A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Menangis Berterusan

Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.

Pengenalan

Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.

Tanda dan Gejala

Bayi biasanya akan menangis apabila :

  • Lapar dan dahaga.
  • Mengantuk atau letih.
  • Kesejukan atau basah.
  • Minta didukung.
  • Perlu ditukarkan lampin.
  • Dalam kesakitan atau tidak selesa.

Menangis berterusan boleh ditafsirkan sebagai :

  • Menangis berterusan pada jangka masa yang lama.
  • Menangis meskipun semua keperluan dipenuhi.
  • Menangis dengan nada yang berbeza dari tangisan biasa.
  • Menangis disertai dengan pergerakan luar biasa seperti bayi menangis sambil mengangkat kedua-dua kaki ke atas.

Keadaan tertentu yang boleh menyebabkan bayi menangis berterusan:

  • Kembung perut.
  • Penyakit.

Rawatan

Beri perhatian dengan segera apabila bayi anda menangis. Pengalaman dan masa mengajar anda mengenali keperluan bayi anda dan bertindaklah mengikut keperluan.

  • Bayi yang menangis akibat lewat diberi susu akan dapat diatasi dengan tidak melengahkan masa pemberian susu.
  • Bayi yang lampinnya basah akibat kencing atau berak hanya perlu ditukarkan lampin.
  • Bayi yang kesejukan akan selesa apabila dibalut dengan selimut atau pakaian.
  • Periksa seandainya ada keadaan yang boleh menyebabkan kesakitan, seperti pin lampin terbuka atau disengat serangga.
  • Memeluk rapat bayi anda dan menghayunkanya perlahan-lahan.
  • Urutan atau usapan lembut di belakang atau didada bayi.

Kadangkala bayi menangis berterusan meskipun segala usaha telah diambil untuk memujuknya. Anda mesti bertenang dan tidak tertekan kerana jika tidak perasaan bayi anda akan lebih terganggu. Jangan sesekali mengoncang bayi anda kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan teruk kepada leher dan otak bayi anda. Sekiranya anda rasa tertekan / keletihan minta bantuan kawan atau ahli keluarga yang lain mengambil alih menjaga bayi anda sementara. Ambil masa anda untuk bertenang sebelum meneruskan penjagaan bayi anda.

Kembung Perut

Menangis akibat kembung perut didefinisikan sebagai tangisan berlebihan selama tiga jam atau lebih (dalam sehari) dan biasanya akan hilang dalam tempoh 3 bulan pertama usia bayi. Sekiranya bayi anda menangis sambil mengangkat kakinya ke atas dan banyak mengeluarkan angin ini menunjukkan bayi anda mengalami kembung perut. Cara menanganinya :

  • Pegang bayi anda duduk menegak semasa penyusuan dan sedawakan bayi selepas penyusuan. Dukung bayi anda berjalan-jalan dengan kedudukan bayi tegak di bahu anda atau goyang bayi anda dengan lembut boleh melegakannya.
  • Jika menangis berterusan, dapatkan rawatan segera.

Penyakit

Sila ambil perhatian apabila bayi menangis berterusan ini adalah satu petanda penyakit yang teruk.

Sekiranya bayi anda masih menangis berterusan meskipun semua cara di atas telah diambil untuk memujuk atau ada petanda selain disebutkan di atas, jangan ragu terus mendapatkan rawatan di hospital.

Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Irene Cheah Guat Sim
  : Dr. Terrence Thomas
  : Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar

Artikel Berkaitan

Bayi Pramatang

Kebanyakan bayi dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37 ke 42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ia dikatakan kelahiran pramatang.

Bayi Pramatang Lewat

Bayi pramatang lewat adalah bayi yang dilahirkan antara tempoh kandungan 34 minggu 0 hari hingga 36 minggu 6 hari.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia