A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Dermatologi
  8. /
  9. Panau
  10. /
  11. Panau (Tinea Versicolor)

Panau (Tinea Versicolor)

Panau atau nama saintifiknya Tinea versicolor adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat daripada jenis genus Malassezia spp. Jangkitan Panau biasanya terjadi di kawasan tropikal serta sub-tropikal dan jangkitan boleh berlaku bukan sahaja pada manusia tetapi juga pada haiwan. Tanda-tanda jangkitan Panau boleh dilihat pada kulit di bahagian badan seperti muka, kaki dan beberapa bahagian lain yang kerap berpeluh. Ciri-ciri jangkitan panau dapat dilihat pada bahagian kulit adalah tompok jelas berwarna putih, merah jambu atau coklat. Faktor-faktor penyebab panau termasuklah cuaca panas dan lembab, penghasilan peluh yang berlebihan, kulit yang berminyak dan imun sistem yang lemah.

Panau atau nama saintifiknya Tinea versicolor adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat daripada jenis genus Malassezia spp. Jangkitan Panau biasanya terjadi di kawasan tropikal serta sub-tropikal dan jangkitan boleh berlaku bukan sahaja pada manusia tetapi juga pada haiwan. Tanda-tanda jangkitan Panau boleh dilihat pada kulit di bahagian badan seperti muka, kaki dan beberapa bahagian lain yang kerap berpeluh. Ciri-ciri jangkitan panau dapat dilihat pada bahagian kulit adalah tompok jelas berwarna putih, merah jambu atau coklat. Faktor-faktor penyebab panau termasuklah cuaca panas dan lembab, penghasilan peluh yang berlebihan, kulit yang berminyak dan imun sistem yang lemah.

Terdapat banyak maklumat berkaitan dengan jangkitan Panau, namun maklumat berkaitan kulat penyebab jangkitan tidak banyak dibincangkan dengan jelas dan lengkap. Dengan penyebaran maklumat yang lengkap mengenai kulat penyebab panau, ianya dapat membantu dalam mengurangkan jangkitan sekaligus dapat menangani jangkitan dengan sebaik mungkin.

panau1 panau2
(a)
(b)

Rajah 1: Rupa bentuk panau pada permukaan kulit di bahagian a) Belakang badan; b) Muka.

Kumpulan kulat Malassezia merupakan organisma yang bertanggungjawab dalam penularan jangkitan panau. Spesies yang biasanya ditemui pada kulit manusia yang menghidap panau adalah daripada jenis Malassezia globosa, Malassezia furfur, Malassezia sympodialis, Malassezia restricta dan Malassezia obtuse. Manakala, kulat yang sering menjangkiti haiwan adalah daripada jenis Malassezia nana, Malassezia caprae, Malassezia equine dan Malassezia pachydermatis. Menurut kajian yang telah dijalankan, daripada 138 pesakit yang mendapat jangkitan panau, sebanyak 73% pesakit dijangkiti kulat jenis Malassezia globosa diikuti dengan kulat jenisMalassezia furfur sebanyak 20%,Malassezia obtuse dan Malassezia sympodialis yang masing-masing sebanyak 5% dan 2%.

Ciri-ciri Kulat Malassezia Penyebab Panau

Anggaran ukuran diameter sel kulat Malassezia spp.  adalah 2 – 8 µm bergantung kepada jenis spesies. Selain mempunyai dinding sel yang tebal iaitu setebal 0.12 µm, sel kulat ini juga dikelilingi oleh lapisan yang kaya dengan lipid seperti kapsul yang berkait rapat dengan patogenesis jangkitan pada lapisan kulit manusia. Kandungan dinding sel adalah terdiri daripada 70% karbohidrat, 10% protein dan 15 – 20% terdiri daripda lipid.

Diagnosis fizikal dan ujian diagnostik

Penyakit panau adalah sangat mudah untuk dikenalpasti melalui tanda-tanda yang dapat dilihat pada warna kulit yang tidak normal pada kulit manusia. Namun begitu, ujian diagnostik sedia ada di makmal mikrobiologi dapat membantu doktor mengenalpasti kulat penyebab jangkitan. Ujian yang dijalankan adalah seperti ujian kalium hidroksida (KOH). Bahan kimia KOH digunakan bertujuan untuk memecahkan struktur keratin yang terdapat pada kulit, rambut dan kuku. Sampel kulit yang diambil daripada pesakit yang dijangkiti dengan kulat Malassezia akan menunjukkan bentuk seperti spageti dan bebola daging yang berwarna biru seperti Rajah 2 di bawah. Ujian mikroskopik melalui kaedah Scotch tape boleh dijalankan menggunakan kulat yang dikulturkan pada media pertumbuhan dan seterusnya diwarnakan menggunakan pewarnaan metilena biru seperti Rajah 3.

panau3

Rajah 2. Pemerhatian secara terus menggunakan sampel kulit yang menghidap penyakit panau dengan menggunakan dakwat parker dan kalium hidroksida

panau4 panau5 panau6
panau7 panau8  

Rajah 3. Gambar mikroskop cahaya bagi beberapa jenis kulat Malassezia yang diwarnakan dengan metilena biru, a) Malassezia furfur; b) Malassezia globose; c) Malassezia restricta; d) Malassezia slooffiae dan  e) Malassezia sympodialis. Pada pembesaran 1000X.

Media pertumbuhan kulat Malassezia

Ujian-ujian diagnostik yang dijalankan di dalam makmal adalah penting dalam mengenalpasti jenis kulat yang menjangkiti kulit manusia. Ia juga amat penting terutama bagi menentukan spesies melalui kaedah pengkulturan pada media pertumbuhan. Kulat ini boleh hidup sekiranya terdapat kandungan lipid tambahan yang terdapat pada media pertumbuhan. Ini adalah kerana kulat ini tidak dapat menghasilkan lipidnya sendiri. Terdapat pelbagai jenis lipid yang digunakan untuk memenuhi keperluan dan pertumbuhan kulat, ini termasuklah minyak zaitun, asid lemak (tween), susu dan gliserol. Antara contoh media pertumbuhan yang digunakan untuk pertumbuhan kulat ini adalah  media Dixon dan agar Leeming & Notman.

panau9
Rajah 4. Kehadiran koloni Malassezia furfur (kanan) dan Malassezia  sympodialis (kiri) di atas agar Dixon. Warna coklat pada agar hanya berlaku dengan kehadiran  Malassezia furfur.

 

Rujukan

  1. Shivaprakash M. Rudramurthy, Prasanna Honnavar, Sunil Dogra, Prakash P. Yegneswaran, Sanjeev Handa & Arunaloke Chakrabarti. Association of Malassezia species with dandruff. Indian J Med Res 139, pp 431-437, 2014.
  2. Carmen Aspiroz, Mariano Ara, Marzo Varea, Antonio Rezusta & Carmen Rubio. Isolation of Malassezia globose and M. sympodialis from patients with Pityriasis versicolor in Spain. Mycopathologia154: 111–117, 2001.
Semakan Akhir : 26 Februari 2016
Penulis : Khairul Bariah binti Yaacob
Akreditor : Hanani Norlina binti Mahpudz

Artikel Berkaitan

Rawatan Vitiligo (Sopak)

Vitiligo atau sopak adalah penyakit kulit yang dihidapi oleh 0.5 hingga 2 peratus penduduk dunia. Ia merupakan masalah pigmentasi kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih di bahagian badan dengan sebaran secara simetri pada kulit manusia.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia