoM&imgurl=http%3A%2F%2Fimg.gawkerassets.com%2Fimg%2F17rn8x8ny78bojpg%2Fku-)
  6. Radiology now. The “10-Day Rule” DOI: http://dx.doi.org/10.1259/0007-1285-46-551-933. January 28, 2014. (http://www.birpublications.org/doi/abs/10.1259/0007-1285-46-551-933)
  7. The 28 Day Rule. (http://www3.ha.org.hk/qmh/department/Clinical%20Department/Radiology/xray.htm)
  8. What is a Stereotactic Breast Biopsy? (http://www.wakemed.org/body.cfm?id=1029)

 

Semakan Akhir : 2 Jun 2016
Penterjemah : Pushpa Thevi Rajendran
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

CT ABDOMEN

Apakah itu CT Abdomen? CT Scan Abdomen merupakan satu pemeriksaan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,457

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia