A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Minat atau Pilihan Yang Ditentang

Apabila ibu bapa menentang minat anda, ibu bapa mungkin mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka berpandangan sedemikian.

Remaja adalah individu yang mempunyai minat sendiri dan minatnya tidak mungkin sama dengan ibu bapa. Walau bagaimanapun, bukanlah perkara yang pelik bagi ibu bapa untuk menentang atau tidak bersetuju dengan apa yang remaja mahu lakukan.Kadang-kadang ibu bapa tidak menyedari yang mereka telah menutup hobi dan minat remaja mereka.

Ibu bapa juga mungkin bertindak menghakimi anak-anak mereka, dan mereka tidak menyedarinya. Ramai remaja mempunyai impian besar tetapi mereka bimbang tentang apa yang ibu-bapa akan berfikir terhadap mereka.Sesetengah remaja bimbang mereka akan mengecewakan ibu bapa mereka dan seterusnya menyebabkan ibu bapa mereka marah.

Harapan tinggi ibu bapa terhadap remaja boleh menjadi beban kepada remaja tersebut. Kebanyakan remaja berpendapat bahawa mereka perlu meyakinkan ibu bapa mereka untuk membiarkan mereka memilih apa yang mereka suka atau memilih jalan kerjaya yang mereka sukai.

Sumber: www.kaskus.co.id

Kenapa ibu bapa anda menentang minat anda?:

Apabila ibu bapa menentang minat anda, ibu bapa mungkin mempunyai alasan tersendiri kenapa mereka berpandangan sedemikian. Antara sebab-sebabnya adalah seperti di bawah:

  1. Mereka mahu melindungi anda
  2. Ibu bapa anda tidak mahu melihat anda kecewa.Mereka mahu anda berjaya pada segala-galanya dan tidak mahu anda melalui kegagalan.

  3. Takut untuk melakukan perubahan
  4. Ibu bapa boleh menentang pada perubahan atau penyimpangan daripada kebiasaan.Perubahan boleh menjadi tidak selesa, tidak dapat diramalkan dan mewujudkan kebimbangan.Mereka mungkin tidak jelas mengenai butiran minat anda dan prospeknya.

  5. Ibu-bapa memerlukan anda disampingnya
  6. Sesetengah ibu bapa mahu anda berada dekat dengan mereka. Jika anda adalah sokongan harapan utama ibu bapa anda untuk menjaga mereka, anda tidak seharusnya meninggalkan ibu bapa anda begitu sahaja.

Cadangan tentang apa yang perlu dilakukan oleh remaja:

  1. Sekiranya anda ingin meyakinkan ibu bapa anda, anda harus jelas tentang apa yang anda ingin capai.Pastikan anda memahami sepenuhnya matlamat anda dan mempunyai strategi untuk mencapainya.
  2. Melakukan kajian mengenai kepentingan atau laluan kerjaya terutama berkaitan dengan kerjaya yang ibu bapa anda tidak bersetuju itu.
  3. <li?Ketahui lebih lanjut mengenai kerjaya, kurikulum atau peluang pekerjaan. Ini akan memberi anda keyakinan dan pengetahuan tambahan untuk menyampaikan kepada ibu bapa anda.

  4. Bercakap dengan orang dalam kerjaya pilihan tersebut untuk mendapatkan maklumat dari seseorang yang arif. Dapatkan pandangan dari mereka yang telah melalui masalah yang sama dan bagaimana mereka menyelesaikannya. Ini adalah untuk mendapatkan idea dalam membuat keputusan yang tepat. Anda juga boleh meminta ibu bapa anda untuk berhubung dengan mereka.
  5. Tunjukkan pada ibu bapa anda kesungguhan anda dengan minat anda dengan melakukannya dengan betul, pastikan anda tidak mengabaikan tanggungjawab dan tugasan lain.
  6. Dapatkan bantuan seseorang (contoh: guru, kaunselor)

Rujukan:

1. http://ndoherty.com/parents/

2. https://www.quora.com/How-can-I-convince-my-parents-to-let-me-pursue-my-desired-career

Semakan Akhir : 05 Oktober 2017
Penterjemah : Dr. Rozimah Bt. Abdul Latif
Akreditor : Dr. Norizzaty Bukhary Bt. Ismail Bukhary

Artikel Berkaitan

Ketegasan

Apakah ketegasan? Ketegasan ialah mengambil tanggungjawab dan mampu mengawal diri

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia