A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Ubat & Anda
  4. /
  5. Kawalan Ubat
  6. /
  7. Mengenali farmasi Internet yang...

Mengenali farmasi Internet yang sah

Farmasi Internet

Trend pembelian melalui internet dilihat semakin berkembang dan tidak dapat dinafikan lagi. Lebih membimbangkan terdapat juga penjualan ubat-ubatan melalui farmasi internet yang dikendalikan oleh individu yang tidak bertauliah.

Menurut Tracy S. Hunter di dalam bukunya yang bertajuk E-Pharmacy: A Guide to Internet Carezone (2002), beliau mendefinisikan farmasi internet sebagai ‘laman web yang mengiklankan, membekalkan, mendispens dan menjual ubat preskripsi dan juga pelbagai produk kesihatan dan kecantikan (ubat bukan preskripsi, suplemen, vitamin, minerals, herba, kosmetik, alat diagnostic dan dsb).

Internet farmasi boleh dibahagikan kepada 4 jenis:

  1. Rangkaian kedai farmasi tradisional dengan kehadiran laman web
  2. Komuniti farmasi tersendiri dengan kehadiran laman web
  3. Hanya kehadiran laman web (tanpa premis fizikal)
  4. Laman web palsu

Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi setiap orang untuk memastikan mereka mengenali laman web yang menjual produk kesihatan yang sah.

Berikut adalah 7 cara untuk mengenali farmasi internet yang sah:

MENGENALI FARMASI INTERNET

Risiko pembelian ubat dari farmasi internet yang tidak sah

Memang tidak dinafikan, membeli secara dalam talian melalui farmasi internet banyak memberi kemudahan kepada orang ramai kerana tidak melibatkan keterbatasan waktu dan tempat. Walau bagaimanapun, risikonya adalah melebihi kebaikannya khususnya melibatkan pembelian ubat-ubatan di dalam talian.

MENGENALI FARMASI INTERNET2

Beberapa jenis produk yang hangat dipasarkan melalui kaedah dalam talian antaranya adalah ubat kurus, ubat kuat, ubat pemutih dan juga ubat penyakit kronik. Hal ini amat membahaya kerana individu yang mengendalikan laman web tersebut atau media sosial tersebut kebanyakkannya adalah di kalangan orang yang tidak bertauliah. Faktor emosi turut mempengaruhi pembelian melalui alam maya kerana pembeli tidak berhadapan terus dengan penjual maka bagi sesetengah penyakit yang dianggap privasi seperti lemah fungsi seksual atau obesiti mungkin akan memilih jalan ini bagi mengelakkan mereka bersua dengan pengamal perubatan secara bersemuka.

MENGENALI FARMASI INTERNET3

Pastikan Semak Sebelum Klik!

Berikut adalah panduan sekiranya perlu untuk membeli ubat dalam talian:

  1. HANYA boleh membeli ubat yang dikategorikan sebagai over-the-counter (OTC), tradisional dan suplemen kesihatan sahaja (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja). No. MAL yang diakhiri dengan A adalah dikategorikan sebagai ubat terkawal (memerlukan preskripsi). Semak pendaftaran produk di dalam www.pharmacy.gov.my
  2. Ubat yang memerlukan preskripsi TIDAK BOLEH dijual secara online. Ubat preskripsi hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja.
  3. HANYA dapatkan ubat daripada laman web yang dikendalikan oleh ahli farmasi yang berlesen sahaja.
  4. ELAKKAN membeli ubat dari laman web luar negara.
  5. JANGAN terpedaya dengan iklan dengan janji-janji manis. Semak iklan yang telah diluluskan di dalam www.pharmacy.gov.my
  6. Perlu diingatkan pembelian ubat secara online daripada sumber yang tidak sah berkemungkinan anda mendapat ubat yang tidak berdaftar, ubat tiruan atau ubat yang dicemari racun berjadual yang boleh memudaratkan nyawa anda. Semakan produk yang dikesan mengandungi racun berjadual boleh di semak di dalam www.pharmacy.gov.my

MENGENALI FARMASI INTERNET4

Peningkatan penggunaan teknologi masakini telah menyumbang kepada pelbagai iklan boleh disebarkan dalam sekelip mata khususnya pengunaan media-media sosial seperti facebook, wechat, whatsapps, twitter dan sebagainya. Oleh yang demikian, kawalan terhadap iklan oleh KKM amatlah mencabar dan perlu dibantu oleh orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan sebegini. Sekiranya tiada permintaan maka tiadalah penawaran. Pengguna perlu bijak dalam memilih ubat khususnya ubat yang dimakan dan disapu pada kulit. Perhatian yang diberi terhadap iklan ubat tidak boleh disamakan dengan iklan-iklan komoditi yang lain kerana ubat yang dimakan akan memberi kesan kepada badan kita.

Maka, berhati-hatilah apabila membeli ubat. Dapatkan khidmat nasihat dari pegawai perubatan atau ahli farmasi. Elakkan membeli ubat dari media sosial dan laman web yang tidak sah. Pastikan ubat/produk farmaseutikal berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL beserta pelekat hologram dan iklannya diluluskan oleh LIU. Untuk makluman, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mewujudkan laman khas bagi mewar-warkan risiko pembelian ubat dalam talian. Sila layari http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/website/waspada-belian-ubat-online untuk mendapatkan tips/panduan/e-poster dan video yang berkaitan.

MENGENALI FARMASI INTERNET5

Pastikan Semak Sebelum Klik!

Rujukan

  1. Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 (Disemak 1983)
  2. Tracy S. Hunter; E-Pharmacy: A Guide to Internet Carezone, (2002), p192
  3. www.pharmacy.gov.my
Semakan Akhir : 08 Jun 2016
Penulis : Normawati bt. Mohamed Noor
Akreditor : Umikalsom bt. Ibrahim

Artikel Berkaitan

Tongkat Ali

Pengenalan Malaysia terkenal dengan kepelbagaian herba ubatan yang digunakan sejak

Puasa dan Ubat

Bagi mereka yang sakit, puasa bukanlah penghalang untuk meneruskan rawatan. Pengubahsuaian cara pengambilan ubat-ubatan boleh dilakukan oleh pesakit. Pesakit juga harus peka terhadap tahap kesihatan diri dan perlu bersedia untuk berbuka puasa sekiranya keadaan memerlukan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia