Apakah Itu Scoliosis?
-
Scoliosis merupakan satu abnormaliti pada bahagian tulang belakang.
-
Scoliosis akan menyebabkan tulang belakang seseorang berbentuk seperti ‘S’ atau pun berbentuk ‘C’.
-
Scoliosis boleh menyebabkan tulang belakang bengkok ke arah sisi kanan atau ke sisi kiri.
-
Golongan yang kerap menghadapi masalah scoliosis adalah golongan pra-remaja dan remaja perempuan. Kajian mengatakan golongan perempuan menghadapi masalah scoliosis 8 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. [1]
Gambar 1: rajah tulang belakang bagi individu normal dan pesakit yang mengalami scoliosis.
Sumber: id.she.yahoo.com/scoliosis
Bagaimana Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?
-
Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda, doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini.
-
Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
-
Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM terpilih.
Tujuan Pemeriksaan X-ray
-
Scoliosis kongenital atau ‘early-onset scoliosis’ biasanya melibatkan pemeriksaan X-ray dari peringkat umur bayi dan kanak-kanak.
-
Dari pemeriksaan X-ray, doktor akan dapat mengenalpasti sebarang masalah ‘missing vertebrae’ atau pun ‘fused vertebrae’ atau kombinasi kedua-dua masalah tersebut. [1]
-
Dari X-ray yang dihasilkan, doktor yang memohon pemeriksaan anda akan dapat menentukan rawatan yang bakal diberikan kepada anda.
Bagaimana Pemeriksaan Dijalankan?
1. Sebelum pemeriksaan
-
Juru X-ray akan memberikan arahan dan penerangan awal mengenai prosedur yang akan dijalankan.
-
Anda dinasihatkan untuk tidak membawa sebarang barang berharga atau barang kemas.
-
Pesakit kanak-kanak perlu ditemani oleh ahli keluarga dewasa.
-
Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
-
Anda perlu menukar pakaian kepada pakaian hospital yang disediakan.
2. Semasa pemeriksaan
-
Pemeriksaan yang biasa dilakukan adalah berdasarkan permohonan dan mengikut protokol pemeriksaan.
-
Pemeriksaan akan dijalankan secara berdiri tegak bagi pesakit yang boleh memberi kerjasama. Pemeriksaan juga boleh dijalankan secara duduk bagi pesakit yang tidak boleh berdiri.
-
Bagi pesakit kanak-kanak, pemeriksaan akan dijalankan dalam posisi baring dengan bantuan alat cegah gerak.
-
Radas perlindungan sinaran akan diberikan sepanjang pemeriksaan dijalankan.
-
Anda diminta untuk mengikuti setiap arahan yang diberi oleh Juru X-ray bagi memastikan pemeriksaan dapat dijalankan dengan jayanya.
3. Selepas pemeriksaan
-
Anda boleh menukar semula pakaian setelah tamat pemeriksaan.
-
Anda akan dibenarkan beredar setelah pemeriksaan tamat.
Laporan pemeriksaan
-
Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan radiologi akan disediakan.
Privasi
-
Pihak jabatan akan sentiasa memastikan privasi anda sepanjang pemeriksaan dilakukan.
Gambar 2: Contoh imej X-ray bagi pesakit scoliosis
Sumber: www.hss.edu/conditions_early-onset-scoliosis-overview.asp
Rujukan
-
Lois L.(2004) Radiological Technology: Scoliosis and Spinal Imaging. Vol 79/ No 4.
Semakan Akhir | : | 9 Jun 2014 |
Penulis | : | Khairun Nisa’a binti Khairul Zaman |
Akreditor | : | Mohd Zin bin Yusof |