A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Pemulihan Perubatan (Carakerja)
  6. /
  7. Modifikasi Rumah Untuk Pengguna...

Modifikasi Rumah Untuk Pengguna Kerusi Roda

Seseorang terpaksa berkerusi roda apabila mengalami kelemahan anggota bawah atau kaki. Penggunaan kerusi roda pula akan terhad apabila terdapat beberapa halangan ketika berada di rumah.

Pengenalan

Rumah atau tempat tinggal adalah salah satu keperluan asas manusia. Secara asasnya, rumah dibina mengikut reka-bentuk pemiliknya. Manakala pengubasuaian akan dibuat mengikut keperluan tuan rumah.

Seseorang terpaksa berkerusi roda apabila mengalami kelemahan anggota bawah atau kaki. Penggunaan kerusi roda pula akan terhad apabila terdapat beberapa halangan ketika berada di rumah. Halangan seperti bendul, tangga, laluan sempit, laluan yang tidak rata, jenis bukaan pintu, had capaian yang jauh serta beberapa masalah lain akan menyebabkan pesakit tidak dapat berdikari sepenuhnya. Kesannya, pesakit akan terpaksa mengharap bantuan orang lain dan akhirnya menyebabkan kurangnya kualiti hidup.

Terdapat beberapa kaedah dan tindakan perlu dibuat bagi membolehkan pengguna kerusi roda dapat kembali bergerak di rumah. Tindakan tersebut adalah seperti melakukan pengubahsuaian, pembinaan semula atau membeli peralatan tamabahan.

Kerusi Roda

Pengguna kerusi roda mesti memahami dan mengetahui beberapa perkara berkenaan kerusi roda yang digunakan. Kelebaran kerusi roda yang berbeza-beza akan melibatkan ruang yang lebih lebar untuk bergerak. Jenis kerusi roda juga penting kerana ianya memerlukan kemahiran yang berbeza semasa menggunakannya. Sebagai contoh, kerusi roda ‘reclining’ dan kerusi roda bermotor memerlukan pengubahsuaian yang melibatkan ruang yang lebih besar. Perbincangan kita akan menumpukan pada penggunaan kerusi roda yang biasa(‘standard’).

Fokus Perbincangan

Perbincangan kita adalah melibatkan;

  • Laluan masuk dan keluar
  • Ruangan di dalam rumah
  • Alatan yang digunapakai

Laluan masuk dan keluar

BIL

PERKARA

KETERANGAN

1.      

Pintu pagar

 

Adalah dicadangkan supaya menggunakan alat kawalan jauh. Ini membolehkan pesakit membuka pintu pagar tanpa perlu turun dari kereta.

2.      

Parkir /’Garage’

(Lakaran 1)

·         Ruangan untuk turun dari kereta perlu dibesarkan bagi menurunkan kerusi roda dari kereta bagi pesakit yang  memandu kereta sendiri.

·         Lantai yang landai supaya kerusi roda tidak meluncur sendiri dan senang dikawal semasa berpindah dari kereta.

3.      

Pintu masuk  dan pintu keluar

(Lakaran 2)

·         Pastikan bendul ditukar/dipasang ‘ramp’

·         Pintu mestilah  cukup lebar untuk melepasi kerusi roda

·         Pintu keluar dan laluan keluar juga perlu sesuai terutama ketika berlaku kecemasan.

Ruangan Dalam Rumah

 

BIL

PERKARA

KETERANGAN

1.      

Ruang  tamu  

 

·         Kelebaran pintu masuk sekurang-kurangnya 32” lebar. Kerusi roda yang lebih kecil boleh melepasi kelebaran 28”. Ini bergantung kepada kelebaran kerusi roda itu sendiri.

·         Seboleh-bolehnya pastikan lantai adalah sama aras, tiada ketinggian yang berbeza-beza. Sekiranya ada bahagian yang tidak sama aras, sila pasangkan ‘ramp’.

2.      

Bilik Air     

o    Bilik mandi

 

 

 

o     Tandas

 

·         Ketinggian sinki dan kepala paip 34”.

·         Menggunakan ‘shower’ atau ‘hose’ getah.      

·         Cermin muka direndahkan atau di condongkan.     

·         Keluasan mesti melebihi 5’ x 5’ persegi.

·         Ketinggian kerusi tandas  16”.

·         Pastikan laluan ‘commode’ tidak dihalang.

·         Lantai dipasang jubin kasar/ profile tinggi ataupun ‘non-slip mat’ untuk mengurangkan masalah licin.

3.      

Bilik tidur

 

·         Dicadangkan pintu sliding. Pintu masuk mesti melepasi kerusu roda.

·         Pemegang pintu

o    Ketinggian 36 inchi (36”) dari lantai.

o    Pemegang ‘lever’ lebih sesuai dari tombol bulat.

·         Ketinggian katil mestilah sama paras dengan kerusi roda. Sediakan ruang 3’(kaki) di tepi katil sebagai ruang untuk berpindah(transfer) dari kerusi roda ke katil.

·         Ketinggian suis lampu mestilah boleh dicapai dengan mudah.

4.      

5.     Dapur

a.     Tempat memasak/ dapur (Lakaran 3)

b.     Ruang makan

·         Pastikan ada ruang berpusing      5’ x 5’

·         Kosongkan untuk ruang unjuran kaki kerusi roda.

·         Tinggi paras dapur 33”.

·         Ketinggian sinki adalah kurang dari 34”.

·         Alat ketuhar/gelombang mikro mestilah boleh dicapai dengan mudah.

·         Kabinet dengan pintu tarik ke luar atau ‘sliding’.

·         Susunan alatan yang selalu diguna mesti disusun lebih dekat dan mudah dicapai.

·          (Lakaran 4)

·         Sama paras dengan dapur.

·         Tidak terlalu jauh dari dapur supaya senang mengalihkan makanan yang sudah dimasa.

·         Meja makan yang boleh ada ruang kaki.

 

Lakaran 1- ruangan parkir

 lakaran 2 – kelebaran pintu

Lakaran 3 – ruang dapor

Lakaran 4 – jarak capaian pengguna kerusi roda.

Alatan Yang Digunapakai

 

Sesetengah peralatan yang digunakan perlukan pengubahsuaian supaya dapat menjalankan aktiviti seharian secara berdikari.

 

BIL

PERKARA

KETERANGAN

1.      

Pembuka pintu

·         Pemegang  berbentuk ‘lever’  bukannya tombol bulat supaya mudah dipegang.

2.      

Suis lampu, kipas dan lain-lain

·         Mesti boleh dicapai, seeloknya pada ketinggian  40 inci.

3.      

Telefon

·         Diletakkan di atas meja kecil.

·         Menggunakan telefon bimbit adalah lebih sesuai.

4.      

Lantai

·         Tidak terlalu licin.

·         Karpet yang tebal akan mengganggu kelancaran pergerakan kerusi roda.

·         Pastikan lantai selamat dari benda tajam yang boleh merosakkan tayar kerusi roda.

5.      

Perabot

·         Pastikan susunan perabot tidak mengganggu pergerakan kerusi roda.

·         Meja atau bangku kerja mestilah ada ruang unjur kaki bagi pengguna kerusi roda.

·         Sebagai langkah keselamatan, barangan mudah pecah yang tidak stabil mesti disusun dengan selamat atau disimpan.

6.      

‘Ramp’

(lakaran 5)

 

·         Sangat penting bagi kawasan yang berbendul atau kawasan tidak sama aras.

·         Kelebaran mesti melepasi kerusi roda iaitu antara 38” ke 48” lebar.

·         Permukaanya pastikan tidak licin

·         Ukuran ‘ramp’ adalah panjang 12” bagi ketinggian 1” (12:1).

·         Bahan yang boleh digunakan untuk membina ‘ramp’ ialah seperti simen(‘concrete’), kayu, aluminium ataupun besi.

·         Jika panjang ‘ramp’ melebihi 30’, adalah dicadangkan dibina ruang singgah(‘landing’) berukuran 5’x5’ dan ubah arah laluan supaya pengguna tidak penat dan menggunakan tenaga yang banyak.

7.      

Jenis pintu

 

·         Pintu bukaan keluar adalah lebih memudahkan pengguna kerusi roda.

·         Pintu ‘sliding’ juga sesuai untuk bilik air, tetapi pastikan kelebarannya dapat melepasi kerusi roda atau commode.

            Lakaran 5 – ukuran ‘ramp’

Peringatan

  • Pengubahsuaian mestilah bersesuaian dan tepat bagi mengelak pembaziran dan kerugian.
  • Dapatkan khidmat nasihat Jurupulih Carakerja yang terlatih supaya setiap pengubahsuaian akan membolehkan pesakit betul-betul berdikari di rumah.

Rujukan

  1. Adapting a Hoe for Wheelchair Accessibility, Kimberly Eberhardt Muir, Rehabilitation Institute of Chicago. Copyright 2012.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis :  Mohd Samsuri bin Muhammad Latpi
Akreditor : Rokiah Bt. Alias
Penyemak : Tan Foo Lan

Artikel Berkaitan

Apakah yang dimaksudkan Radiofarmaseutikal PET?

PET-CT (Positron Emission Tomography-Computed Tomography) merupakan teknik pengimejan nuklear yang digunakan untuk mengetahui fungsi organ yang berkaitan dengan penyakit kanser yang diterjemahkan dalam bentuk imej. Organ seperti tiroid, tulang, jantung, hati dan organ-organ lain boleh diimbas dengan menggunakan kaedah tersebut serta fungsi organ yang tidak normal dapat diketahui dengan menggunakan bahan radiofarmaseutikal Positron Emission Tomography (PET).

KERJAYA JURU X-RAY DIAGNOSTIK

Juru X-ray Diagnostik merupakan anggota profesional kesihatan bersekutu yang menggunakan X-ray untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis seseorang pesakit.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,443

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia