A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Nafas Berbau

Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit.

alt

Apa yang dikatakan nafas berbau?

Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan disebabkan oleh jenis pengambilan makanan atau penyakit. Kebiasaannya nafas berbau hanya pada waktu tertentu sahaja seperti selepas bangun tidur. Ia adalah masalah peribadi dan agak memalukan bagi sesetengah orang. Untuk memberitahu kawan rapat mengenai nafas berbau adalah satu langkah yang sukar. Seseorang mungkin menghargainya dan sebahagian lagi akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri dan memencilkan diri dari masyarakat. Sekiranya masalah ini berpanjangan, anda mesti berjumpa doktor pergigian untuk pemeriksaan. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami masalah nafas berbau supaya punca masalah ini dapat dirawat.

Nafas berbau mungkin disebabkan oleh :

  • Mulut :
    • Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
    • Kerosakan gigi (karies gigi)
    • Penyakit gusi (penyakit periodontium)
    • Makanan melekat di celah gigi
    • Gigi palsu yang tidak bersih
    • Bau mulut ketika bangun tidur
    • Mulut kering
    • Tabiat bernafas melalui mulut
  • Jenis makanan :
    • Bawang
    • Bawang putih
    • Kopi
    • Tembakau
    • Minuman alkohol
  • Keadaan kesihatan :
    • Diabetes
    • Penyakit hati
    • Keradangan atau jangkitan di bahagian tekak
    • Jangkitan di paru-paru
    • Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan nafas berbau?

Petua berikut dapat membantu menghindarkan nafas anda berbau :

  • Penjagaan kesihatan mulut :
    • Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan
      • memberus gigi, menggunakan flos, dan menggunakan bahan kumuran
      • bersihkan lidah menggunakan berus gigi atau tongue scraper
    • Jika memakai aplians ortodontik atau gigi palsu, anda perlu menjaga kebersihan peralatan tersebut
    • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun
  • Awasi diet :
    • Minum banyak air dan kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein
    • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran segar berserat
    • Kunyah bunga cengkih atau gula-gula getah yang tidak mengandungi gula
  • Elakkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok atau minum alkohol
  • Mendapatkan rawatan untuk penyakit gusi dan gigi

Nafas berbau & bahan kumuran

Bahan kumuran menyegarkan bau nafas untuk sementara waktu sahaja. Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian kerana penggunaan bahan kumuran sahaja tidak menyelesaikan punca masalah yang menyebabkan nafas anda berbau.

 

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Azillah bt. Mohd Ali
    Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar
    Dr. Sharol Lail b. Sujak
    Dr. Chew Yoke Yuen
    Dr. Norrizan bt. Basir
    Dr. Doreyat b. Jemun
Penyemak : Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah

 

Artikel Berkaitan

Aplians Tetap

Aplians Tetap adalah salah satu jenis pendakap gigi. Ia adalah pendakap gigi yang paling popular pada masa ini. Hal ini demikian kerana pergerakan gigi dapat dilakukan dengan lebih efektif dengan pendakap ini dan pesakit juga menggemarinya.

Venir Gusi

Venir gusi adalah prostesis yang dipakai di bahagian hadapan gigi atas, bertujuan untuk mengembalikan rupa bentuk mukogingiva dan estetika di kawasan dimana tisu-tisu periodontal adalah kurang.

Leukoplakia Oral

Leukoplakia ditakrifkan sebagai tompokan putih atau plak yang tidak boleh dicirikan sebagai penyakit-penyakit spesifik yang lain secara klinikal atau patologi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,443

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia