A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Paru-Paru

Semasa proses penuaan, otot untuk proses pernafasan seperti diafragma akan menjadi lemah sebanyak 25%. Tambahan pula, kurang oksigen yang mampu diserap dari udara yang dihisap masuk.

Pengenalan

  • Fungsi paru-paru merosot secara beransur dari umur 20 tahun.
  • Jika tiada kehadiran risiko yang boleh mengancam fungsi paru-paru (seperti merokok, pendedahan terhadap toksin persekitaran atau sejarah jangkitan paru-paru), kebanyakan warga emas mempunyai fungsi paru-paru yang cukup dan tidak mempunyai sebarang gejala pernafasan.
  • Walaubagaimanapun, perokok aktif/ bekas perokok dan mereka yang terdedah kepada toksin persekitaran, kecederaan paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan meningkatkan kemerosotan paru-paru yang disebabkan oleh proses penuaan dan menyebabkan gejala sesak nafas.
  • Faktor risiko serius yang lain yang boleh mengakibatkan gejala pernafasan pada warga emas termasuklah keadaan di mana fungsi badan merosot (deconditioning), kegemukan dan penyakit jantung.

Tanda dan gejala

  • Semasa proses penuaan, otot untuk proses pernafasan seperti diafragma akan menjadi lemah sebanyak 25%. Tambahan pula, kurang oksigen yang mampu diserap dari udara yang dihisap masuk.
  • Untuk warga emas yang tidak merokok atau mempunyai masalah paru-paru, pernafasan tidak terjejas dan aktiviti harian adalah normal.
  • Bagaimanapun, jika terdapat penyakit paru-paru yang memerlukan peningkatan kadar pernafasan seperti radang paru-paru, ia akan meningkatkan risiko seseorang warga emas itu menghadapi masalah kekurangan oksigen dan peningkatan karbon dioksida di dalam darah. Maka, ia mungkin meningkatkan keperluan untuk bantuan pernafasan dengan mesin (mechanically assisted ventilation).
  • Perubahan ini boleh menyebabkan senaman yang berterusan seperti berlari atau menunggang basikal menjadi lebih susah.
  • Warga emas mungkin juga menghadapi masalah pernafasan semasa berada di paras yang tinggi kerana kekurangan kandungan oksigen di dalam udara.
  • Paru-paru warga emas menjadi kurang upaya untuk melawan jangkitan disebabkan oleh kemerosotan sel-sel yang membersihkan kekotoran dari saluran pernafasan. Tambahan pula, tindakbalas batuk yang membantu membersihkan paru-paru menjadi lemah dan meningkatkan risiko untuk mendapat jangkitan paru-paru.

Komplikasi

  • Masalah penelanan dan pergerakan saluran kerongkong berlaku dengan kerap di kalangan warga emas dan ini meningkatkan risiko makanan termasuk ke dalam salur pernafasan (aspiration).
  • Lebih 70% daripada warga emas dengan penyakit radang paru-paru di komuniti (community-acquired pneumonia) mempunyai masalah tindakbalas batuk yang kurang berkesan (jika dibandingkan dengan hanya 10% untuk golongan warga emas dari golongan umur yang sebaya), Ia mungkin disebabkan oleh masalah kurang oksigen di dalam darah, masalah neurologi dan kesan mengantuk berpunca dari penggunaan ubat-ubatan.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis/Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Jantung

Semasa proses penuaan, jantung dan saluran darah seseorang warga emas itu mengalami pelbagai perubahan. Senaman secara berkala boleh mengurangkan banyak kesan proses penuaan terhadap jantung and saluran darah.

Rambut

Semasa proses penuaan, rambut menjadi lebih nipis, lebih senang patah dan kehilangan warna asalnya.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia