Apakah itu mimpi basah?
Oops! Saya basah lagi!
Ini adalah sesuatu yang normal. Jangan cuba menghentikan tindak balas semula jadi badan anda.
- Ia juga dipanggil orgasma malam atau orgasma tidur
- Ia berlaku ketika tidur bagi kanak-kanak lelaki
- Ianya adalah normal bagi kanak-kanak lelaki
- Ia adalah satu keinginan seksual semasa tidur
- Keinginan seksual juga boleh berlaku di kalangan kanak-kanak perempuan semasa tidur
- Kebanyakan mimpi basah dialami semasa alam remaja
- Sesetengah mimpi basah tidak dikaitkan dengan mimpi seksual
Mengapa ini berlaku?
- Lelaki mempunyai zakar/kemaluan di luar badan mereka
- Keadaan ini menyebabkan kemaluan mereka dirangsang oleh selimut mahupun cadar di luar kesedaran mereka
- Apabila bangun dari tidur, mereka akan mendapati air mani sebagai bukti
- Hormon seks lelaki dikenal pasti sebagai penyebab utama orgasma semasa tidur pada manusia
Apakah rasanya mengalami mimpi basah?
- Anda terasa basah bila bangun keesokan pagi
- Cadar anda juga turut basah
- Air mani kelihatan seperti susu dan berkrim
- Jangan berasa malu
- Ini adalah normal bagi tahap tumbesaran anda
- Selamat Datang ke Alam Kedewasaan!
Jika anda berasa malu atau keliru, rujuklah dengan:
- Ibu bapa
- Guru
- Doktor
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. Sheila Marimuthu |
: | Dr. Jemah Sajari | |
Penyemak | : | Dr. Nazhatussima bt. Suhaili |