KKM dengan kerjasama pihak MAMPU telah melaksanakan projek mobile application yang dinamakan sebagai aplikasi myHealth bertujuan untuk memudahkan pengguna mencapai maklumat perkhidmatan kesihatan dengan menggunakan peranti pintar dan smartphone.
Aplikasi myHEALTH Apps ini menyediakan maklumat kesihatan seperti berikut:
1. Kemudahan Kesihatan – Menyediakan informasi berkaitan lokasi hospital & klinik kerajaan di Malaysia.
2. Soalan Lazim Kesihatan – Paparan koleksi soal-jawab yang sering diajukan oleh orang ramai kepada KKM di Portal myHealth.
3. Penilaian Risiko Kesihatan – Modul penilaian tahap kesihatan yang boleh diuji-pakai oleh orang ramai berdasarkan modul yang terdapat pada Portal myHealth.
4. Pengamal Perubatan – Semakan nama, tempat amalan utama dan no. pendaftaran pengamal perubatan yang dikitiraf oleh KKM.
5. Produk Berdaftar – Semakan produk kesihatan yang berdaftar dengan KKM
6. Mobile Denggi – Informasi pengawasan wabak denggi di sekitar kawasan anda.
Cara untuk muat-turun aplikasi mudah-alih myHealth Apps
1. Buka Play Store / Google Play app dalam telefon pintar anda
2. Carian -> myhealth atau MOH Malaysia
3. klik -> open
4. Terus install ke telefon pintar anda
Selamat mencuba!