A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Kanak-kanak
  6. /
  7. Penyediaan Makanan Kanak-kanak Berkeperluan...

Penyediaan Makanan Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Panduan Pengubahsuaian Tekstur Dan Cara Penyediaan Makanan Bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas

 

Pengenalan

Pengubahsuaian tekstur makanan adalah perlu untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat atau kanak-kanak yang mengalami kecederaan pada mulut yang akan mempengaruhi keupayaan mereka untuk mengunyah dan menelan makanan.

Walau bagaimanapun, mereka masih boleh dilatih untuk mengambil makanan yang biasa melalui pengenalan tekstur makanan secara beransur-ansur seumpama proses memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi. Manakala, tempoh masa pengenalan tekstur makanan mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang jika dibandingkan dengan bayi normal.

Pengubahsuaian tekstur makanan berperingkat

Tekstur makanan perlu diubahsuai mengikut keupayaan kanak-kanak mengunyah dan menelan.  Makanan puri adalah makanan paling halus dan sesuai dijadikan makanan pertama bagi pengenalan tekstur makanan. Tekstur seterusnya yang patut diperkenalkan ialah makanan dilecek, dicincang dan makanan lembut sehingga kanak-kanak boleh makan makanan biasa.

 

Perubahan Tekstur Makanan

Daripada Tekstur Halus ke Tekstur Biasa (Makanan Normal)

Tekstur

Makanan puri (separa cecair)

Makanan dilecek

Makanan dicincang

Makanan lembut

Makanan biasa

 

Kanak-kanak perlu mengambil makanan dengan lebih kerap jika mereka mengambil tekstur makanan yang semakin halus. Ini adalah kerana mereka memerlukan 2 atau 3 kali ganda  saiz sajian untuk mendapat tenaga dan nutrien yang cukup untuk menampung keperluan dan menyokong pertumbuhan mereka. Tenaga dan nutrien akan semakin berkurangan semasa proses pengubahsuaian tekstur makanan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa atau penjaga perlu berusaha membantu kanak-kanak berkeperluan khas untuk menambahbaik keupayaan mengunyah dan menelan mereka semungkin yang boleh.

Makanan disediakan dalam bentuk dan tekstur yang sesuai akan menggalakkan kanak-kanak berkeperluan khas mengambil makanan dalam sukatan yang disarankan dan mengelakkan kanak-kanak tercekik. Pengubahsuaian makanan dapat memastikan pemberian makanan yang selamat dan membantu menstimulasikan perkembangan keupayaan untuk makan (feeding development).

Cara penyediaan makanan mengikut tekstur bersesuaian

Tesktur Makanan
Cara Penyediaan Makanan

Makanan puri (separa cecair)

Makanan masak dikisar bersama sup atau jus.
Contoh:

  • Bayam dikisar halus bersama susu
  • Kiwi dikisar bersama jus
  • Kubis bunga dikisar bersama sup

Makanan dilecek

Makanan dilecek tanpa jus atau sup tambahan.
Contoh:

  • Kentang rebus dilenyek
  • Lobak merah dilenyek
  • Pisang dilecek

Makanan dicincang

Makanan dipotong kecil atau di cincang halus.
Contoh:

  • Tomato dicincang halus
  • Daging ayam dicincang halus
  • Hirisan kecil lada benggala
  • Lobak merah/ saderi dipotong halus
  • Isi ikan di cincang
  • Telur rebus di hancur/telur goreng  di cincang

Makanan lembut

Makanan yang telah dimasak sehingga lembut/lembik
Makanan tidak keras/liat,  tiada tulang dan tidak pedas.
Contoh:

  • Bubur nasi campuran
  • Ayam kukus
  • Sup tauhu
  • Roti direndam dengan susu
  • Lempeng pisang/susu

Makanan biasa

Makanan biasa adalah makanan normal bagi dewasa atau makanan keluarga.
Contoh:

  • Nasi campur
  • Mi sup
  • Nasi ayam
  • Bijirin sarapan

 

 

Contoh Modifikasi Menu Sehari Bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas

  • Modifikasi Tekstur Makanan yang perlu disediakan adalah bergantung kepada keupayaan kanak-kanak tersebut untuk mengunyah dan menelan.
  • Jika perlu, sila dapatkan nasihat dari Jurupulih Pertuturan.

 

Kanak-kanak Mampu Mengunyah dan Menelan

(1300 kcal)

Kanak-kanak Bermasalah Mengunyah dan Menelan

(1300 kcal)

Sarapan:

  • 1 mangkuk bihun sup mengandungi:
    • 1 senduk bihun
    • 1½ senduk sup sayur campur
    • 2 sudu makan carikan ayam
  • 1 gelas susu

Sarapan:

  • 1 mangkuk bihun sup/kueh teow mengandungi:
    • 1 senduk bihun/kueh teow dipotong kecil
    • 1½ senduk sup sayur (daun sahaja dikisar/dicincang)
    • 2 sudu makan ayam (dikisar/dicincang halus)

 

  • 1 gelas susu

Minum pagi:

  • 1 keping kuih apam
  • 1 gelas susu

Minum pagi:

  • 3 keping biskut (direndam dalam susu)
  • 1 gelas susu

Makan tengah hari:

  • 1 senduk nasi
  • 4 sudu makan  kacang panjang goreng lobak merah
  • 1 ketul ayam masak kicap (tanpa kulit)
  • 1 biji oren bersaiz sederhana
  • 1 gelas air kosong
Makan tengah hari:
Bubur Nasi  Campuran mengandungi :

  • 1 cawan bubur
  • 4 sudu makan bayam (daun sahaja) goreng bertauhu (bayam dikisar dan tauhu dilenyek)
  • 4 sudu makan ayam dan 1 sudu lobak merah (ayam dan lobak merah dikisar bersama)
  • 1 potong betik (dilenyek halus)
  • 1 gelas air kosong

Minum petang:

  • 2 keping samosa
  • 1 gelas susu soya

Minum petang:

  • 1 keping puding kastad
  • 1 gelas susu/Milk shake

Makan malam:

  • 1 senduk nasi
  • 3 keping ikan masam manis
  • 1 mangkuk sup sayur campur
  • 1 potong belimbing
  • 1 gelas air kosong
Makan malam:
Bubur Nasi Campuran mengandungi :

  • 1 senduk bubur (dimasak bersama sup)
  • 1 ekor isi ikan kukus (dikisar/dicincang)
  • 4 sudu makan sup kubis dan lobak merah (dikisar/dicincang)
  • 1 biji  pisang berangan (dilenyek halus)
  • 1 gelas air kosong

Minum malam:

  • 1 biji bun kismis
  • 1 gelas susu
Minum malam:
Bijirin Bersusu mengandungi :

  • 1 gelas susu
  • 3 sudu makan bijirin (dikisar halus)

 

Semakan Akhir : 03 September 2012
Penulis : Teh Wai Siew

 

 

Artikel Berkaitan

Pemakanan Melalui Tiub : Cukupkah Sekadar Susu?

Pemakanan melalui tiub, atau dalam istilah perubatan, lebih dikenali sebagai Enteral Nutrition. Ia adalah dalam bentuk cecair atau kebiasaannya merupakan formula atau rumusan susu. Susu tersebut dirumus dengan zat makanan yang lengkap serta seimbang mengikut keperluan badan atau penyakit. Cara pemakanan melalui tiub adalah mencukupi dan selamat jika tatacara pemberian adalah betul.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia