A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Warga Emas
  4. /
  5. Penyakit Biasa
  6. /
  7. Masalah Berjalan Di Kalangan...

Masalah Berjalan Di Kalangan Warga Emas

Masalah Berjalan Di Kalangan Warga Emas

Seramai 35% peratus warga emas berumur 70 tahun dan ke atas mengalami masalah berjalan.  Masalah berjalan melibatkan banyak faktor contohnya, kelajuan berjalan berkurangan, kehilangan keseimbangan dan koordinasi pergerakan. Untuk warga emas, kelajuan berjalan, masa bangun dari posisi duduk dan kebolehan untuk menyeimbangkan badan adalah petunjuk penting pada kebolehan warga emas melakukan aktiviti seharian seperti membeli-belah, memandu, memasak dan lain-lain. Kebolehan untuk berjalan tanpa bantuan memerlukan daya tumpuan yang baiki, kekuatan  dan kawalan otot yang berkesan agar ransangan deria rasa dan pergerakan otot dapat dikoordinasi dengan baik.

Sebab-sebab masalah berjalan

Masalah berjalan di kalangan warga emas selalunya disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan gangguan atau ketidakseimbangan gait adalah:

  • Penyakit neurodegeneratif seperti Penyakit Parkinson, angin ahmar, penyakit cerebelar dan nyanyuk.

  • Masalah otot dan tulang seperti perubahan degeneratif pada sendi buku lali, lutut atau pinggung dan menjadi bongkok.

  • Kekurangan deria rasa seperti masalah penglihatan.

  • Kesan sampingan ubat-ubatan dan alkohol

  • Masalah psikiatrik seperti takut jatuh.

  • Sebab-sebab lain seperti kecederaan.

Diagnosa

Doktor akan mengenalpasti sebanyak mungkin  faktor-faktor penyumbang terhadap masalah berjalan.

Diagnosa boleh dikenalpasti melalui cara:

  • Perbincangan dengan doktor mengenai segala kerisauan dan masalah berkaitan pergerakan/mobility. Sasaran mengenai apa yang boleh dan perlu dicapai juga akan dibincangkan.

  • Doktor juga akan membuat pemerhatian  ke atas cara anda berjalan sama anda dengan atau tanpa alat bantuan .

  • Penilaian ke atas semua masalah berkaitan gait akan dijalankan.

Penilaian secara menyeluruh termasuklah:

  • Sejarah pesakit – Meliputi sejarah perubatan lampau dan isu-isu berkaitan gait. Contohnya sejarah jatuh yang terdahulu, kesukaran semasa menaiki tangga atau bangun daripada posisi duduk. Pening semasa perubahan posisi (contohnya dari duduk ke bangun) Juga akan ditanya.  Sejarah pengambilan ubat-ubatan adalah penting; contohnya ubat anti psikotik mungkin menyebabkan cara berjalan warga emas seperti pesakit Parkinson.

  • Pemeriksaan Fizikal – Pemeriksaanfizikal yang teliti perlu dilakukan dengan perhatian khas pada pemeriksaan sistem otot dan tulang, sistem saraf dan kognitif.

  • Penilaian cara berjalan – Penilaian cara berjalan secara rutin boleh dilakukan oleh doktor di klinik kesihatan primer tetapi masalah berjalan yang lebih kompleks perlu dinilai oleh doctor pakar.

  • Pengimejan – Pengimejan kadang-kadang perlu dijalankan, contohnya CT scan atau MRI otak dilakukan untuk mengenalpasti masalah pada bahagian otak.

Komplikasi masalah berjalan

Pengurangan pergerakan disebabkan oleh masalah berjalan boleh menjejaskan kualiti hidup warga emas dan meningkatkan morbiditi dan kematian disebabkan oleh jatuh.

Rawatan

Rawatan adalah bergantung  kepada masalah yang telah dikenalpasti dan terdiri daripada rawatan fisioterapi, ubat-ubatan dan terapi tingkahlaku. Sesetengah intervensi boleh menyebabkan penambahbaikan cara berjalan dan fungsi warga emas, contohnya:

  • Latihan kekuatan –  Program senaman boleh membantu warga enas yang mempunyai masalah pergerakan. Senaman boleh meningkatkan kekuatan dan kelajuan berjalan, terutamanya untuk warga emas dengan pergerakan yang perlahan. Walaubagaimanapun, ini perlu dilakukan secara berhati-hati dan perlahan-lahan disebabkan warga emas juga mungkin mempunyai penyakit lain termasuklah penyakit jantung.

  • Latihan keseimbangan – Pesakit warga emas dengan masalah keseimbangan boleh mendapat faedah dengan latihan keseimbangan. Latihan keseimbangan merupakan latihan yang paling penting untuk mengurangkan risiko jatuh di kalangan warga emas.

  • Alat-alat bantuan – Alat-alat bantuan boleh menolong warga emas mengekalkan keupayaan bergerak dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Jurupulih carakerja terlibat dalam pemilihan dan latihan penggunaan alat bantuan contohnya tongkat.

Pencegahan

Bagi warga emas, peningkatan aktiviti fizikal boleh membantu mengekalkan kebolehan bergerak. Pesakit perlu dinasihatkan untuk meningkatkan kelajuan dan tempoh berjalan secara beransur-ansur dalam beberapa bulan.Pencegahan masalah berjalan termasuklah senaman dan latihan keseimbangan.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis/Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Mati Pucuk

Ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,617

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia