A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Pemakanan Tambahan

Pemakanan Tambahan

Pengenalan:

Ubat-ubatan suplemen adalah produk-produk yang mengandungi vitamin, garam galian, asid amino, dan herba; dan sebarang abstrak, kepekatan atau campuran bahan-bahan ini.

Biasanya persediaan vitamin untuk kanak-kanak adalah dalam bentuk cecair (sirap atau pil kunyah).

Apakah yang anda perlu ketahui tentang ubat suplemen

Secara umumnya, individu yang tidak mahu, enggan atau gagal mengambil makanan seimbang memerlukan ubat suplemen.

Vitamin adalah disarankan hanya untuk kanak-kanak yang masih kecil. Kebiasaanya selepas berusia dua tahun mereka boleh mengambil makanan pejal yangmengandungi cukup vitamin, oleh itu mereka tidak memerlukan ubat suplemen lagi.

Jawatankuasa Nutrisi bagi American Academy of Pediatrics memberi panduan penggunaan ubat suplemen seperti berikut:

  • Bagi kanak-kanak yang tidak minum air yang mengandungi florida, mereka patut diberi suplemen florida.
  • Multivitamin dan garam galian tambahan boleh diberikan pada kanak-kanak yang kurang selera makan,tetapi suplemen tidak boleh melebihi dari sukatan yang sepatutnya (RDA).
  • Individu yang mengamalkan kawalan makanan juga boleh mengambil ubat suplemen.
  • Kanak-kanak yang mengambil makanan sayur-sayuran sahaja juga memerlukan ubat suplemen seperti vitamin B12.
  • Remaja yang mengandung memerlukan lebih tambahan zat besi dan asid folik.

Cara yang berkesan untuk memberi dos vitamin dan garam galian harian boleh berpandukan kepada piramid makanan.

Kumpulan vitamin / garam galian dan fungsinya

Jenis Fungsi
Vitamin A Untuk kesihatan mata,kulit dan tulang; sintesis hormon
Vitamin C Membantu penyembuhan luka, meningkatkan pertahanan badan terhadap jangkitan
Vitamin B1 Untuk digunakan untuk metabolisma tenaga: saraf, tisu dan otot.
Vitamin B2 Untuk digunakan untuk metabolisma tenaga; untuk kesihatan kulit; membantu penglihatan.
Vitamin B6 Digunakan untuk metabolisma asid amino dan asid lemak: membantu membentuk sel darah merah, membantu sistem imun dan saraf untuk berfungsi dengan berkesan.
Vitamin B12 Membantu membentuk sel baru dalam sistem saraf.
Vitamin D Untuk membentuk tulang yang kuat dan gigi yang sihat.
Vitamin E Untuk menstabilkan sel membran.
Vitamin K Untuk membantu mekanisma pembekuan darah.
Biotin Digunakan dalam metabolisma tenaga dan asid amino, sintesis dan pemecahan lemak.
Folat Membantu pembentukan sel baru.
Kalsium Untuk tulang yang kuat dan gigi yang sehat, pengecutan dan pengenduran otot, pembekuan darah, fungsi sistem saraf, tekanan darah.
Iron Membantu menghasilkan sel darah merah yang membawa bekalan oksigen dari paru-paru ke sel-sel badan.
Magnesium Untuk pembentukan tulang dan gigi, penghantaran impuls saraf, membantu otot mengecut, mengaktifkan enzim yang diperlukan untuk tenaga.
Selenium Bergabung dengan Vit E dan bertindak sebagai antioksidan.
Zink Membantu dalam sistem pertahanan badan, penyembuhan luka, dan diperlukan untuk sintesis DNA.

Langkah pengawasan

Kebanyakan ibubapa tidak menyedari kesan sampingan ubat suplemen yang mungkin timbul dan kemungkinan interaksi yang akan berlaku dengan ubat-ubat yang digunakan. Adalah penting bagi Ibubapa mengambil tahu tentang keselamatan dan keberkesanan penggunaan ubat suplemen apabila bercadang memberikannya kepada anak-anak mereka.

Dos vitamin yang tinggi (melebihi-RDA) harus dianggap sebagai ubat dan bukannya suplemen dan perlu diuruskan dengan pengawasan golongan professional.

Berbincanglah dengan doktor anda, ahli farmasi atau dietetik sekiranya anda bercadang untuk memulakan bagi anak anda dengan ubat suplemen. Jika anak anda memerlukan suplemen, dapatkan suplemen yang labelnya menunjukkan nilai harian yang tidak melebihi 100%.

Semakan akhir : 14 April 2008
Penulis : Hadijah bt. Mohd Taib
    Nyaros bt. Abdullah

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,430

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia