A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mamogram

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/mamogram/mamogram.flv[/flv]

Download:

 

  • Mamogram merupakan cara terbaik mengesan kanser payu dara sebelum ia dapat dikesan dengan pemeriksaan klinikal ataupun pemeriksaan sendiri.
  • Mamogram adalah ujian x-ray payudara yang perlu dijalani oleh wanita bagi mengenalpasti perubahan pada tisu payu dara. Imej payudara akan dihasilkan pada filem.
  • Melalui ujian mamogram, cadangan pemeriksaan seterusnya akan diberikan sekiranya imej mamogram tersebut mencurigakan.
  • Fungsi mamogram adalah untuk tujuan berikut:
  • Mamogram boleh mengenalpasti kanser walaupun dari saiz yang kecil yang tidak dapat dirasa oleh wanita tersebut ataupun doktor yang berpengalaman.
  • Mamogram juga mampu menunjukkan perubahan lain pada tisu payudara yang merupakan tanda-tanda awal kanser payudara
  • Mamogram dasar (baseline mammogram) adalah penting sebagai garis panduan untuk rujukan di masa akan datang. Bersama-sama dengan pemeriksaan fizikal, mamogram telah terbukti sangat berkesan untuk menyelamatkan nyawa, terutamanya bagi wanita yang berumur 50 tahun ke atas yang tidak menunjukkan sebarang gejala kanser payudara.

Prosedur Mamogram

  • Tugas melakukan mamogram dikendalikan oleh juru x-ray mamogram wanita yang terlatih. Prosedur yang dilakukan sewaktu menjalani pemeriksaan mamogram adalah mudah. Pertamanya, anda akan menanggalkan pakaian daripada paras pinggang ke atas.  Ini adalah untuk membolehkan pemeriksaan kepada bahagian payudara anda.
  • Prosedur ini kebiasaannya akan diambil dari 2 sudut bagi setiap satu payudara. Kedua arah imbasan yang akan dilakukan ialah dari bahagian atas dan sisi. Seterusnya anda akan diposisikan oleh juru x-ray pada kedudukan yang sesuai serta selesa untuk menjalani imbasan tersebut.
  • Kemudiannya bahagian payudara akan ditekan untuk memperolehi kemampatan dan untuk meratakan tisu payudara. Ini adalah untuk memudahkan lagi proses mengenal pasti sebarang tisu tidak normal dengan tahap pancaran radiasi yang rendah.
  • Sewaktu melaksanakan prosedur ini, juru x-ray akan melakukannya dengan cermat serta berhati-hati.  Mereka akan berusaha untuk memastikan anda tidak mengalami rasa sakit dan tidak selesa sewaktu menjalani proses saringan mamogram ini.

Siapa yang perlu menjalani ujian mamogram?

  • Wanita berumur 50 hingga 74 tahun perlu menjalani ujian ini sekali dalam 2 tahun.
  • Wanita yang berisiko tinggi seperti mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidapi kanser payu dara atau pernah menghidapi kanser payu dara.

Jika doktor anda mengesan ketumbuhan pada payu dara, anda perlu menjalani ujian ini secara berterusan atau berkala.

M

 

Artikel Berkaitan

Pap Smear

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/pap_smear/pap_smear.flv[/flv] Download:   Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan

Goiter

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/goiter/goiter.flv[/flv] Download:   Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak

Lumbar Puncture

[flv]https://myhealth23.primuscore.com/media/download/animasi/dewasa/lumbar puncture/lumbar puncture.flv[/flv] Download:   Tebukan spinal atau lumbar puncture 

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,828

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia