A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Mesej Makan Secara Sihat...

Mesej Makan Secara Sihat Semasa Ramadan & Hari Raya

  1. ObjektifUntuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan makan secara sihat semasa bulan Ramadhan dan Hari Raya.
  2. RasionalAmalan makan secara sihat perlu diamalkan sepanjang masa termasuk di bulan Ramadhan dan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini kadang kala diketepikan semasa berbuka puasa kerana memenuhi tuntutan nafsu makan setelah seharian berpuasa. Begitu juga ketika berhari raya, kita akan makan sepuasnya atas alasan telah berpuasa selama sebulan. Oleh itu, mesej-mesej yang ingin disampaikan meliputi beberapa panduan ringkas bagi meningkatkan amalan makan secara sihat ketika berpuasa dan semasa menyambut hari raya.
  3. Mesej Pemakanan Semasa Ramadhan
    Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris
    Mesej 1 Hadkan minuman manis ketika berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. Message 1 Limit sweet drinks when breaking fast. Practise healthy eating during Ramadhan..
    Mesej 2 Gantikan kuih dengan buah-buahan semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. Message 2 Replace sweet kuih with fruits when breaking fast. Practise healthy eating during Ramadhan.
    Mesej 3 Kurangkan penggunaan gula ketika menyediakan kuih dan pengat. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. Message 3 Use less sugar when making kuih and pengat. Practise healthy eating during Ramadhan.
    Mesej 4 Hadkan hanya satu masakan bersantan atau bergoreng semasa berbuka puasa. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. Message 4 Limit to only one santan or fried dish when breaking fast. Practise healthy eating during Ramadhan.
    Mesej 5 Kurangkan minyak ketika menggoreng nasi, mi, mihun dan kuetiau. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. Mesej 5 Use less oil when frying rice, noodle, mihun andkuetiau. Practise healthy eating during Ramadhan
    Mesej 6 Buang minyak berlebihan dalam kari, sambal tumis dan masakan goreng berlada. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. Message 6 Remove excess oil in curry, sambal tumis and goreng berlada dishes. Practise healthy eating during Ramadhan.
    Mesej 7 Elakkan daripada mengambil telur masin dan ikan masin setiap hari. Amalkan makan secara sihat di bulan Ramadhan. Message 7 Avoid eating salted fish and salted eggs every day. Practise healthy eating during Ramadhan.
    Mesej 8 Elakkan makanan dan minuman yang disedia menggunakan pewarna tiruan. Message 8 Avoid foods and drinks which are prepared using artificial colour. Practise healthy eating during Ramadhan.
  4. Mesej Pemakanan Semasa Hari Raya
    Bahasa Malaysia; Bahasa Inggeris
    Mesej 1 Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut dan kek raya. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. Message 1 Use less sugar, fat and oil in cookies and cakes. Practise healthy eating during Hari Raya.
    Mesej 2 Hidangkan air kosong dan elakkan menghidang minuman berkarbonat. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. Message 2 Serve plain water and avoid serving carbonated drinks. Practise healthy eating during Hari Raya.
    Mesej 3 Pilih air kurang manis atau air kosong sebagai pilihan utama. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. Message 3 Choose less sweet drinks or plain water as your main choice of drink. Practise healthy eating during Hari Raya.
    Mesej 4 Sediakan buah-buahan setiap kali menghidang makanan. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. Message 4 Serve fruits at all times. Practise healthy eating during Hari Raya.
    Mesej 5 Kawal pengambilan makanan anda, makan ikut keperluan. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. Message 5 Control your food intake, eat according to your needs. Practise healthy eating during Hari Raya.
    Mesej 6 Kurangkan menghidang makanan yang bersantan, bergoreng dan berminyak. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. Message 6 Serve less santan, fried and oily dishes. Practise healthy eating during Hari Raya.
    Mesej 7 Pastikan sayur disediakan bersama hidangan utama. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. Message 7 Serve vegetables with main dishes. Practise healthy eating during Hari Raya.
    Mesej 8 Hadkan pengambilan biskut, kek dan kuih raya untuk mengawal pengambilan kalori harian. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. Message 8 Control your daily calorie intake by limiting intake of biscuits, cakes and raya cookies. Practise healthy eating during Hari Raya.
    Mesej 9 Awasi berat badan anda. Amalkan makan secara sihat semasa Hari Raya. Message 9 Watch your weight. Practise healthy eating during Hari Raya.
Semakan Akhir : 09 Ogos 2010
Penulis : Zalma bt. Abdul Razak
Surainee bt. Wahab
Yuhanis Auri bt. Abd. Kasim

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,829

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia