A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Motivasi Ibu Tunggal

 Motivasi Ibu Tunggal

Sumber: http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2Fyangmenarik.weebly.com

Seseorang wanita ditakrifkan sebagai Ibu Tunggal sekiranya :

  • Wanita yang kematian suami dan sedia meneruskan tugas membesarkan anak-anak.
  • Wanita yang telah bercerai dengan suami dan diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknya
  • Wanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-anaknya
  • Wanita yang berada di dalam proses penceraian (yang mungkin akan mengambil masa yang panjang).
  • Suami uzur dan tidak mampu menyediakan nafkah dan memerlukan penjagaan rapi.
  • Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami

Kesan gelaran “ibu tunggal” kepada wanita tersebut

  • Tiada wanita yang inginkan gelaran tersebut. Oleh itu status ibu tunggal sebenarnya secara tidak langsung memberi tamparan yang begitu hebat kepada perubahan kehidupan secara keseluruhanya kepada golongan ini samada dari segi sudut ekonomi, sosial, psikologi berbanding sebelum itu.

Cabaran yang dihadapi oleh golongan Ibu Tunggal

  1. Cabaran ekonomi

Cabaran utama yang terpaksa golongan ibu tunggal hadapi adalah keadaan/isu ekonomi. Bagi isteri yang menjadi ibu tunggal yang selama ini merupakan suri rumahtangga, bukanlah perkara yang mudah untuk golongan ini untuk mencari peluang pekerjaan diluar. Suasana ini semakin rumit bagi golongan ibu tunggal yang tidak berpendidikan. Walaupun golongan ini mungkin mendapat peluang pekerjaan, cabaran seterusnya yang terpaksa dihadapi adalah penjagaan anak semasa mereka berkerja. Disebabkan ini ramai ibu tunggal yang memilih untuk bekerja atau berniaga sendiri. Namun, ini hanya mendatangkan pendapatan yang kecil. Sumber pendapatan yang tidak seberapa menghadkan pilihan mereka justeru hanya mampu menikmati kualiti hidup yang rendah bagi meneruskan kelangsungan hidup.

  1. Cabaran Sosial

Oleh kerana kekangan kewangan dan tiada sumber pendapatan tetap terdapat juga kes yang mana golongan ini terjerumus dengan gejala sosial. Mereka yang terjerumus selalunya dari golongan yang mempunyai spiritual dan kefahaman jati diri yang rendah serta kemahiran daya tindak yang tidak membantu. Ramai melibatkan diri dengan jenayah sosial seperti pelacuran, penagihan dadah dan jenayah kecurian demi menyara anak-anaknya.

Taraf hidup yang tinggi di kawasan bandar memaksa golongan ini tinggal di tempat tinggal yang tidak kondusif. Ini bukan sahaja mendedahkan mereka tetapi juga anak-anak mereka kepada ancaman sosial seperti rogol, peras ugut dan sindiran orang lain.

Ibu tunggal harus diberi pendedahan tentang prosedur permohonan skim perumahan kos rendah yang disediakan oleh kerajaan serta pelbagai bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan ataupun swasta. Satu daripadanya iaitu bantuan sosial, pemberian pengetahuan, latihan dan kemahiran bagi membolehkan ibu tunggal memulakan perniagaan mereka dan berdikari. Pengetahuan tentang selok-belok perniagaan, misalnya, boleh dimanfaatkan oleh mereka.Kemahiran kerja tangan,memasak, menggubah dan mengandam pula boleh dijadikan aset untuk mereka memulakan perniagaan.

  1. Cabaran psikologi

Tanggapan negatif seiring dengan gelaran ibu tunggal boleh menimbulkan tekanan psikologi. Golongan ini sering kali tidak menjadi pilihan majikan memandangkan tanggungjawab mereka yang mungkin akan mengganggu kerja mereka.

Wanita yang tiba-tibanya kehilangan suami dan tempat bergantung menyebabkan kehancuran perangkatan jiwanya. Dalam keadaan ketiadaan suami sebagai pencari rezeki utama mereka terpaksa bergantung kepada diri sendiri. Stigma yang dikenakan terhadap mereka oleh masyarakat memburukkan lagi keadaan. Kegagalan memberikan sebuah keluarga yang bahagia kepada anak-anak mereka, membuatkan mereka berasa bersalah. Tekanan hidup atas sebab kesempitan wang juga menjejaskan kehidupan mereka di masa depan.

  1. Cabaran dalam berurusan dengan Mahkamah

Bagi ibu tunggal akibat perceraian, masalah yang dihadapi ada dalam berurusan dengan Mahkamah. .Mereka sering dipersendakan, tidak dilayan dengan adil, terpaksa berulang-alik ke Mahkamah untuk menyelesaikan kes dan seumpamanya. Ada juga ibu tunggal ini tidak tahu undang-undang serta prosedur mahkamah dan tidak tahu hak mereka.
Majoriti dari mereka ini juga menghadapi masalah dengan bekas suami yang enggan bekerjasama terutamanya dalam hal memberi nafkah untuk anak-anak yang sebenarnya merupakan tanggungjawab mereka.

Kesan

 Cabaran dalam berurusan dengan Mahkamah

Sumber: http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2Fyangmenarik.weebly.com

  1. Kesan menjadi ibu tunggal kepada anak-anak

Anak yang tinggal dalam keluarga ibu tunggal tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Ini menjejaskan perkembangan diri anak-anak tersebut secara menyeluruh dari aspek fizikal, intelektual dan sosial. Kekurangan kasih sayang juga boleh menganggu perkembangan personaliti kanak-kanak. Kanak-kanak daripada ibu tunggal sukar untuk melafazkan perasaan mereka ini disebabkan mereka takut untuk menyinggung perasaan ibu

  1. Kesan menjadi ibu tunggal kepada masyarakat

Kedudukan Ibu tunggal pada padangan masyarakat juga berbeza-beza samada persepsi yang berbentuk positif ataupun negatif. Terdapat segelintir ibu tunggal yang dapat memajukan diri dan bangkit dari kejatuhan dengan berkecimpung dengan perniagaan akan dilihat sebagai ibu tunggal yang berjaya untuk memajukan diri. Sebaliknya ibu tunggal juga dianggap sebagai ancaman kepada wanita-wanita dan pasangan suami isteri yang akhirnya boleh mendatangkan pandangan yang negatif.

Bantuan yang boleh diberikan kepada golongan ibu tunggal

Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan Ibu Tunggal merupakan skim bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan Ibu Tunggal.

Jenis-jenis bantuan yang ada di JKM ialah:

  1. Bantuan Bulanan – Bantuan Am
  • Bantuan Penyaraan Kanak-kanak
  • Bantuan Anak Pelihara
  1. Bantuan Sekaligus – Geran Pelancaran
  • Bantuan Alat Tiruan/Sokongan
  • Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran
  • Bantuan Sekolah (sekiranya mempunyai anak-anak bersekolah)
  1. Perkhidmatan kaunseling
  1. Bantuan kebajikan.

Selain daripada pihak JKM terdapat juga bantuan-bantuan yang boleh diperolehi daripada jabatan jabatan yang lain. Disamping itu pihak pihak tertentu seperti syarikat dan juga badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberikan skim-skim dan pinjaman kredit.

Di samping itu badan-badan yang boleh dijadikan sumber rujukan dalam memberikan bantuan kepada golongan ibu tunggal ini adalah seperti berikut:

1) Yayasan Tekun Nasional (TEKUN)

2) Amanah Ikthiar Malaysia (AIM)

3) Program e-Kasih

  1. Majlis Amanah Rakyat MARA

Usaha yang dijalankan untuk membangunkan potensi wanita

  1. Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) sebagai jentera Pembangunan Dasar.
  2. Mengorentasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan prpses perancangan, perlaksanan dan pengawasan proram-program pengintegrasian wanita.
  1. Pendidikan dan latihan untuk menyedarkan pihak pentadbiran kerajaan mengenai isu wanita
  2. Penglibatan Badan- badan Bukan Kerajaan
  3. Membasmi kemiskinan dan mengambil tindakan tegas
  4. Memajukan dan menyelaras penyelidikan mengenai isu wanita
  5. Peruntukan Anggaran Belanjawan

Kesimpulan

Jelas kehidupan ibu-ibu tunggal adalah sangat mencabar iaitu dari aspek ekonomi, sosial, psikologi, perhubungan dengan masyarkat dan sebagainya terdapat juga golongan yang ini dapat membangunkan semula kehidupan mereka kerana dari cabaran yang dihadapi mereka telah dapat meningkatkan “resilency” jati diri. Selain dari itu, bantuan dan skim yang telah diberikan kepada golongan ini dapat meringankan beban dan juga untuk memindahkan beban yang terpaksa dipikul setelah kehilangan/kematian pasangan. Kepada golonga ibu tunggal yang mahir berniaga secara tidak langsung dapat mengubah dan mengelak dari hidup dalam kemelaratan dan membolehkan untuk memperkukuhkan semula sistem dalam keluarga terutamanya dari aspek ekonomi. Terdapat juga sebilangan ibu tunggal ini yang telah berjaya membuktikan kehidupan mereka berjaya apabila menceburi bidang perniagaan. Oleh itu masyarakat sejagat juga perlu memainkan peranan penting agar golongan ibu tunggal ini dapat meneruskan kelangsungan hidup bersama-sama anak yang ditinggalkan dan mengubah persepsi dan tanggapan yang negatif pada golongan ini.

Rujukan :

  1. Akta keganasan Rumah Tangga 1994 (akta 521
  1. Hussin, S. @Omar,C.Z (2002) Masalah Remaja daripada keluarga Ibu tunggal. Kuala Lumpur: karisma Publication Sdn. Bhd
  1. Rohaya Roddin 2012. Pendekatan Model Baru pembanguanan Usahawan wanita luar Bandar bagi tujuan pembasmian kemiskinan . Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  1. www.kpwkm.gov.my

Artikel Berkaitan

Kesan Sampingan Radioterapi

Radioterapi adalah satu kaedah rawatan untuk penyakit kanser di mana sinaran radiasi mengion ditujukan ke bahagian badan yang tertentu yang diserang kanser.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia