A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Bermaksud tumpuan yang berlebihan atau melampau terhadap sesuatu atau perkara atau benda. Contohnya, tumpuan yang berlebihan kepada kelebihan diri sendiri mahupun terhadap perkara lain.

Definisi

Merupakan pemikiran, dorongan, atau gambaran yang menumpukan kepada keinginan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Ia boleh membuatkan seseorang itu merasakan bahawa dirinya luar biasa dan mempunyai kebolehan tertentu. Ia juga menjadikan seseorang menumpukan perhatian yang melampau terhadap seseorang mahupun perkara lain.

Punca Obses

Penyebab tepat Obsesi tidak difahami sepenuhnya, namun ia menunjukkan penglibatan kombinasi faktor biologi dan persekitaran. 

Faktor Biologi:

Otak mengandungi neuron yang mesti berhubung supaya badan boleh berfungsi dengan baik. Neuron berhubung melalui signal elektrik. Bahan kimia tertentu yang dikenali sebagai neurotransmitter menolong menghantar mesej dari satu neuron ke satu neuron yang lain. Kekurangan pengeluaran neurotransmitter serotonin berkait rapat dengan perkembagan Obsesi. Ada bukti mengatakan bahawa ketidakseimbangan serotonin boleh diwariskan oleh ibu bapa kepada anak mereka. Ini bermakna, perkembangan Obsesi boleh diwarisi. Ini akan menjejaskan laluan dalaman otak yang melibatkan proses penilaian dan perancangan, dan juga kawasan otak yang menapis mesej yang melibatkan pergerakan badan. 

Faktor Persekitaran

  1. Perubahan status dan gaya hidup
  2. Pengaruh dari ibu bapa dan keluarga
  3. Pengaruh dari rakan sebaya
  4. Pergaulan yang tidak terkawal
  5. Masalah yang dihadapi ditempat kerja mahupun di sekolah

Kesan

Kesan Obsesi boleh dibahagikan kepada 2 iaitu dari segi negatif dan dari segi positif.

Dari segi negatif – Dikuasai sikap obses menyebabkan pemikiran seseorang tertutup, cetek, terkongkong, keras kepala dan tidak berfikiran jauh. Biasanya golongan ini tidak akan mendengar pandangan orang lain walaupun pandangan itu benar. Mereka akan tetap dengan kepercayaan mereka walaupun ianya salah.

Dari segi positif – ia memberi kekuatan kepada seseorang untuk melakukan sebarang tindakan. Mereka sanggup melakukan apa saja asalkan mencapai matlamat. Obsesi mereka dalam sesuatu perkara menjadikan mereka lebih faham dan akan mencari maklumat mengenai perkara yang diobseskan. Kebiasaannya golongan obsess ini tidak mengharapkan balasan kerana mereka melakukannya dengan rela hati.

Bagaimana Menangani

  1. Meditasi:

    Meditasi untuk orang-orang dengan obsesi tinggi akan dapat membuat pemiikiran mereka menjadi lebih tenang. Membiarkan emosi tanpa kawalan hanya akan membuat masalah tersebut menjadi semakin runcing dan rumit. Latihan pernafasan yang betul dapat membantu untuk menenangkan fikiran supaya tetap berhati-hati dalam menjawab persoalan dan masalah yang terjadi.

  2. Psikoterapi:

    Rawatan psikoterapi untuk gangguan obsesi umumnya diberikan hampir sama dengan gangguan kecemasan lainnya. Psikoterapi merupakan serangkaian rawatan dan metod berdasarkan ilmu-ilmu psikologi dan kaunseling yang digunakan untuk mengatasi gangguan kejiwaan atau mental seseorang.

  3. Farmakologi:

    Pemberian ubat-ubatan berserta psikoterapi sering dilakukan secara bersamaan dalam masa perawatan penderita Obsesi. Pemberian ubat hanya boleh dilakukan oleh doktor. Pemberian ubat-ubatan haruslah hanya melalui doktor dengan kawalan yang ketat. Ini adalah kerana pemberian ubat kepada pesakit tersebut akan mempunyai kesan sampingan.

Tip untuk tidak Obsesi

  1. Fikirkan apa yang diobsesikan dan fikirkan sama ada apakah ia relevan dengan kehidupan anda.
  2. Fikirkan lagi bagaimana hidup anda tanpa obsesi itu.
  3. Sekiranya anda mengatakan bahawa anda tidak boleh meninggalkan obsesi tersebut bermakna anda silap. Ada ramai orang lain di luar sana yang Berjaya meninggalkan tabiat obsesi mereka dan menjalani hidup seperti biasa.
  4. Jangan beritahu orang lain mengenai obsesi anda sehinggalah anda yakin yang anda boleh mengawal diri anda.
  5. Bergembiralah menonton wayang, raikan kehidupan anda.
  6. Berjenaka dengan diri andan sendiri. Lakukan apa saja yang membolehkan anda ketawa.

 

Semakan Akhir : 02 Julai 2018
Penulis : Fariz Sakinah binti Abdullah
Akreditor : Ruhana binti Mahmud

Artikel Berkaitan

Latah

Melatah merujuk kepada mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja kerana terperanjat dan sebagainya.

Penjagaan Keluarga Sandwich (Tekanan Anak)

Generasi Sandwich ialah gabungan dua generasi yang memerlukan penjagaan harian yang berlaku kepada anak dewasa pertengahan umur yang menjaga warga tua dan anak-anak tinggal di bawah satu bumbung.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia