A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Patah

Patah adalah keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang.

Pengenalan

Patah adalah keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang.

Apa itu patah?

Satu kekuatan yang ditujukan kepada mana-mana bahagian rangka badan boleh menyebabkan berlakunya kepatahan/retak. Patah adalah berbeza mengikut bentuk,saiz dan tahap keterukkan. Patah boleh jadi tidak merbahaya sekiranya kecil tetapi boleh mengancam nyawa dan kehidupan seseorang sekiranya berlaku pada bahagian leher dan pelvis.

Apa yang menyebabkan kepatahan?

Patah tulang boleh juga berlaku akibat barah tulang atau osteoperosis. Kemalangan jalanraya adalah punca yang paling banyak menyebabkan kepatahan/retak tulang.

Bagaimana kita boleh mengesan kepatahan?

Tanda-tanda utama kepatahan :

  • Sakit
  • Bengkak pada kawasan yang terlibat
  • Tidak boleh menggerakkan bahagian terlibat.

Apakah komplikasi akibat kepatahan/retak? Komplikasi akibat kepatahan/retak ialah :

  • Kecederaan saraf
  • Kecederaan otot
  • Kecederaan salur darah
  • Kecederaan organ
  • Kehilangan darah
  • Jangkitan kuman pada luka
  • Tidak sedar diri
  • Kematian

Bagaimana kita boleh membantu pesakit yang mengalami kepatahan/keretakan tulang?

Pesakit yang mengalami kecederaan mungkin perlu di alihkan dari tempat kejadian ke tempat yang lebih selamat. Pindahkan pesakit secara berhati-hati dalam keadaan di mana mengalihkan pesakit tidak menyebabkan kecederaan yang lebih teruk. Sekiranya pesakit tidak sedarkan diri hendaklah anggap leher juga patah. Oleh itu, periksa dan pastikan bahagian leher tidak digerakkan sewaktu memindahkan pesakit. Sebelum pesakit di bawa ke hospital,pastikan rawatan kecemasan telah diberikan di tempat kejadian mengikut tahap kesedaran pesakit.Orang awam yang ada kemahiran tentang pertolongan cemas hendaklah memberi pertolongan kepada pesakit sebelum ketibaan pasukan perubatan. Tempat yang mengalami kepatahan mestilah dipasangkan alat sokongan “splint” untuk mengurangkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan. Alat sokongan “splint” boleh menggunakan sebahagian badan pesakit. Contohnya sebelah kaki untuk menyokong kaki sebelah yang patah dengan menggandingkan kedua belah kaki dan ikat dengan tujuan mengurangkan pergerakkan. “Splint” boleh dibuat dari apa-apa bahan yang sesuai seperti surat khabar, papan atau lain-lain benda yang keras yang boleh menampung tulang yang patah. Segera bawa pesakit ke hospital yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan perubatan selanjutnya.

Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan/mengelakkan kepatahan?

  1. Elakkan kemalangan
  2. Untuk elakkan kecederaan/kepatahan di jalanraya.
    • Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan:-
      • Motorsikal – pakai topi keledar yang disemat dengan betul.
      • Kereta – pakai tali pinggang keledar
      • Kanak-kanak – gunakan tempat duduk kereta yang bersesuaian dengan umur
    • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua dan had kelajuan yang di tetapkan.

Kumpulan Sokongan.

www.e-medicine.com www.trauma.org

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Muhammad Fadhli Mohd Yusoff
    Dr. Ahmad Tajuddin Mohamad Nor
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

Keracunan

Keracunan adalah reaksi tubuh apabila bahan toksik memasuki ke dalam sistem tubuh manusia

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia