A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Rokok dan Penyakit Gusi

Orang yang merokok menghadapi risiko empat kali ganda menghidap penyakit gusi yang serius (periodontitis) berbanding orang yang tidak pernah merokok.

Merokok di kaitkan dengan berbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit paru-paru dan penyakit jantung dan beberapa masalah kesihatan yang lain. Tisu gusi juga terkesan dengan tabiat merokok ini. Mereka yang masih merokok adalah 4 kali ganda terdedah kepada penyakit gusi dibandingkan dengan mereka yang tidak pernah merokok.

Rakyat Malaysia menghisap 23.7 bilion rokok setahun berbanding 18 bilion batang pada 1998. Penyakit berkaitan merokok adalah pembunuh nombor satu di negara ini, yang menyebabkan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap tahun. (http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6809-setiap-hari-50-remaja-mulakan-tabiat-merokok)

Apa Itu Penyakit Gusi?

Penyakit gusi (periodontitis) ialah jangkitan yang melibatkan gusi dan struktur penyokong gigi. Ia merupakan salah satu penyebab terbesar kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa. Kuman dalam mulut merupakan punca utama penyakit ini, namun ada faktor-faktor risiko lain yang menjadi pencetus dan mempengaruhi tahap penyakit ini. Merokok adalah antara faktor risiko yang boleh menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk.

Apakah Kaitan Merokok Dengan Penyakit Gusi?

Kajian-kajian berkaitan merokok dan penyakit gusi, menunjukkan mereka yang merokok berisiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit gusi. Orang yang merokok menghadapi risiko empat kali ganda menghidap penyakit gusi yang serius (periodontitis) berbanding orang yang tidak pernah merokok. Lagi banyak anda merokok, lagi teruk penyakit gusi yang anda hadapi. Mereka yang terus menerus merokok semasa rawatan penyakit gusi, akan mengalami 50% kemerosotan dalam pemulihan dibanding mereka yang tidak merokok. Cigars  menghisap paip, menghisap tembakau tanpa asap juga adalah risiko untuk mendapat penyakit gusi ini.

Perokok akan menghadapi lebih masalah yang berikut berbanding dengan orang yang tidak merokok:

  • Karang gigi, iaitu proses pengerasan selaput yang melekat pada permukaan gigi dan hanya boleh dibersihkan dengan rawatan profesional.
  • Poket yang dalam di antara gigi dan gusi.
  • Kehilangan tulang dan tisu penyokong gigi.
  • Penurunan (penyusutan) gusi akan mendedahkan akar gigi. Ia menyebabkan gigi rasa ngilu (sensitive) kepada panas / sejuk dan kejadian karies di permukaan akar gigi.
  • Tindak balas rawatan yang kurang berkesan dan keberhasilan rawatan gusi tidak dapat dijangkakan.
Perokok berumur 35 tahun yang menghadapi penyakit gusi yang serius :
Gusi bengkak,radang dan menyusut
   
Perokok yang berumur 45 tahun yang menghadapi penyakit gusi yang serius :
Gusi semakin menyusut dan kehilangan gigi
   
Keadaan gusi seorang perokok :
Karang gigi, karat (teeth-staining), gusi bengkak dan menyusut.
   

Bagaimana Merokok Menjejaskan Kesihatan Gusi?

Tembakau dan nikotin dalam rokok menyebabkan penyempitan salur darah mengakibatkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien ke tisu gusi (penyokong gigi). Merokok juga mengurangkan keupayaan badan bertindak balas melawan infeksi. Kajian mendapati perokok lebih berisiko mendapat jangkitan bakteria yang menyebabkan penyakit gusi agresif.

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Meningkatkan Kesihatan Gusi?

  • Mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang berkesan:
    • Memberus gigi dua kali sehari.
    • Membersih di celah-celah gigi dengan menggunakan flos.
  • Jangan merokok atau berhenti merokok jika anda seorang perokok.
  • Lakukan pemeriksaan gigi berkala dan dapatkan rawatan segera jika anda mempunyai tanda-tanda penyakit gusi.

Bolehkah Berhenti Merokok Meningkatkan Kesihatan Gusi?

Kajian menunjukkan perokok yang berhenti merokok dan orang tidak merokok, memberi tindak balas yang lebih baik terhadap rawatan berbanding mereka yang masih merokok. Rawatan gusi yang dilakukan ke atas pesakit yang berhenti merokok adalah lebih berkesan bagi mengawal penyakit.

Berhenti merokok sekarang mendatangkan faedah kesihatan dalam jangka masa panjang. Sekiranya anda berazam untuk berhenti merokok tetapi tidak tahu bagaimana caranya,anda boleh hubungi doktor untuk mendapat nasihat dan juga menghubungi kumpulan sokongan berhenti merokok seperti Malaysia Council for Tobacco Control (MCTC).

Rujukan

  1. Bergstrom J, Eliasson S & Dock J. A 10-year prospective study of tobacco smoking and periodontal health. J Periodontol. 2000; 71: 1338-1347
  2. Bergstrom J, Eliasson S & Dock J. Exposure to smoking and periodontal health. J Clin Periodontol. 2000; 27: 61-68
  3. Preber H, Bergstrom J. Effect of cigarette smoking on periodontal healing following surgical therapy. J Clin Periodontol. 1990; 17: 324-328
  4. Johnson GK, Guthmiller JM. The impact of cigarette smoking on periodontal disease and treatment. Periodontol 2000. 2007; 44: 178-194.
  5. Salvi, GE, et al. Influence of risk factors on the pathogenisis of periodontitis. Periodontol 2000, 1997;14:173-201.
  6. Gelskey, SC. Cigarette smoking and periodontitis: Methodology to assess the strength of evidence in support of a causal association. Community Dent. Oral Epidemiol. 1999;27:16-24.
  7. Baab,DA and Oberg, PA. The effect of cagarette smoking on gingival blood flow in humans. J. Clin Periodontol. 1987;14:418-424.
  8. Barbour,SE, et al. Tobacco and smoking: Environmental factors that modify the host response (immune system) and have an impact on periodontal health. Crit Rev Oral Biol Med 1997;8:437-460.
  9. Zambon,JJ, et al. Cigarette smoking increases the risk for subgingival infection with periodontal pathogens. J. Periodontol. 1996;67(suppl.):1050-1054
  10. Rivera-Hidalgo F. Smoking and periodontal disease. Periodontol 2000. 2003; 32: 50-58.
 
Semakan Akhir : 23 June 2014
Penulis / Penterjemah : Dr. Rajeswary a/p Raman
Akreditor : Dr. Norhani bt. Abd Rani
Penyemak : Dr. Ahmad Sharifuddin b. Mohd Asari

Artikel Berkaitan

Masalah Berkaitan Pertumbuhan Gigi

Pertumbuhan gigi merupakan salah satu proses dalam perkembangan kegigian.Manusia mempunyai 2 jenis gigi, iaitu gigi susu dan gigi kekal.Gigi susu, yang terdiri dari 20 batang akan mula tumbuh pada umur lebih kurang 6 bulan.Gigi kekal, berjumlah 32 batang akan mula tumbuh ketika kanak-kanak berumur lebih kurang 6 tahun.

Pertumbuhan Gigi

Pertumbuhan gigi ialah proses gigi tumbuh di dalam mulut bayi/ kanak-kanak. Biasanya pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia