A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Minum Arak / Alkohol

Alkohol ialah sejenis minuman organik . Ia merupakan dadah yang paling popular dikalangan remaja.

Ada 3 jenis minuman beralkohol :

  1. Bir yang mengandungi lebih kurang 3-6% alkohol,

  2. Wain yang mengandungi lebih kurang 11-14% alkohol

  3. Liquor yang mengandungi lebih kurang 40-50% alkohol.

Kajian dari Center for Disease Control and Prevention, Amerika Syarikat menunjukkan:

Kesan buruk alkohol secara langsung dan tidak langsung adalah punca 3.3 juta kematian setahun.

Lebih kurang 12% dari kematian tersebut terdiri dari golongan remaja. Satu perempat kes pembunuhan juga secara tidak lansung disebabkan oleh alkohol.

Pengunaan alkohol menyumbang kepada pelbagai masalah serius.

Industri alkohol pula menggunakan pelbagai strategi pemasaran untuk menarik minat remaja.

Apa yang dimaksudkan dengan “binge drinking”/ minum berlebihan?

  • Di Malaysia, kajian berdasarkan sekolah menengah menunjukkan 5% remaja bermasalah “binge drinking”.

  • “Binge drinking” adalah masalah utama apabila remaja minum  alkohol secara berlebihan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan “binge drinking” sebagai episod minum alkohol secara berlebihan, 60 gram atau lebih sekurang-kurangnya sekali seminggu.

  • Definisi yang lebih praktikal adalah minum alkohol 5 gelas atau lebih dalam tempoh 2 jam di kalangan lelaki dan 4 gelas atau lebih dalam tempoh 2 jam untuk perempuan.

  • Binge drinking kerap berlaku di kalangan dewasa 18-34 tahun.

  • Kebanyakan remaja mula minum alkohol sebelum berumur 21 tahun berisiko tinggi bermasalah di masa hadapan.

  • Di kalangan  komuniti tertentu, episod “binge drinking” dianggap satu upacara membuktikan kedewasaan remaja lelaki.

  • Memandu kenderaan selepas mabuk alkohol adalah punca utama kemalangan kenderaan di kalangan remaja.

Kenapa remaja minum alkohol berlebihan (binge drink)?

  • Semasa zaman remaja, proses tumbesaarn fizikal dan psikososial berlaku pada kadar yang cepat dan senang dipengaruhi oleh penggunaan alkohol.

  • Remaja minum alkohol sebagai satu cara relaksasi serta untuk bergaul dengan remaja dan orang dewasa lain.

  • Alkohol dianggap sebagai minuman yang berprestij.

  • Ramai remaja yang beranggapan minum alkohol akan menunjukkan kedewasaan mereka. Ini TIDAK benar.

  • Remaja berpendapat alkohol tidak bahaya . Ini satu fakta yang salah.

  • Remaja sentiasa mencuba perkara baru. Ini salah satu sebab mereka mencuba alkohol.

  • Remaja berpendapat  dengan minum alkohol, mereka boleh mengurangkan stress. Ini TIDAK benar.

  • Persekitaran rumah dan keluarga, tekanan dari rakan sebaya dan  dorongan sosial juga merupakan punca remaja mula minum alkohol.

  • Faktor genetik. Jika ada ahli keluarga yang ketagihan alkohol, remaja berisiko 4 kali ganda untuk terjebak dalam masalah alkohol.

  • Remaja yang mengalami masalah mental seperti kemurungan, keresahan, atau “schizophrenia”, lebih berisiko menghadapi masalah alkohol

  • Remaja lelaki lebih berisiko terjebak dalam masalah alkohol

Masalah kesihatan dan sosial disebabkan oleh “Binge drinking” termasuk:

  • Kemalangan (kereta, lemas, jatuh)

  • Aktiviti keganasan (bersenjata, aktiviti seksual, keganasan rumahtangga)

  • Keracunan alkohol

  • Penyakit kelamin

  • Aktiviti seksual berisiko tinggi seperti homoseksual dan sebagainya

  • Mengandung sebelum berkahwin

  • Masalah hati (Liver cirrhosis)

  • Masalah saraf

  • Masalah seksual

  • Masalah mental

  • Ponteng sekolah

  • Kerugian sosioekonomi

  • Penyakit pankrias.

  • Dan lain-lain

Nasihat kepada remaja

  • Kajian menunjukkan bahawa remaja yang mula minum alkohol sebelum usia 15 tahun berisiko tinggi ketagihan alkohol. Iaitu 4 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mula minum selepas berumur 21 tahun.

  • Jadi, adalah sangat penting untuk tidak mula minum alkohol pada usia yang muda.

  • Ibubapa, ahli keluarga, guru dan remaja sendiri mempunyai tanggunghjawab untuk mengelakkan masalah alkohol.

  • Berbincang dengan ibubapa secara terbuka dan ikhlas jika anda mempunyai masalah alkohol.

  • Ibubapa perlu menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak remaja mereka.

  • Ibubapa perlu sentiasa memantau kegiatan anak remaja mereka supaya mereka tidak terjebak dalam masalah alkohol.

  • Remaja perlu mempelajari “coping skill” yang baik untuk menghadapi sebarang cabaran

  • Jika dipelawa minum alkohol, katakan “TIDAK”. Rakan anda perlu menghormati kehendak anda.

  • Jika perlu minum, pilih minuman yang rendah tahap alkohol. Kawal bilangan/jumlah yang anda minum.

  • Cuba ganti minuman alkohol dengan minuman ringan.

  • Elakkan diri dari kegiatan bertaruh seperti pertaruhan “siapa yang boleh minum paling banyak” dan sebagainya.

  • Jika anda mengalami masalah ketagihan alkohol, jumpa doktor atau badan sukarelawan yang sesuai untuk bantuan.

  • Elak dari menghadiri majlis yang melibatkan penggunaan alkohol di kalangan tetamu.

  • Elakkan menyimpan minuman alkohol di rumah.

  • Anda perlu ingat bahawa meminum alkohol mungkin langkah pertama seseorang remaja terjebak dalam penyalahgunaan dadah berbahaya.

Rujukan

1.         Centre for Disease Control and Prevention http://www.cdc.gov/alcohol/fact-sheets/binge-drinking.htm

2.         Image: medimoon.com

3.         Teens Health http://teenshealth.org/teen/drug_alcohol/alcohol/binge_drink.html

Last Reviewed : 24 November 2014
Writer : Dr. Thiyagar Nadarajaw
Accreditor : Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid

Artikel Berkaitan

Keganasan

Apakah itu keganasan? Keganasan adalah satu tindakan agresif ketahap dimana

Vandalism

Apakah itu ‘Vandalism’? ‘Vandalism’ adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan

Alkohol

Adakah anda tahu apa itu alkohol? Alkohol sinonim dengan arak

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia