–A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Oftalmologi
  8. /
  9. Pembedahan Refraktif Laser

Pembedahan Refraktif Laser

Penglihatan yang terang adalah hasil dari cahaya yang melalui kornea, pupil dan kanta seterusnya akan difokus pada retina. Sekiranya kornea tidak sekata atau terlalu tajam (steep) atau leper (flat) berbanding dengan panjang mata, pancaran cahaya akan focus samada dihadapan atau dibelakang retina. Ini menyebabkan berlakunya rabun jauh, rabun dekat dan astigmatism.

Normal (Emmetropia)
• Cahaya Sinar Fokus pada Retina
• Pandangan Jelas
Myopia (Rabun Dekat)
• Cahaya Sinar Fokus di hadapan Retina
• Pandangan Kabur
Hyperopia (Rabun Jauh)
• Cahaya Sinar Fokus di belakang Retina
• Pandangan Kabur

Diagram Cahaya Sinar Mata untuk Mata Normal(Emmetropia), Rabun Dekat (Myopia) and Rabun Jauh(Hyperopia)

Pembedahan refraktif merujuk kepada beberapa prosedur pembedahan yang digunakan untuk membetulkan masalah penglihatan. Pembedahan refraktif bekerja dengan mengubah bentuk kornea, dengan itu cahaya dapat difokus secara terus ke retina. Dalam kebanyakkan kes, pesakit tidak lagi perlu menggunakan cermin mata atau kanta sentuh atau kuasa cermin mata/ kanta sentuh dapat dikurangkan dengan signifikan.

Terdapat beberapa jenis pembedahan refraksi seperti  LASIK, PRK, dan Phakic IOL. Prosedur yang paling popular ialah LASIK. Teknik terbaru dalam pembedahan refraktif laser ialah ReLExŽSMILE.

Lasik

LASIK (laser-assisted in situ keratomileusis) adalah satu prosedur yang dapat dipercayai dan tidak sakit untuk memulihkan tahap penglihatan dengan mengurangkan atau menghapuskan pergantungan kepada cermin mata atau kanta sentuh.

LASIK mengubah cara cahaya dibiaskan semasa melalu kornea, dengan itu cahaya dapat difokuskan keatas retina dan seterusnya objek dapat dilihat dengan jelas.

LASIK telah mendapatkan kelulusan dari Food and Drug Administration untuk  merawat rabun jauh, rabun dekat dan astigmatism.

Flap Kornea Dicipta dan Diangkat
Membentuk semula Kornea dengan Laser
Flap Kornea disusun semula

Deskripsi Diagram LASIK

Prosedur LASIK tradisional, satu alat yang dipanggil mikrokeratom digunakan untuk memotong satu flap yang nipis pada permukaan  kornea. Pesakit akan diberi bius, dengan itu mereka tidak dapat merasa alat yang digunakan. Kemudian, flap akan  diangkat dan laser excimer digunakan untuk membentuk  kelengkungan kornea untuk memulihkan penglihatan. Akhir sekali, flap diletakkan kembali ketempat asal untuk menutup luka tanpa jahitan.

Prosedur ini mengambil masa hanya 10 minit bagi sebelah mata, walaubagaimanapun pesakit perlu bersedia untuk berada di pusat laser selama lebih kurang 1 jam.pesakit akan dibenarkan pulang ke rumah dan berehat selepas prosedur dilakukan. Pesakit dinasihatkan untuk dating bagi rawatan susulan keesokan harinya dan mengikut temujanji yang diberi.

Priskripsi ubat titis mata (Antibiotik dan steroid) akan diberi bersama arahan selepas pembedahan. Mata akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa minggu.

Indikasi

  1. Rabun jauh
  2. Rabun dekat
  3. Astigmatism

Kontraindikasi

  1. Pembiasan yang tidak stabil
  2. Penipisan kornea
  3. Penyakit yang boleh memberi kesan kepada proses penyembuhan luka pada kornea
  4. Penyakit “Systemic collagen vascular”
  5. Immunodeficiency
  6. Penyakit Autoimmune
  7. Atopi yang serius
  8. Diabetes mellitus
  9. Mata kering yang serius
  10. Blepharitis ysng tak terkawal
  11. Uveitis
  12. Katarak
  13. Pesakit yang hamil atau yang mengambil amiadarone

Doktor akan memeriksa mata untuk melihat sama ada ia sesuai untuk pembedahan refraktif laser berdasarkan jumlah kesilapan refraktif, penemuan pemeriksaan okular dan apa-apa yang sedia ada atau kontra perubatan

Penilaian Sebelum Pembedahan

Penilaian sebelum pembedahan yang perlu dijalankan ialah:

  1. Sejarah mata dan perubatan  yang lengkap
  2. Pemeriksaan mata yang lengkap
  3. Pemeriksaan topografi adalah penting
  4. Pemeriksaan ketebalan kornea
  5. Pengukuran saiz anak mata dan pergerakan bola mata
  6. Refraksi
  7. Penilaian koyakkan filem mata dan permukaan okular

Kanta sentuh tegar perlu dikeluarkan untuk beberapa minggu sebelum peperiksaan dan kanta sentuh lembut selama beberapa hari untuk minggu sebelum peperiksaan. Pembiasan harus stabil sebelum pembedahan Lasik.

Sebelum prosedur, persetujuan perlu diperolehi daripada pesakit

Kesan Sampingan dan Komplikasi Lasik

Berikut merupakan kemungkinan kesan sampingan dan komplikasi

  1. Perubahan yang terlebih satau terkurang
  2. Mata kering
  3. “Night time starbursts”
  4. Pengurangan dalam kontras sensitiviti
  5. Komplikasi yang berkaitan dengan  flap LASIK flap: tertanggal, tidak lengkap,berlubang, berkedut/berlipat atau hilang/salah tempat
  6. “Diffuse lamellar keratitis”
  7. Jangkitan kuman
  8. “Epithelial ingrowth”

Komplikasi yang serius yang membawa kepada kehilangan kekal visual, jarang berlaku tetapi berpotensi boleh berlaku

Penjagaan Selepas Pembedahan

Pesakit mungkin merasa tidak selesa selama  hingga 6 jam selepas menjalani prosedur LASIK. Dalam masa tersebut pesakit seharusnya menutup mata, rehat ataupun tidur.

  1. Ubat titis mata (antibiotik dan steroid) akan diberi selepas pembedahan
  2. Air mata palsu tanpa bahan  pengawit untuk beberapa minggu  atau bulan bergantung pada gejala mata kering
  3. Refraksi akan stabil bagi kes myopia dalam tempoh 3 bulan bergantung kepada jumlah rawatan yang dijalankan
  4. Rawatan susulan (enhancement) dapat dijalankan selepas ujian refraksi stabil bagi kes dimana masalah rabun tidak dapat dirawat sepenuhnya pada kali pertama.

Hasil dari Prosedur Lasik

Bagi pembetulan myopia yang rendah atau sederhana, kajian menujukkan LASIK adalah satu prosedur yang berkesan dan dapat dijangka akan menghasilkan tahap penglihatan yang bagus dan optimum serta selamat. Bagi tahap myopia yang lebih tinggi, keputusannya berbeza-beza.

ReLExÂŽSMILE

ReLExÂŽ (Reflective Lenticule Extraction) SMILE (Small Incision Lenticule Extraction) adalah teknik terkini digunakan untuk merawat rabun jauh atau dekat dengan dan tanpe astigmatism (rabun silau). Teknik ini hanya terdapat di beberapa pusat pembedahan refraktif.

Pesakit akan mendapat semua faedah seperti prosedur LASIK iaitu kadar penyembuhan yang cepat, kurang rasa tidak selesa tanpa melalui proses menghasilkan flap kornea.

Photorefractive Keratectomy (PRK)

PRK bermaksud “photorefractive keratectomy”. Ia merupakan pembedahan laser refraktif  yang pertama diluluskan oleh FDA dalam tahun 1997.

PRK menggunakan laser excimer seperti yang digunakan dalam pembedahan LASIK. Perbezaannya ialah pembentukan semula (reshaping) kornea dibawah flap yang dilakukan dalam prosedur LASIK, manakala dalam PRK prosedur ini dijalankan diatas permukaan kornea. Disebabkan ini, pesakit akan mengalami lelasan (abrasion) pada permukaan kornea yang akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh berbanding dengan prosedur LASIK. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan kornea dan memberi keselesaan pada pesakit selepas prosedur “bandage contact lens” diletakkan pada mata selama 4 hingga 5 hari. Tahap penglihatan akan bertambah baik dalam seminggu hingga sepuluh hari dan mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk mencapai hasil yang optima.

PRK adalah prosedur yang seakan LASIK untuk merawat beberapa jenis rabun, tetapi pesakit akan merasa kurang selesa selepas menjalani prosedur PRK. Bagi kebanyakkan pesakit ini merupakan satu pilihan pembedahan refraktif yang ada.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak
Akreditor : Dr. Shamala A/P Retnasabapathy
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak

Artikel Berkaitan

Katarak

Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara Š2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia