Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut mengganggu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan makanan berat.
Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD)
Tanda dan Gejala
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:
- Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
- Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
- Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam atau masin di belakang tekak
- Sendawa
- Batuk yang teruk
- Suara menjadi serak
- Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.
Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret’s esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan diagnosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan Barret’s oesophagus.
Rawatan
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidak selesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.
Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera.
Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan memberhentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan beberapa hari di hospital.
Gastroskopi perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret’s esophagus (keadaan kanser yang berpotensi, dan akibat terlalu lama terdedah dengan asid) atau kanser esofagus. Sekiranya Berret’s esophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser malignan.
Pencegahan
Sukatan pemakanan
Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati:
- Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda. Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.
- Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh
Pengubahsuaian Cara hidup
- Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
- Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
- Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut .
- Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. A. Khalek Abd. Rahman |
Penyemak | : | Dr. Nor Faizah bt. Ghazali |