A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Warga Emas
  4. /
  5. Keadaan Spesifik
  6. /
  7. Pelat Di Kalangan Warga...

Pelat Di Kalangan Warga Tua

Mungkin ada antara kita yang pernah melihat individu yang mendapat serangan angin ahmar dan pertuturannya sukar difahami. Mereka mungkin mendapat disatria dan/atau apraksia.

Ada ke pelat dikalangan warga tua? Persoalan ini mungkin bermain difikiran anda bila membaca tajuk artikel ini. Pada usia emas, individu boleh mendapat masalah pertuturan apabila fungsi pergerakkan alat pertuturan terjejas. Ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi seperti strok (angin ahmar), ketumbuhan dalam kepala (tumor) atau kecederaan pada otak.

Mungkin ada antara kita yang pernah melihat individu yang mendapat serangan angin ahmar dan pertuturannya sukar difahami. Mereka mungkin mendapat disatria dan/atau apraksia.

Disatria

Disatria menyebabkan saraf, otak atau otot individu yang menghidapinya mengalami kesukaran untuk berfungsi. Otot yang terlibat mungkin menjadi lemah atau tidak boleh berfungsi. Ia boleh berlaku secara perlahan-lahan atau secara tiba-tiba.

Simptom-Simptom Disatria :

  • Percakapan yang kurang jelas.
  • Percakapan dengan suara yang perlahan atau terlalu kuat
  • Percakapan laju yang sukar untuk difahami
  • Tidak boleh menyebut sesetengah bunyi pertuturan
  • Kesukaran untuk menggerakkan bibir, mulut dan lidah
  • Pergerakkan rahang yang terhad

Disatria boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang lebih teruk seperti:

  • Penyakit Parkinson
  • Multiple Sclerosis
  • Muscular dysthrophy
  • Amyotropic lateral sclerosis (ALS, atau penyakit Lou Gehrig)

Pada peringkat ini, penilaian yang lebih mendalam perlu dilakukan oleh pegawai perubatan untuk mengenal pasti masalah sebenar yang memberi kesan terhadap individu tersebut.

Terapi Pertuturan Bahasa

Terapi Pertuturan Bahasa

Terapis pertuturan bahasa akan membantu warga tua untuk mendapatkan kejelasan pertuturan yang optimum. Sekurang-kurangnya ahli keluarga dan individu rapat dapat memahami pertuturan mereka.

Matlamat Terapi Pertuturan

Matlamat Terapi Pertuturan

Latihan menguatkan otot-otot pertuturan,

  • Memperbaiki sebutan,
  • Memperbaiki kemahiran pernafasan
  • Mengubahsuai kelajuan pertuturan
  • Membantu ahli keluarga berkongsi cara-cara untuk berkomunikasi dengan pesakit

Untuk kes yang lebih berat, terapis pertuturan akan mencadangkan cara lain untuk berkomunikasi iaitu dengan menggunakan komunikatif augmentatif dan alternatif jika pertuturan secara verbal tidak/kurang berkesan.

Tips-Tips untuk Pesakit

  • Bertutur dengan jelas dan perlahan. Pendengar akan lebih memahami pertuturan anda jika anda mengambil lebih masa untuk bercakap dan menyebut dengan lebih jelas.
  • Gunakan ayat yang pendek dan terus kepada maklumat yang ingin disampaikan kepada pendengar. Ini membuatkan anda lebih yakin untuk menyampaikan mesej dan informasi. Ayat yang pendek dan terus juga mengurangkan kesilapan sebutan daripada berlaku. Contoh: “Ayah lapar. Belikan ayah ayam goreng KFC. Bahagian peha.”
  • Dapatkan maklum balas daripada pendengar sekiranya pertuturan anda difahami oleh mereka. Contoh: “Faham tak apa yang ayah cakapkan?”
  • Gunakan gerak bahasa tubuh badan seperti gerak tangan, ekspresi muka untuk menambahkan lagi kefahaman pendengar.
  • Sediakan buku kecil atau telefon sekiranya pendengar tidak memahami pertuturan anda. Tulis atau taip untuk menyampaikan maklumat. Apa yang penting mesej yang ingin disampaikan diterima oleh pendengar.

Tips untuk Ahli Keluarga dan Rakan Pesakit

  • Beri masa untuk pesakit bercakap. Ruang masa yang mencukupi membantu pesakit untuk mengatur ayat dan sebutannya dengan lebih teratur.
  • Elakkan memotong percakapan pesakit atau perbetulkan sebutan mereka. Ini akan memberi kesan terhadap emosi pesakit dimana pesakit akan berasa kecewa dan tertekan kerana pertuturannya perlu dibantu.
  • Bercakap dalam suasana yang senyap atau kurang bising. Suasana yang kurang bising membantu anda untuk menumpukan perhatian terhadap percakapan pesakit sekaligus membantu anda memahaminya dengan lebih baik. Jadi tidak perlulah pesakit mengulang percakapannya berulang kali.
  • Elakkan beberapa individu bercakap sekaligus semasa pesakit sedang bercakap.
  • Pandang dan tumpukan perhatian terhadap pertuturan pesakit membantu anda untuk memahami pertuturan pesakit dengan lebih baik.
  • Pastikan dengan pesakit tentang maklumat yang ingin disampaikan
    Contoh: “Ayah nak makan nasi ayam ye?”
  • Sediakan pen dan kertas bagi membantu pesakit ketika berkomunikasi
  • Bertutur dengan biasa. Kebanyakan pesakit tidak mempunyai masalah untuk memahami pertuturan orang lain. Jadi anda tidak perlu untuk menggunakan mimik muka atau bahasa gerak tubuh yang berlebihan untuk membantu pesakit memahami pertuturan anda.

Rujukan

  1. Dysarthria; retrieved 1/9/2015 from http://www.asha.org/public/speech/disorders/dysarthria/
  2. Dysarthria; retrived 1/9/2015 from http://wwww.mayoclinic.org
  3. Dysarthria: retrieved 1/9/2015 from https://www.nlm.nih.gov
  4. Neurogenic Disorders Prevalence and characteristic of speech Disorder and How They Can Affect Communication; retrieved 30/8/2015 from https://constanttherapy.com/blog/

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Nurhayati bt. Mossadeq
Akreditor : Noormala bt. Anuar Ali
Penyemak : Nadwah bt. Onwi

Artikel Berkaitan

Jangkitan Saluran Kencing

Kuman yang menyebabkan jangkitan salur kencing selalunya berasal dari kulit berhampiran dengan pembukaan saluran kencing keluar badan (uretra)

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia