A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Menyesuaikan Diri Di Sekolah Asrama

Pengenalan

Percubaan untuk menyesuaikan diri di sekolah asrama boleh menjadi suatu pengalaman yang sukar bagi seseorang remaja. Pengalaman seseorang remaja boleh dipermudahkan jika langkah-langkah tertentu diambil. Petikan ini akan membincangkan kebaikan dan keburukan tinggal di sekolah asrama, serta bagaimana untuk menyesuaikan diri di sekolah asrama

Kebaikan tinggal di sekolah asrama

Kehidupan di sekolah asrama memberi beberapa manfaat seperti yang berikut:

  1. Lebih masa untuk belajar
    Di sekolah asrama, terdapat waktu yang telah dikhaskan untuk belajar di waktu petang dan malam. Pelajar-pelajar mempunyai sekurang-kurangnya 3 jam sehari untuk belajar. Ini memberi mereka masa yang lebih untuk mengulangkaji dan melakukan kerja-kerja sekolah serta belajar. Waktu dihujung minggu juga boleh digunakan untuk belajar.

  2. Lebih masa untuk merujuk kepada rakan sekelas dan guru-guru bagi mendapatkan maklumat dan nasihat
    Pelajar –pelajar sekolah asrama dapat berbincang dengan rakan sekelas pada waktu belajar, ataupun semasa berada di asrama. Pelajar-pelajar juga boleh berbincang dan merujuk kepada guru-guru mereka di asrama atau pun di kelas

  3. Menjadi lebih berdikari
    Sekolah asrama membolehkan seseorang pelajar untuk menjadi lebih berdikari. Pelajar akan belajar mengurus masa untuk belajar, rehat, tidur, membasuh pakaian, menggosok pakaian dan sebagainya. Mereka juga akan belajar untuk menguruskan wang saku mereka, supaya wang tersebut mencukupi sehingga akhir penggal persekolahan. Ini akan membantu pelajar tersebut untuk lebih bertanggungjawab apabila dewasa kelak.

  4. Lebih masa untuk aktiviti ko-kurikulum
    Di sekolah asrama, terdapat pelbagai aktiviti ko-kurikulum iaitu bersukan, berkebun, mengemas and aktiviti lain antara sekolah. Sesetengah sekolah asrama menjalankan aktiviti yang membawa manfaat kepada masyarakat. Aktiviti ko-kurikulum ini membantu melahirkan pelajar yang seimbang, dan bukannya hanya tertumpu kepada buku pelajaran.

Keburukan hidup di sekolah asrama

Antara keburukan hidup di sekolah asrama termasuk berpisah daripada ibubapa pada waktu yang amat penting dan kritikal dalam kehidupan seseorang remaja, berisiko untuk terdedah kepada rakan-rakan yang mempunyai tigkahlaku yang berisiko, perhubungan yang semakin renggang dengan ahli keluarga sendiri, serta perlu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang baru.

  1. Berpisah daripada ibubapa
    Kebanyakan pelajar yang berada di sekolah asrama berumur antara 13 hingga 18 tahun.Ini adalah waktu kritikal dan amat penting semasa alam remaja dimana pelbagai perubahan berlaku dari segi fizikal, emosi and psikologi (pemikiran). Remaja di usia ini sedang   dalam proses mengenali diri sendiri. Mereka amat memerlukan bimbingan daripada ibubapa atau pun penjaga mereka. Ada pelajar yang tidak mendapat kaunseling dan bimbingan daripada ibubapa mereka kerana mereka berada di sekolah asrama.

  2. Pendedahan kepada rakan-rakan yang negative
    Kadang kala pelajar yang bagus mungkin mengamalkan tingkahlaku yang berisiko. Ini adalah kerana mereka telah silap memilih kawan-kawan yang mempunyai tingkah laku yang tidak baik seperti merokok, minum alkohol dan melakukan aktiviti yang tidak bermoral. Justeru itu, adalah amat penting untuk memilih kawan dengan cara yang bijak.

  3. Perhubungan yang semakin renggang dengan ibubapa dan keluarga sendiri
    Pelajar-pelajar kebiasaannya berada di sekolah asrama untuk 9 bulan dalam setahun. Ini bermakna hanya tinggal 3 bulan sahaja bagi pelajar tersebut untuk berada di rumah.Oleh itu, pelajar ini lebih merupakan seorang tetamu di rumah sendiri. Seseorang pelajar akan menjadi lebih rapat dengan kawan lelaki dan kawan perempuan di sekolah mereka berbanding dengan abang, kakak, adik beradik, ibu dan bapa sendiri atau pun penjaga di rumah.Ibubapa pula lebih cenderung untuk melayan anak mereka daripada sekolah asrama sebagai tetamu apabila mereka pulang ke rumah semasa cuti sekolah.

  4. Menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang baru
    Remaja yang pergi kesekolah berasrama penuh berada dalam keadaan sekeliling yang berbeza daripada keadaan di rumah. Remaja ini perlu menyesuaikan diri dengan rakan sekolah yang baru, guru serta tempat sekolah yang baru. Jika remaja ini berada di sekolah yang jauh daripada rumah, proses penyesuaian ini menjadi lebih sukar. Ada pelajar remaja yang susut berat badan dan merasa murung sewaktu mereka dalam proses penyesuaian diri terhadap makanan dan keadaan sekeliling yang baru.

Bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah asrama penuh

Berikut adalah tips untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah asrama penuh.

  1. Elakkan daripada kawan-kawan yang  tingkah laku berisikos
    Anda perlu mengelakkan diri daripada berkawan dengan rakan-rakan yang mengamalkan tingkah laku berisiko.Kawan-kawan yang mengamalkan tingkah laku  berisiko nampak seperti rakan yang menarik dan menyeronokkan.  Namun begitu, mereka boleh merosakkan jati diri serta nilai-nilai murni pada diri anda. Elakkan daripada berkawan dengan pelajar-pelajar sebegini. Kawan-kawan yang mengamal tingkah laku berisiko akan menyebabkan anda untuk melakukan perkara-perkara yang terlarang dan tidak baik. Anda mungkin akan menyesal nanti.

  2. Menjalin persahabatan yang baik dan mendalam
    Sekolah asrama penuh memberi anda peluang yang baik untuk menjalin persahabatan yang rapat dan baik dengan rakan-rakan sekolah kerana anda mempunyai lebih masa untuk mengenali satu sama lain sewaktu dan selepas kelas. Kebiasaannya, persahabatan ini akan berpanjangan sehingga anda memasuki alam dewasa.

  3. Belajarlah dengan tekun
    Sekolah asrama penuh memberi anda cukup masa untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Ambil dan gunalah peluang yang diberi sebaik-baiknya. Rancang dan gunakan masa anda sebaik-baik mungkin supaya anda mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran, berekreasi dan berehat. Belajarlah secara berkumpulan dengan rakan-rakan sekelas anda, dan rujuk kepada guru atau pelajar senior apabila perlu.

  4. Ambil bahagian dalam aktivitiko-kurikulum
    Terdapat pelbagai program ko-kurikulum yang ditawarkan di sekolah berasrama penuh. Antaranya adalah aktiviti sukan, kelab-kelab, persatuan-persatuan, tugas-tugasan asrama dan berkebun. Anda perlu membuat pilihan yang bijak untuk memilih aktiviti kokurikulum supaya sesuai dengan minat dan kebolehan anda. Elakkan daripada melibatkan  diri dengan  terlalu banyak aktiviti kokurikulum .Ini akan mengambil terlalu banyak masa anda, dan boleh menjejaskan masa belajar anda.

Rumusan

Kehidupan di sekolah berasrama memberi lebih banyak manfaat jika seseorang itu sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam mengharungi kehidupan di asrama. Anda akan menjadi seorang pelajar yang lebih berdisiplin, mempunyai jati diri yang tinggi dan berjaya menyesuaikan diri hidup bermasyarakat. Sunggguh pun ibubapa atau pun penjaga anda berada jauh dari anda, anda masih dapat menghargai dan mengamalkan nilai-nilai murni yang mereka telah ajar kepada anda sekarang dan di masa hadapan.

Last Reviewed : 22 December 2014
Writer : Dr. Norizzati Bukhary bt. Ismail Bukhary
Translator: : Dr. Nazrila Hairin bte. Nasir
Accreditor: : Dr. Norizzati Bukhary bt. Ismail Bukhary

 

Artikel Berkaitan

Berdengkur

Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bersin

Hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. Bersin adalah mekanisme pertahanan diri untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung. Pada umumnya, ia tidak serius tetapi boleh mengganggu.

Buli Siber

Apakah buli siber? Buli siber adalah satu kejadian yang biasa

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia