A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Membina Badan

Menaikkan otot pada tubuh telah menjadi satu aliran baru dalam kalangan remaja masa kini. Membina otot terhasil dari senaman mengangkat berat yang berpatutan serta nutrisi yang seimbang.

Menaikkan otot pada tubuh telah menjadi satu aliran baru dalam kalangan remaja masa kini. Membina otot terhasil dari senaman mengangkat berat yang berpatutan serta nutrisi yang seimbang. Makanan nutrisi tambahan seperti serbuk protein dan formula penambah berat badan boleh berkesan sekiranya remaja kurang mengambil nutrisi dalam diet seharian mereka.

Buff up
Image from news.asiaone.com

Sementara bahan ergogenik seperti kreatina dan kafeina boleh membantu membina otot remaja, cara yang paling efektif adalah dengan program latihan rintangan secara berperingkat. Angkat berat. Proses pertambahan saiz otot dipanggil hipertropi dan anda hanya perlu mengangkat sejumlah berat yang sederhana untuk membina otot. Guna antara 65 ke 85 peratus dari satu-ulangan-maksimum (1RM) dan lakukan sebanyak enam ke 12 ulangan. Anda perlu dua ke tiga hari seminggu untuk pertumbuhan otot yang maksimum. Sasarkan satu kawasan pada tubuh anda untuk setiap sesi. Sebagai contoh, lakukan senaman dada dan bahu dalam satu sesi, belakang dan perut sesi seterusnya, hari ketiga untuk kaki pula.

Buff up2
Image from www.wikihow.com

Teruskan untuk meregangkan otot anda secara berperingkat mengikut berat badan dan peredaran masa. Tambah berat sebanyak lima ke 10 peratus apabila anda berjaya melakukan lagi dua tambahan ulangan melebihi sasaran anda untuk dua kali berturut-turut. Bila tiba masanya untuk membina otot, waktu itulah yang akan membuatkan orang berhenti. Mereka percaya latihan tersebut akan menjadi terlalu susah atau hasilnya susah untuk dikecapi. Oleh kerana itu, mereka tidak akan bermula. Sementara itu latihan boleh menjadi sesuatu yang rumit, tetapi ia tidak semestinya menjadi begitu. Semuanya adalah sesuatu yang tidak mustahil dengan hanya melakukan senaman yang kebanyakannya asas. Ini harus seiring dengan jumlah kerja yang sepadan dan rehat yang cukup. Masalah pada hari ini ialah bukannya tidak cukup maklumat, tetapi terlalu banyak maklumat. Informasi yang terlebih boleh memesongkan anda kepada pelbagai perkara dan memberi risiko untuk anda cedera. Di sebalik maklumat yang banyak, anda hanya perlu fokus kepada ilmu yang telah anda ada. Perkara paling penting untuk anda ingati adalah latihan sebenarnya tidaklah terlalu rumit. Jadilah seorang yang praktikal dan konsisten dalam program latihan anda dan hasilnya akan terjamin. Berikut merupakan tip untuk anda melalui proses mendapatkan otot yang lebih baik:

  1. Lakukan pemanasan badan dan regangan
    Anda perlu sekurang-kurangnya 10 ke 15 minit untuk persiapan badan anda. Lima minit di atas treadmill, 10 minit aktiviti kalistenik, loncatan tali atau memukul beg penumbuk merupakan permulaan yang baik.
  1. Lakukan angkatan yang besar dan kompleks dahulu
    Ini akan melibatkan kesemua otot dan menghasilkan hasil yang lebih baik dalam masa yang pendek. Ini berfaedah kepada mereka yang baru bermula.
  1. Beri perhatian kepada set dan ulangan
    Mendapatkan jumlah senaman yang betul adalah melalui menyimpan rekod set dan ulangan yang anda lakukan. Garis panduan mudah: lebih banyak ulangan yang dibuat, makin kurang set yang anda lakukan.
Pay attention to reps and sets
image from www.dancumberworth.co.uk
  1. Bersenam mengikut tempo
    Tujuan latihan adalah untuk meletakkan otot anda dengan tekanan. Bagaimana? Caranya adalah untuk meningkatkan masa ketika fasa penurunan dan penghentian setiap ulangan. Ambil masa selama dua saat ketika menurunkan pemberat lebih berhasil berbanding anda menurunkan terus pemberat itu.
  1. Tempoh rehat yang sesuai
    Adalah penting untuk rehat antara dua set. Lebih banyak anda bersenam, lebih banyak rehat yang diperlukan. Ambil satu setengah ke tiga minit rehat antara dua set bergantung kepada kesusahan senaman untuk pemulihan.
Proper rest periods
image from www.youtube.com
  1. Guna kekerapan dan tempoh yang sesuai
    Dari segi angkatan berat, sedikit adalah lebih baik. Ramai orang berfikir mereka perlu berlatih setiap hari. Tiga adalah nombor yang sesuai untuk bermula. Ini akan membenarkan badan anda untuk sembuh dan pulih. Anggota atas badan adalah kecil dan cepat untuk pulih. Oleh itu, anda boleh melakukan senaman lebih kerap berbanding anggota bawah badan. Senaman anda tidak boleh melebihi satu jam dan 15 minit.
  1. Pemulihan dan nutrisi yang baik
    Apabila anda berehat antara senaman, sebenarnya anda bukan tidak berbuat apa-apa. Badan anda sedang sibuk membina semula dan memulihkan diri dari senaman yang telah anda lakukan. Mengangkat berat haruslah seiring dengan pengambilan nutrisi yang baik untuk mendapatkan hasil. Sediakan sahaja makanan lengkap; seimbang dari segi keperluan protein, karbohidrat, lemak dan minum air yang banyak. Lebih kurang 30 peratus kalori anda seharusnya datang dari sumber lemak manakala 50 ke 60 peratus dari sumber karbohidrat. Jika anda tidak mengambil secukupnya nutrient-nutrien ini, badan anda akan mula menggunakan simpanan protein sebagai sumber tenaga dan ini mengakibatkan perpecahan otot.
Recover and take good nutrition
Image from eatfitrun.blogspot.com

Berikut merupakan kelebihan membina badan:

  • Ia akan mengajar anda disiplin
  • Mengekalkan kesihatan yang baik
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Membantu mendapat tidur yang bagus

Sebelum anda melibatkan diri dalam mana-mana program bina badan, beringatlah bahawa terdapat beberapa kekurangannya seperti berikut:

  • Salah tanggapan mengenai hanya perlu mengambil protein sebagai diet anda
  • Risiko tinggi mendapat dehidrasi
  • Faktor keselamatan apabila menggunakan pemberat
  • Jika anda tidak menyeimbangkan antara senaman dan kemampuan anda, ianya boleh berakhir dengan kecederaan pada otot
disadvantages
Image from www.livestrong.com

Rujukan:

  1. http://lifestyle.iloveindia.com/
  2. http://livehealthy.chron.com/
  3. livestrong.com
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Lt. Kol. Dr. Ridzuan bin Azmi
Akreditor : Dr. Nik Rubiah binti Nik Abdul Rashid
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Serbuk Protein Bina Badan

Ia sebenarnya adalah hasil sampingan dari pembuatan keju. Apabila diasingkan daripada kandungan keju, sisa yang melalui proses penulenan dan pengeringan yang akhirnya menjadi serbuk.

Buah Dada Remaja Lelaki

Lebih separuh daripada kanak-kanak lelaki yang mencapai peringkat akil baligh akan mempunyai saiz buah dada yang lebih besar dari normal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia