Soalan 1 Anak lelaki saya berumur 6 tahun, sihat tubuh badan dan aktif. Namun, sejak dilahirkan beliau hanya mempunyai satu testis di dalam kerandutnya dan satu lagi tidak turun dalam keadaan normal. Adakah perkara ini akan memberi masalah kepadanya setelah dewasa dan adakah pembedahan perlu dilakukan? Jawapan 1 Masalah satu testis tidak turun ini disebut sebagai cryptorchism. Keadaan ini perlu dibezakan dengan retractile testes, di mana testis itu sebenarnya ada di dalam kerandut zakar, tetapi ia berada di bahagian atas, terutama ketika cuaca sejuk. Dengan pemeriksaan doktor, ia dapat dibezakan. Semasa bayi di dalam kandungan, kedua-dua testis berada di dalam perut, berhampiran dengan buah pinggang. Ia akan turun perlahan-lahan sehingga waktu lahir, ia akan berada di dalam kerandut zakar (scrotum). Kadang-kala, satu atau kedua-duanya gagal turun ke dalam scrotum. Amat jarang sekali untuk kedua-dua testis gagal turun ke dalam scrotum. Testis yang tidak turun itu biasanya akan berada di dalam perut atau di dalam inguinal canal. Masalah yang mungkin akan dihadapi ialah:
Semakan Akhir: 23 September 2014 |
Prof. Madya. Dr. Mohd Jamil bin Yaacob
Prof. Madya Dr. Mohd Jamil bin Haji Yaacob di lahirkan