Pengenalan
Setelah mencapai usia 65 tahun, anda boleh mengalami perubahan ketara dalam corak tidur anda. Ramai golongan warga emas tidur kurang daripada 8 jam semalam. Namun demikian jumlah keperluan jam untuk tidur berbeza antara satu sama lain
Sekiranya berlaku perubahan ketara pada kitaran bangun dan tidur seseorang, keadaan ini dipanggil insomnia atau kesukaran untuk tidur lena.
Sebab-sebab berlakunya insomnia adalah:
- Penyusutan pada sel-sel otak
- Pengurangan aliran darah ke otak
- Penyakit seperti jangkitan kuman dalam air kencing atau paru-paru
- Kesan sampingan ubat
- Masalah emosi/ psikologikal
- Ketidakupayaan fizikal
- Perubahan kepada persekitaran seperti berpindah di tempat baru
- Kekurangan aktiviti yang merangsangkan pada siang hari
Di kalangan warga emas ramai yang mengalami masalah insomnia
Tanda-tanda gangguan tidur
Masalah tidur boleh dikenali melalui tanda-tanda berikut
- Sukar untuk melelapkan mata
- Susah untuk mengekalkan kenyenyakan tidur
- Terjaga lebih awal dari lazimnya
- Masih merasa letih lesu keesokan pagi
- Kerap terjaga diwaktu malam
Komplikasi
Gangguan pada corak tidur boleh mengakibatkan:
- Letih-lesu
- Tidak berminat menguruskan diri
- Kurang daya tahan sakit
- Gangguan tumpuan
- Keresahan dan gelisah
- Perubahan emosi termasuk menjadi murung
Rawatan
Menangani masalah tidur boleh dilakukan secara:
Tanpa melibatkan penggunaan ubat:
- Doktor memerlukan maklumat lengkap mengenai punca kepada perubahan corak tidur anda sebelum sebarang cadangan dikemukakan
- Rekodkan corak tidur anda di dalam diari tidur seperti yang disyorkan doktor
- Amalkan latihan relaksasi sebelum masuk tidur
- Belajar teknik amalan tidur yang berkesan
- Kerap meminum susu sebelum tidur
- Elakkan menggunakan bilik tidur untuk aktiviti selain dari tidur dan hubungan kelamin
Rawatan menggunakan ubat khusus:
- Doktor anda boleh membantu dengan memberi ubat khusus membantu anda tidur secara memuaskan.
Kumpulan Sokongan
Sleep Society of Malaysia
Semakan Akhir | : | 20 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Farahida Bt. Mad Dai |
Penyemak | : | Dr. Mazni Bt. Mat Junus |