A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Mengatasi Kelesuan Akibat Penerbangan...

Mengatasi Kelesuan Akibat Penerbangan Tempoh Yang Panjang (Jet Lag)

Pengenalan

Badan kita mempunyai ritma semulajadi yang menggalakkan tidur pada waktu malam dan menjadi aktif dan berjaga pada waktu siang. Apabila kita mengembara merentasi zon masa yang berbeza, ritma semulajadi ini akan terjejas. Gejala seperti gangguan tidur, hilang tumpuan serta letih lesu yang dialami selepas melakukan penerbangan yang panjang disebut sebagai lesu pesawat atau jet lag.

Zon masa

Bumi terbahagi kepada 24 zon masa, dengan perubahan masa sebanyak satu jam bagi setiap 150 perjalanan  ke meridian timur atau meridian barat Greenwich.

Jika terbang dari London ke New York, anda perlu memusing masa lima (5) jam ke belakang manakala jika anda terbang dari London ke Jepun, anda perlu memusingkan masa sembilan (9) jam ke hadapan (sembilan zon masa). Oleh itu, apabila tiba di Tokyo pada waktu malam membuatkan anda berasa seolah-olah waktu tengahari. Ia mengambil masa (kira-kira satu hari bagi setiap zon masa) untuk menyesuaikan diri dengan waktu tempatan.

Tanda dan gejala

Gangguan tidur, hilang tumpuan serta letih lesu.

Rawatan

Dapatkan ubat tidur untuk selama dua (2) hingga tiga (3) hari sementara menunggu tubuh anda membuat penyesuaian.

Melatonin kerap digunakan di Amerika Syarikat.

Gunakan ubat tidur hanya sebelum tidur. Elakkan memandu selepas mengambil ubat.

Hipnotik seperti Temazepam membantu tidur dan memberi kecerdasan pada hari berikutnya.

Pencegahan

  • Dapatkan tidur yang cukup sebelum memulakan perjalanan.
  • Dapatkan rehat yang cukup semasa penerbangan.
  • Makan secara sederhana dan hadkan penggunaan alkohol dan kafein. Minum banyak air atau jus buah-buahan.
  • Rancang untuk tiba di destinasi pada waktu yang dekat dengan masa untuk anda tidur.
  • Alihkan jam mengikut masa destinasi apabila menaiki pesawat. Bagi individu yang mengambil ubat-ubatan, seperti diabetes, jam tangan kekalkan jam mengikut waktu asal sehingga anda mampu untuk menyesuaikan ubat mengikut masa tempatan dan patuhi nasihat doktor.
  • Apabila tiba di destinasi aktifkan diri secepat mungkin dan sesuaikan makanan dan aktiviti anda mengikut waktu tempatan secepat mungkin.
  • Jika anda tiba pada waktu malam, makan dengan sederhana  dan lewatkan tidur anda. Pada hari berikutnya, cuba makan dan tidur mengikut waktu tempatan.
  • Jika anda tiba pada waktu pagi, aktifkan diri pada siang hari dan dedahkan diri kepada cahaya semula jadi sebanyak yang mungkin. Elakkan melakukan aktiviti berat pada hari pertama.

Sumber

International Travel & Kesihatan, WHO 2006

Semakan Akhir : 19 Jun 2013
Penulis : Dr. Norhayati Rusli

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,754

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia