A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pembuangan Bayi

Pengenalan

Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Lihat kehamilan remaja.

 

Mengapa terjadinya pembuangan bayi?

Bayi dibuang kerana:

  • Kehamilan yang tidak diingini
  • Perhubungan seks rambang dan luar nikah

Apakah kesan pembuangan bayi?

Kesan dari sudut:

Perubatan

  • Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna
  • Kesihatan ibu yang terjejas akibat:
    • Kehilangan darah
    • Jangkitan kuman
    • Kecederaan sewaktu bersalin

Psikologi dan sosial

  • Murung
  • Hilang keyakinan diri
  • Rasa bersalah
  • Resah atau gelisah
  • Masalah emosi dan hubungan interpersonal

Sosial

  • Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
  • Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi?

Elakkan kehamilan jika anda belum:

Semua agama utama di Malaysia

  • Melarang seks sebelum kahwin
  • Taat kepada ajaran agama

Elakkan seks sebelum kahwin

  • Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda untuk melakukan hubungan seks
  • Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks sebelum kahwin
  • Belajar berkata “Tidak, belum lagi”. Anda sentiasa boleh berkata “Tidak” walaupun pernah berkata “Ya” sebelum ini. Lihat ketegasan
  • Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak akan meminta seks sebelum kahwin
  • Ingat: badan anda adalah tanggungjawab anda. Jagalah badan anda dengan baik
  • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah
  • Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela
  • Jika anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:
    • Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam
    • Dapatkan bantuan jika anda hamil
    • Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat
  • Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan
    • Terdapat berbagai agensi yang boleh membantu anda
    • Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi

Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil?

Dapatkan bantuan dari:

  • Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka
  • Kaunselor sekolah
  • Guru sekolah
  • Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan
  • Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi

Di bawah Akta Kanak-kanak 2001(Child Act) – Akta 611:

  • Seksyen 17 – Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga
  • Seksyen 46 – Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah

Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:

  • Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Wan Fadhilah Wan Ismail
Penyemak : Dr. Nazrila HaIrizan bt. Nasir

 

Artikel Berkaitan

Chlamydia

Chlamydia adalah jangkitan bakteria yang kerapkali berlaku di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks.

Hak Jagaan Di Bawah JKM

Hak Penjagaan untuk menempatkan seseorang remaja dalam jagaan JKM akan diputuskan selepas kes tersebut dibentangkan ke mahkamah.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia