Pengenalan
- Membesar adalah satu cabaran.
- Berkawan dan mengendalikan tekanan rakan-rakan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran diri, sosial dan komunikasi remaja.
- Remaja menghabiskan lebih banyak masa dengan rakan-rakan berbanding ibubapa.
- Zaman remaja adalah menyeronokkan terutama apabila melaluinya bersama rakan-rakan.
- Namun, kehidupan remaja boleh juga menjadi kehidupan yang sepi. Salah memilih kawan atau pengaruh kawan yang negatif boleh merosakkan remaja.
- Oleh itu, berhati-hatilah memilih rakan dan binalah hubungan yang sihat dengan rakan-rakan anda.
Fakta
Kajian menunjukkan bahawa mempunyai rakan-rakan yang positif dan pencapaian tinggi mempunyai kesan positif ke atas kepuasan remaja di sekolah, kemajuan pendidikan, gred buku rekod, dan skor ujian pencapaian (Epstein, 1983). Di Kanada, 80% daripada graduan daripada sekolah menengah yang mempunyai kawan-kawan yang percaya menamatkan pendidikan sekolah menengah adalah penting (Statistik Kanada, 1993). Pelajar dengan rakan-rakan yang suka ke sekolah, mempunyai gred yang baik dan lebih cenderung untuk menamatkan sekolah menengah (Ekstrom et al 1986). Oleh itu, mempunyai rakan-rakan yang percaya pencapaian akademik adalah penting memang bermanfaat untuk remaja.
Panduan untuk Remaja
Bagaimana saya boleh membina hubungan dengan rakan sebaya?
- Sayangi dan hormati diri anda sendiri.
- Berbuat baik dengan orang lain.
- Senyum dan merendah diri.
- Ambil tahu tentang hidup dan aktiviti kawan-kawan anda.
- Jadilah seorang pendengar yang baik.
- Kongsi minat, cita-cita atau aspirasi anda dengan mereka.
- Paling utama, berhati-hati memilih rakan. Berkawanlah dengan mereka yang boleh memberi pengaruh positif kepada anda.
- Pilih rakan-rakan yang tidak terlibat dalam tingkah-laku yang berisiko atau aktiviti negatif seperti merokok, mengambil dadah, alkohol, lumba haram, perjudian, hubungan seks sebelum kahwin dan lain-lain.
- Tetapkan matlamat hidup anda. Berusaha untuk memperoleh seberapa banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan.
- Pilih rakan-rakan yang boleh menyokong anda daripada aspek akademik, emosi, sosial dan rohani. Jadilah seorang yang sederhana dan seimbang dalam semua perkara.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya anda boleh berasa baik tentang diri sendiri dan mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan rakan sebaya.
- Perkenalkan rakan sebaya dengan keluarga anda. Ahli keluarga boleh membantu dan menyokong anda untuk membina hubungan dengan rakan-rakan anda juga.
- Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dengan rakan-rakan anda seperti aktiviti dalam bidang sukan, muzik, seni, membaca, menunggang, belajar, menonton filem-filem yang baik bersama-sama.
- Elakkan berkawan dengan rakan-rakan yang negatif, bertegas dan mengatakan TIDAK kepada tekanan rakan sebaya yang negatif (rujuk kemahiran asertif).
- Berkawanlah dengan rakan sebaya yang mempunyai minat yang sama dengan anda dan libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dan produktif.
- Libatkan diri dengan aktiviti masyarakat, badan-badan sukarela atau pertubuhan bukan kerajaan. Kemuningkinan besar anda akan bertemu rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dengan anda. Contohnya Girls Guide, Pengakap, Kadet, Junior Mercy, Rakan Muda, PROSTAR dan Doktor Muda.
- Jika anda seorang pelajar, beri keutamaan anda dengan betul. Pilih rakan yang mempunyai minat yang sama, beri tumpuan dalam pelajaran, tingkatkan kemampuan dan kemahiran anda. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang produktif dan jadikan KEJAYAAN sebagai MATLAMAT DALAM HIDUP.
- Anda boleh melakukannya, SELAMAT BERJAYA!
Semakan Akhir | : | 06 Januari 2014 |
Penulis | : | Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abdul Rashid |