A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. METODOLOGI UJIAN SENSITIVITI ANTIBIOTIK...

METODOLOGI UJIAN SENSITIVITI ANTIBIOTIK DAN KEGUNAANYA

Pendahuluan
Ujian sensitiviti antibiotik adalah sangat mustahak di dalam bidang mikrobiologi klinikal ke atas bakteria patogen.  Ujian ini sangat penting dalam menentukan keberkesanan rawatan antibiotik atau antimikrob, terhadap jangkitan bakteria. Ia juga adalah bagi tujuan pengawalan penggunaan antibiotik, selain membantu pegawai perubatan memilih antibiotik yang sesuai sebagai rawatan jangkitan bakteria.

Agen Antimikrob/Antibiotik dan Cara Tindakan
Antibiotik atau antimikrob adalah agen yang membunuh atau merencat pertumbuhan mikroorganisma. Antimikrob boleh dibahagikan mengikut tindakan ke atas mikroorganisma tersebut, seperti contoh antibakteria adalah untuk rawatan bakteria dan antifungal adalah untuk rawatan fungus/kulat. Antimikrob juga boleh dikelaskan mengikut cara tindakannya iaitu agen yang membunuh mikroorganisma dipanggil mikrosidal dan yang merencat pertumbuhan mikroorganisma dipanggil mikrobiostatik.
Antibiotik juga digolongkan mengikut :

  • Spektrum aktiviti antibiotik
  • Kesan terhadap bakteria
  • Cara tindakan
 BACTERICIDAL

Kepentingan Ujian Sensitiviti Antibiotik Dalam Pemilihan Antibiotik Bagi Tujuan Rawatan

  • Membantu pegawai perubatan dalam memilih antibiotik untuk rawatan jangkitanbakteria.
  • Analisis antibiotik ke atas pelbagai jenis bakteria patogen, membantu dalam rawatan awalan (secara empirikal) ke atas pesakit serius sebelum memperolehi keputusan penuh dari makmal.
  • Membantu dalam analisis pola antibiotik samada resistan atau sensitif terhadap bakteria pathogen setempat atau yang sering dipencilkan.
  • Membantu menentukan pola penggunaan antibiotik.

Metodologi Ujian Sensitiviti Antibiotik

Pelbagai jenis metodologi atau kaedah digunakan dalam ujian sensitiviti secara in vitro (dalam makmal). Ujian sensitiviti yang menggunakan cakera antibiotik atau antimikrob luas dipraktikkan di kebanyakan makmal mikrobiologi di Malaysia. Kaedah ini adalah mudah dan murah berbanding dengan keadaan lain.
Selain dari penggunaan cakera antibiotik, kaedah lain seperti microdilution, E-test, dan automasi menggunakan mesin juga sering digunakan. Setiap kaedah mempunyai keberkesanan yang tertentu dan secara umumnya, setiap satunya menawarkan keputusan yang tepat dan cepat serta membantu dalam pengenalpastian pola resistan dan sensitiviti mikroorganisma.
Ujian sensitivi boleh dikategorikan seperti berikut :-

Diffusion Dilution Diffusion & Dilution
Stokes method     Minimum Inhibitory Concentration   E-Test method
Kirby-Bauer method

 i) Broth dilution 

ii) Agar Dilution

 

Di Malaysia, metodologi ujian sensitivity antibiotik adalah mengikuti dan mematuhi metodologi standard CLSI.

 ANTIBIOTIC

Diagnosis Makmal

  • Verifikasi Keputusan Pesakit

Ini adalah tanggungjawab setiap anggota makmal untuk memastikan setiap keputusan yang diperolehi dari ujian sensitiviti antibiotik ke atas sampel pesakit adalah tepat dan berkualiti. Ini adalah termasuk:-

    • Memastikan keputusan ujian sensitiviti konsisten dengan identifikasi isolat.
    • Keputusan satu-satu antimikrob dari kelas antimikrob yang spesifik, mematuhi polisi dan peraturan yang telah ditetapkan. (cth: generasi ketiga antibiotic cephalosporins adalah lebih aktif berbanding dengan generasi pertama atau kedua antibiotic cephalosporin terhadap organisma Enterobactericeae)
  • Program Kualiti  Ke atas Ujian Sensitiviti Antibiotik

Program kualiti terhadap ujian sensitiviti di makmal adalah satu sistem kualiti yang penting untuk memastikan keputusan yang berkualiti dan boleh dipercayai. Ini boleh dicapai dengan menjalakan ujian sensitiviti ke atas mikroorganisma rujukan seperti ATCC dengan menggunakan agen antimikrob. Tujuan program kualiti ini adalah:

    • Memastikan kejituan dan ketepatan prosedur ujian
    • Memastikan prestasi reagen yang digunakan adalah terjamin
    • Memastikan prestasi anggota yang menjalankan ujian tersebut adalah di tahap terbaik.

Program kualiti yang komprehensif akan dapat membantu memastikan reagan yang digunakan dan prosedur yang digunapakai sentiasa memberikan keputusan yang jitu dan berkualiti. Selain itu, program ini juga dapat memastikan pemantauan, penilaian, tindakan pembetulan (jika perlu), penyimpanan rekod, kalibrasi dan penyelenggaraan mesin, ujian kemahiran dan latihan dijalankan secara berterusan.

Matlamat Ujian Sensitiviti Antibiotik

  • Tujuan utama ujian sensitiviti secara in vitro ialah bagi membekalkan ramalan bagaimana bakteria bertindakbalas ke atas antibiotik didalam badan pesakit.
  • Maklumat ini membantu pegawai perubatan dalam memilih antibiotik yang sesuai bagi pesakit, membekalkan data bagi analisis keberkesanan antibiotik serta membangunkan polisi penggunaan antibiotik.
  • Adalah penting ujian sensitiviti untuk memberikan keputusan yang tepat dan boleh dipercayai dalam ujian rutin di makmal dan boleh dianggap setara dengan keputusan ujian yang dieprolehi dengan kaedah gold standard.
  • Pakar Mikrobiologi dan pegawai perubatan perlu maklum bahawa respon terhadap terapi secara in vivo (di dalam badan) tidak semestinya serupa berbanding denagn respon secara in vitro.

 

Rujukan

  1. A guide to sensitivity testing: Report of working party on antibiotic sensitivity testing of the British Society for Antimicrobial Chemotherapy. J. Antimicrob Chemothrap 1991; 27: Supplement D, P. 1-50.
  2. John D.T and James H.J Antimicrobial Susceptibility testing: General Considerations.  Manual of Clinical Microbiology 7th edition, Murray P.R, Baron E.J, Pfaller M.A, Tenover F.C, Yolken R, American Society for Microbiology, Washington DC, 1999, P. 1469-1473.
  3. Manual on Antimicrobial Susceptibility Testing, Dr. M.K. Lalitha, Professor of Microbiology Department of Microbiology,Christian Medical College,Vellore, Tamil Nadu, 2004.
  4. National Committee for Clinical Laboratory Standards. Performance Standards for Antimicrobial Disk Susceptibility Tests. Approved standard -11th Edition. M02-A11, Volume 32 No.1, January 2012.
  5. National Committee for Clinical Laboratory Standards. Performance Standards for antimicrobial susceptibility testing. 24th Informational Supplement. M100 S24. National Committee for Clinical Laboratory Standards, January 2014.
  6. Sherris JC, Antibiotic sensitivity testing: report of an international collaborative study. Acta Pathol Microbiol Scand 1971;217 (Suppl):1-90.
Semakan Akhir : 26 Februari 2016
Penulis : Yugarani Sanniasy
Akreditor : En. Mustafah bin Md Nor

Artikel Berkaitan

Pilihan Rawatan untuk Psoriasis

Terdapat pelbagai bentuk rawatan untuk psoriasis, bergantung kepada jenis psoriasis, tahap teruk psoriasis, pilihan pesakit, rawatan yang sedia ada dan risiko-faedah rawatan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,671

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia