A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Tumbesaran
  6. /
  7. Perhubungan Anda
  8. /
  9. Memperbaiki dan Menjaga Hubungan...

Memperbaiki dan Menjaga Hubungan Antara Keluarga Tiri

Definisi Keluarga:

Keluarga merupakan kelompok sosial kecil yang terdiri daripada suami, isteri beserta anak-anaknya yang belum berkahwin. Keluarga merupakan institusi primer yang sangat penting dalam kehidupan manusia, baik sebagai individu mahupun masyarakat. Keluarga merupakan sumber pendidikan utama, kerana segala pengetahuan dan kecerdasan intelektual seseorang yang awal dipelajari daripada ibu bapa dan anggota keluarganya. 

Pergaulan antara keluarga bergantung kepada cara didikan dan tingkah laku ibu bapa serta anggota keluarga yang lain. Anak-anak yang dibesarkan dalam asuhan keluarga yang demokrasi dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji dan jati diri yang tinggi. Mereka akan membesar dengan sempurna dan mempunyai perwatakan yang mudah bergaul, aktif dan ramah. Mereka belajar menerima pandangan orang lain secara terbuka, berani mengemukakan pandangan dan alasan yang difikirkan oleh mereka.

Ibu atau bapa tiri memainkan peranan yang amat penting untuk menyatukan keluarga dan anak-anak tiri mereka untuk bersatu sebagai sebuah institusi keluarga yang besar. 

Masalah pasangan dan ahli keluarga baru 

Seperti pasangan baru berkahwin yang lain, sebuah keluarga baru mungkin akan menghadapi masalah seperti berikut

  • Ekonomi yang belum stabil.

  • Tekanan disebabkan oleh perpisahan yang lalu dengan keluarga dan tekanan dalam menyesuaikan diri dalam keluarga baru.

  • Mementingkan keluarga sendiri.

  • Tidak mengenali keluarga pasangan.

  • Perbezaan citarasa dan keinginan antara ahli keluarga.

  • Kematangan dalam menghadapi atau menyelesaikan masalah.

  • Kemahiran yang terbatas dalam kalangan ibu atau bapa tiri.

  • Gagal menyesuaikan diri atau cepat putus asa.

  • Mempunyai perasaan yang kurang yakin dengan pasangan atau keluarga baru.

  • Hubungan kelamin.

Sumber: http://schoolofdisney.com/Stories/Cinderella/clipart/cindy2.gif

Cara penyelesaian masalah adalah dengan cara mengenali kelemahan dan kekuatan diri serta keluarga  seterusnya  berusaha memperbaik hubungan antara ahli keluarga

Mengenali kekuatan diri dan ahli keluarga

  • Setiap ahli keluarga seharusnya sentiasa berfikiran positif untuk mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga baru.

  • Sentiasa mengamalkan beribadah secara berkeluarga.

  • Sentiasa meluangkan masa untuk memajukan diri dan ahli keluarga.

  • Sentiasa bersikap terbuka dan lebih mempunyai perasaan untuk memberi daripada menerima sesama ahli keluarga.

  • Memupuk sikap kasih sayang antara ahli keluarga.

  • Rajin dalam menghulurkan bantuan antara ahli keluarga.

  • Setiap ahli keluarga mesti mempunyai perwatakan yang lembut tapi tegas.

  • Bersama-sama berusaha untuk membentuk jati diri yang baik.

  • Berusaha memperbaik perwatakan dan personaliti yang baik.

  • Sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang lebih pemurah.

  • Hindari diri daripada mengeji atau menghina antara ahli keluarga sebaliknya pupuk ucapan yang baik dan  membina sesama ahli keluarga.

Sumber: http://medicalcardplan.com/wp-content/uploads/2014/02/family-caricature1.jpg

Cara mewujudkan kecemerlangan diri dan keluarga

  • Kenali diri sendiri dan setiap ahli keluarga.

  • Bekerjasama  antara ahli keluarga dalam mengatasi cabaran atau ujian Allah.

  • Sentiasa mempunyai keyakinan dan toleransi yang tinggi agar tidak mudah berputus asa.

  • Bersikap positif terhadap apa jua peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan.

  • Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Pencipta.

  • Setiap hari amalkan membaca Al-Quran, Hadith, berzikir dan solat berjemaah bagi yang beragama Islam.

Mengenali pasangan dan keluarga

  • Memahami dan menerima pasangan serta keluarga seadanya.

  • Menerima perbezaan budaya dan adat resam pasangan.

  • Menziarahi keluarga pasangan.

Penyesuaian suami isteri dan ahli keluarga tiri di awal perkahwinan

  • Menghormati pasangan dan ahli keluarga tiri yang baru.

  • Mengenal pasti persamaan dan perbezaan pada diri pasangan dan ahli keluarga tiri.

  • Mengutamakan perbincangan dan membuat sebarang keputusan.

  • Pengurusan rumahtangga diurus bersama.

  • Memberi perhatian dan kerjasama kepada keluarga pasangan.

Pergaulan dalam keluarga tiri

  • Mewujudkan pergaulan yang baik antara satu sama lain

  • Menjaga aurat dan batas pergaulan dengan ahli keluarga.

  • Menyediakan bilik untuk ahli keluarga.

  • Minta izin untuk memasuki bilik ibu bapa atau sebaliknya.

  • Menjaga imej dan maruah keluarga.

  • Elakkan perasaan cemburu dan iri hati sesama ahli keluarga.

Tanggungjawab anak dan anak tiri

  • Wajib taat dan berbakti kepada kedua ibu bapa.

  • Menunaikan amanat dan pesanan kedua ibu bapa.

  • Mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu bapa.

Kesimpulan

Mempunyai sebuah keluarga tiri adalah satu cabaran dan peluang untuk kita memperbaik diri sendiri dalam perhubungan kita sesama insan dan Pencipta.  

Sumber: http://4.bp.blogspot.com/-5mOGvDkfyNw/VAmCOtU6mYI/AAAAAAAABt4/Pgml3e3xONY/s1600/family.png

Last Reviewed : 3 June 2015
Writer : Dr. Norizzati Bukhary bte. Ismail Bukhary
Accreditor : Dr. Thiyagar Nadarajaw

 

Artikel Berkaitan

Kemahiran Sosial

Apakah kemahiran sosial? Kemahiran yang membantu anda menjalin hubungan sosial

Kepintaran & IQ

Apakah Kepintaran? Kepintaran bermakna seseorang boleh hidup dengan : Menyesuaikan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia