A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Warga Emas
  4. /
  5. Pendekatan dari Segi Gejala
  6. /
  7. Masalah Geletar (Tremor) Di...

Masalah Geletar (Tremor) Di Kalangan Warga Emas

Masalah geletar (Tremor) merupakan masalah yang sering berlaku di kalangan warga emas. Geletar boleh didefinisikan sebagai 'pergerakan bahagian-bahagian badan yang tidak dapat dikawal, dan mempunyai irama/corak tersendiri'.

Definisi

Masalah geletar (Tremor) merupakan masalah yang sering berlaku di kalangan warga emas. Geletar boleh didefinisikan sebagai ‘pergerakan bahagian-bahagian badan yang tidak dapat dikawal, dan mempunyai irama/corak tersendiri’. Ia sering menyebabkan kerumitan dan stres kepada pesakit dan ahli-ahli keluarga. Ia merupakan masalah pergerakan yang paling biasa dihadapi. Semua bahagian badan tidak terkecuali daripada masalah tremor.

Jenis-jenis Tremor

  1. Tremor semasa rehat (Resting tremors): ia berlaku kepada bahagian badan yang tidak bergerak dan disokong sepenuhnya melawan kesan graviti (contohnya semasa tangan direhatkan sepenuhnya di atas peha). Contoh tremor pesakit Parkinson.
  2. Postural tremors: berlaku semasa bahagian badan yang terlibat digerakkan ke kedudukan melawan graviti (contohnya semasa tangan dinaikan dan dikekalkan pada kedudukan paras bahu).
  3. Tremor semasa bergerak (Action tremors): berlaku semasa bahagian badan terlibat dalam pergerakan terkawal (contohnya cerebellar tremor).

Sebab-sebab Tremor

Pergerakan biasa seseorang yang normal dikawal oleh bahagian-bahagian otak khas termasuk trek corticospinal (pyramidal), basal ganglia (extrapyrimidal system), dan cerebellum. Sebarang kerosakan kepada bahagian-bahagian otak ini (contohnya angin ahmar atau penyakit Parkinson) boleh menyebabkan tremor. Kadang-kala tremor juga boleh disebabkan oleh penyakit keturunan.

Walau bagaimanapun, tidak semua tremor disebabkan oleh penyakit semata-mata. Tremor fisiologi (physiologic tremor) merupakan tremor yang paling biasa berlaku di kalangan orang ramai yang tidak berpenyakit. Ia mungkin kelihatan lebih ketara dalam situasi tertentu contohnya semasa paras gula dalam badan rendah atau stres. Tremor ini dapat dikurangkan atau diatasi dengan rehat yang mencukupi.

Nonphysiologic tremor (tremor bukan jenis fisiologi) biasanya berkaitan dengan masalah perubatan:

  • ‘Essential’ tremor
  • Penyakit Parkinson
  • Kecederaan otak (contohnya angin ahmar)
  • Penyakit keturunan yang melibatkan bahagian cerebellum otak (contohnya, spinocerebellar ataxia)

Kadang-kala seseorang pesakit tidak ada masalah tremor yang sebenar. Keadaan ini dipanggil Psychogenic tremor. Tremor jenis ini tidak mempunyai corak tertentu dan mungkin sembuh dengan sendiri atau melalui rawatan psikologi.

Perkara yang Perlu Dilakukan untuk Pesakit yang Ada Tremor

Anda seharusnya berjumpa doctor sekiranya tremor tersebut menganggu kehidupan seharian anda atau sekiranya ada sebarang kemusykilan. Sejarah perubatan dan pemeriksaan rapi biasanya diperlukan.

Sejarah Perubatan: Anda mungkin diminta untuk menerangkan situasi-situasi di mana tremor tersebut menjadi paling ketara. Ini dapat memberi sedikit  gambaran mengenai punca tremor tersebut. Contohnya tremor jenis postur mungkin lebih ketara semasa melakukan aktiviti tertentu seperti memegang gelas.

Gejala-gejala neurologi yang lain seperti kesukaran melakukan aktiviti motor halus (contohnya memakai butang baju atau menulis) atau masalah berjalan adalah gejala-gejala yang menjurus kepada kemungkinan menghidapi  penyakit Parkinson.

Sejarah kesihatan keluarga juga perlu diketahui kerana terdapat sesetengah tremor adalah diwarisi  contohnya Essential Tremor.

Doktor anda akan menjalankan pemeriksaan fizikal dan neurologi yang teliti. Beberapa ujian khas seperti CT scan otak atau ujian konduksi saraf juga mungkin dilakukan untuk menentukan jenis tremor yang mungkin ada pada pesakit.

Rawatan bagi masalah tremor adalah bergantung pada penyebab/diagnosis. Contohnya pemberian ubat anti Parkinson untuk pesakit Parkinson atau pemberhentian sesetengah ubat yang menjadi punca tremor (contohnya ubat asma).

Rujukan

  1. Am Fam Physician. 2003 Oct 15;68(8):1545-1552
  2. The Merck Manual For Health Care Professionals.
  3. The Canadian Journal of Diagnosis / April 2001 Joel Hurwitz
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. George Taye Wei Chun
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia