A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Bayi dan Kanak-kanak
  8. /
  9. Obstetrik Brachial Plexus Palsy

Obstetrik Brachial Plexus Palsy

Saraf  brachial plexus menyarafi anggota atas, lengan dan tangan. Ia terdiri daripada saraf tunjang C5, C6, C7, C8 dan T1 yang akan bergabung dan membentuk  "highway system," atau "plexus," of nerves.

Pengenalan

OPP
Sumber gambar : images.search.yahoo.com

‘Obstetrical brachial plexus palsy’(OBPP) dirujuk sebagai kecederaan terhadap semua atau sebahagian saraf pleksus brachial bayi yang berlaku ketika bersalin. OBPP adalah berbeza dengan kecederaan saraf pleksus brachial bagi orang dewasa. Ini adalah kerana kecederaan yang berlaku,  adalah bukan disebabkan oleh hentakan yang kuat. Kebiasaannya berlaku koyakan yang tidak sepenuhnya/ ‘incomplete ruptures’ pada saraf pleksus brachial akibat dari kesan regangan semasa proses kelahiran dibahagian leher.

Etiologi

Kebiasaannya berlaku ketika proses kelahiran bayi yang sukar di mana leher bayi teregang sebelah. Kebarangkalian OBPP berlaku adalah  1 atau 2 orang  di dalam 1000 bayi yang baru lahir. Hampir 90% akan pulih sepenuhnya dalam tahun pertama kehidupan manakala 10% lagi memerlukan terapi. Bagi kes yang teruk mungkin memerlukan pembedahan. Namun begitu, kanak-kanak ini mungkin akan mengalami limitasi fungsi bagi anggota yang terlibat sepanjang hayat .

Kebanyakan kes OBPP melibatkan kecederaan pada saraf pleksus brachial bahagian atas(C5,C6,C7) , yang dikenali sebagai Erb’s Palsy. Di mana bayi tersebut tidak akan dapat menggerakkan sendi bahu, tetapi dapat menggerakkan jari tangan. Jika saraf pleksus brachial atas dan bawah (C5 – T1) terlibat atau teregang, kondisi  ini akan menjadi lebih teruk daripada Erb’s palsy. Kondisi  ini dikenali sebagai ‘global’ atau ‘total’ OBPP. Manakala sekiranya saraf pleksus brachial  bahgian bawah (C8,T1) yang terlibat atau teregang  ia akan dikenali sebagai’Klumpke’s palsy’.

Anatomi


Sumber gambar : images.search.yahoo.com

Saraf  brachial plexus menyarafi anggota atas, lengan dan tangan. Ia terdiri daripada saraf tunjang C5, C6, C7, C8 dan T1 yang akan bergabung dan membentuk  “highway system,” atau “plexus,” of nerves. Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ‘upper trunk (C5-C6), middle trunk (C7) dan lower trunk (C8 dan T1).

Jenis-jenis kecederaan saraf:-

  1. Neuropraxia

  2. Neuroma

  3. Rupture/ koyak

  4. Avulsion/ putus

Faktor Risiko yang menyebabkan OBPP:-

  1. ‘Cephalopelvic disproportion’

  2. ‘A large or macrosomic baby’

  3.  Kelahiran menggunakan peralatan

  4.  Kelahiran songsang

  5.  Kelahiran pramatang

  6. ‘Shoulder dystocia’

  7. ‘Primigravida’

  8.  Masa kelahiran yang lama.

  9.  Kecacatan sejak lahir.

Objektif Rawatan Fisioterapi:-

  1. Untuk menggalakkan penggunaan bahagian anggota atas yang terlibat di dalam aktiviti harian

  2. Untuk mengekalkan julat pergerakan bahagian anggota atas yang terlibat

  3. Untuk meningkatkan julat pergerakkan bahagian anggota atas yang terlibat

  4. Untuk menguatkan otot bahagian yang terlibat

  5. Untuk mengurangkan risiko kecacatan

  6. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara optima.

  7. Untuk menggalakkan sensasi deria rasa bahagian anggota atas yang terlibat

Gejala / Tanda

  1. Kekuatan anggota atas yang terlibat lemah

  2. Kemungkinan deria rasa sensasi anggota atas yang terlibat hilang atau kurang

  3. Separa atau total paralisis anggota atas yang terlibat

  4. ‘Horner’s Syndrome’

  5. ‘Waiter’s tip posture’

  6. ‘Claw-like hand’

Komplikasi

  • Limitasi dalam aktiviti seharian disebabkan kekerasan sendi atau tisu lembut

  • Kekerasan pada sendi bahu

  • Kelemahan pada otot (muscle atrophy) jika jarang digunakan

  • Dislokasi sendi bahu atau siku. 

Perawatan

  • Pemulihan Fisioterapi

  • Pemulihan  Cara Kerja

  • Pembedahan :

    1. Microsurgical reconstruction

    2. Nerve grafts and transfers.

    3. Tendon transfers

    4. Osteotomies

    5. Open and arthroscopic reduction of infantile shoulder dislocations

  • Parental support

Pencegahan

  • Mengarahkan ibubapa pesakit agar berhati-hati menjaga anggota atas atau tangan yang kurang deria rasa sensori (care of anaesthetic limb).

  • ibubapa dinasihatkan agar jangan mengangkat bayi dari bawah axilla

  • Ibubapa dinasihatkan agar mengelakkan dari ‘mishandling’ ketika mendukung bayi, mandi atau  makan.

  • Ibubapa dinasihatkan agar meletakkan gulungan kain/blanket untuk menyokong bahagian anggota atas yang terlibat terutama ketika duduk atau berada di atas buaian.

  • Ibubapa perlu melakukan ‘regular repositioning’ untuk mengelakkan dari pembentukan ‘torticollis’ atau ‘head flattening’.

Rehabilitasi Fisioterapi

  • ‘Joint compression weight bearing’ bagi anggota atas yang terlibat untuk mempertingkatkan input propriosepsi.

  • Aktiviti kedua-dua pergerakan anggota.

  • Menggalakkan penggunaan anggota atas yang terlibat secara aktif di dalam aktiviti yang bersesuaian  bagi meningkatkan  kekuatan dan koordinasi.

  • Posisi ‘protective’ bagi anggota atas yang terlibat terutama bagi minggu pertama kelahiran.

  • ‘Scapular stabilization’ untuk meningkatkan mobiliti pada scapular dan sendi bahu.

  • Stimulasi sentuhan terhadap anggota atas yang terlibat menggunakan pelbagai jenis material, koosh balls, vibration dan massage untuk meningkatkan ‘sensory awareness’

  • Senaman aktif atau pasif bagi anggota atas yang terlibat


Sumber gambar : images.search.yahoo.com


Sumber gambar : images.search.yahoo.com


Sumber gambar : images.search.yahoo.com


Sumber gambar : images.search.yahoo.com

  • Hidroterapi

  • ‘Neuromuscular re-education’ dengan menggunakan stimulasi elektrik. ‘ /Neuromuscular Electrical Stimulation’ ( NMES)

Rujukan

  1. J.M.Hunter, E.J.Mackin and A.D.Callahan: Rehabilitation of the hand: surgery and therapy, 4th ed, Vol 1, 1995; 885-904.

  2. http//membrane.com/bpp/protocol/html

  3. http://www.childrenshospital.org

  4. http://orthoinfo.aaos.org

  5. images.search.yahoo.com

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Pauzilah bt Hj. Dollah
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Physiotherapy Management On Hemophilia

Hemophilia can cause spontaneous and prolong bleeding at any muscle, joint and internal organ. The complication is not only pain but can cause handicap and death.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia