A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. PRIME YEARS
  4. /
  5. Disease
  6. /
  7. Osteoartritis

Osteoartritis

Pengenalan

Merupakan jenis arthritis (sakit sendi ) yang paling kerap ditemui. Ianya disebabkan oleh kerosakan tulang rawan sendi akibat umur yang meningkat (rawan menjadi haus).

Rawan sendi berfungsi untuk menyerap hentakan dan juga melincirkan pergerakan antara dua permukaan sendi.

Siapakah yang berisiko?

Dua kumpulan usia yang berbeza:

  1. Wargatua di mana ianya disebabkan oleh peningkatan usia (rawan menjadi haus)
  2. Dewasa yang masih muda di mana penyebabnya adalah trauma (rawan rosak disebabkan kecederaan)

Apa yang menyebabkan osteoarthritis?

Ianya adalah satu daripada proses penuaan yang tidak dapat dielakkan.Sejarah trauma ataupun kecederaaan sukan di usia muda dan masalah kegemukan mempercepatkan proses pembentukan osteoarthritis.

Mereka yang lahir dengan masalah rawan semulajadi juga lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini. Kehausan tulang rawan yang lambat laun akan menyebabkan pergeseran antara dua tulang keras boleh menimbulkan rasa sakit, bengkak dan hilang fungsi sendi.

Dengan peredaran masa sendi akan hilang bentuk dan unjuran tulang-tulang kecil akan tumbuh disekitar sendi. Unjuran-unjuran ini boleh patah, masuk ke dalam sendi dan menimbulkan pelbagai masalah yang lain.

Adakah anda menghidap osteoarthritis?

Pesakit selalunya mengadu sakit sendi bila melakukan pergerakan. Ianya juga menjadi lebih sakit di penghujung jari.

Diagnosa

Tanda dan gejala seperti di atas dengan bantuan gambar x-ray boleh mendiagnosakan penyakit osteoartritis.Sendi yang kerap terlibat adalah seperti dibawah:

Bagaimana ia dirawat?

Rawatan adalah dalam beberapa peringkat bergantung kepada keadaan pesakit. Pembedahan selalunya adalah untuk peringkat yang lewat. Kaedah rawatan adalah:

  • Ubat penahan sakit
  • Senaman dan fisioterapi
  • Mengubahsuai aktiviti harian
  • Mengurangkan berat badan

Jika cara-cara di atas gagal mengawal gejala, pesakit bolehlah ditawarkan

  • Suntikan cecair sendi sintetik

Akhir sekali jika semua kaedah di atas gagal pesakit selalunya ditawarkan pembedahan penukaran sendi palsu. Namun begitu pembedahan ini adalah di peringkat akhir dan bergantung kepada kehendak dan persetujuan pesakit.

Apakah komplikasi pembedahan sendi palsu?

Kadar komplikasi adalah dalam lingkungan 1-2%.Ini termasuk:

  • Jangkitan kuman
  • Darah beku di kaki
  • Jahitan terbuka dan gagal
  • Komplikasi am termasuk hilang darah dan komplikasi sewaktu bius

Komplikasi lewat termasuk :

  • Jangkitan kuman
  • Sendi palsu menjadi longgar dan perlu diganti
  • Patah tulang disekitar sendi palsu
  • Kegagalan komponen sendi palsu
  • Pembedahan ulangan

Rujukan

Campbell Operative Orthopaedics

Semakan Akhir : 25 April 2012
Penulis : Dr. Izan Ibrahim
Penyemak : Dr. Heselynn Hussein

 

Artikel Berkaitan

Urinary Tract Infection

Germs that cause UTIs always come from the skin at or near the opening of the urethra (which channels the urine outside of the body)

Skin Cancer

Skin cancers are uncontrolled growths of skin with presence of abnormal (malignant) skin cells.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia