A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Kesihatan Mental
  4. /
  5. Kesihatan Mental Umum
  6. /
  7. Lain-lain
  8. /
  9. Pemulihan Psikososial Bagi Pesakit...

Pemulihan Psikososial Bagi Pesakit Mental

Pengenalan

Pemulihan psikososial adalah satu proses bagi memudahkan dan menggalakkan peluang individu individu yang kurang upaya akibat penyakit mental, mencapai tahap kefungsian berdikari didalam komuniti. (Organisasi Kesihatan Sedunia,1996). Sebagaimana yang diketahui, semakin lama pesakit ini mengalami penyakit ini, semakin hilang fungsi mereka dari segi penjagaan diri, sosial dan pekerjaan. Pemulihan psikosial adalah bertujuan untuk membantu pesakit agar dapat menjalani kehidupan seperti orang normal dengan kekurangan yang mereka ada.

Proses ini memerlukan penglibatan berbagai pihak termasuk keluarga, rakan rakan, pesakit lain, pemberi perkhidmatan dan ahli ahli masyarakat. Ubat ubatan tidak dapat membantu pesakit mencapai tahap kefungsian berdikari tetapi hanya boleh mengurangkan gejala /tanda penyakit mental dan menstabilkan keadaan mental(mental state).Oleh itu kehilangan kemahiran yang dialami oleh pesakit boleh dipelajari dan daya tindak yang baru diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian dengan cekap

Pesakit mental perlu mendapatkan pelan rawatan individu yang komprehensif dan berterusan didalam persekitaran asal mereka bersama keluarga bagi mencapai tahap fungsi optima dalam masyarakat. Kajian setakat ini telah membuktikan pemulihan psikososial boleh meningkatkan tahap fungsi dan kualiti hidup pesakit serta mengurangkan beban dan kos penjagaan kesihatan.

Bilakah pemulihan psikososial bermula?

Rawatan pemulihan psikososial harus dimulakan dengan secepat mungkin. Proses ini bermula sejak mula pesakit mendapatkan rawatan sama ada dirumah atau di dalam wad dan berterusan sehingga pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima. Ia juga adalah sebahagian dari aktiviti dalam komuniti psikiatri

Pemilihan Pesakit?

Rujukan

  • Pesakit yang discaj dari hospital psikiatri
  • Pesakit yang dirujuk dari klinik kesihatan/agensi lain
  • Permohonan sendiri / keluarga

Kriteria Kemasukan

  • Pesakit berminat
  • Pesakit mental mengalami keperluan asas yang tidak tercapai

Kriteria pengecualian

  • Ada sejarah penyalahgunaan dadah
  • Sejarah terlibat dengan jenayah dan masalah perundangan
  • Masalah tingkah laku (personality problem)
  • Nyanyuk
  • Risiko membunuh atau membunuh diri
  • Kecacatan fizikal yang menghalang pergerakan

Aktiviti pemulihan psikososial adalah bergantung kepada tahap keterukkan dan kemahiran dan kefungsian mereka dan aktiviti ini tidak dijalankan sekali gus. Jika mereka didapati sukar dalam penjagaan diri, maka mereka akan diberikan kemahiran dalam penjagaan diri. Jika fungsi sosial adalah ketara, maka kemahiran yang melibatkan kemahiran sosial akan diutamakan.

  1. Kemahiran domestik
  2. Penjagaan diri dan keterampilan diri
  3. Kemahiran sosial
  4. Kemahiran mencari kerja
  5. Pengurusan kewangan
  6. Aktiviti riadah
  7. Intervensi keluarga

Kemahiran domestik

Ada komponen iaitu pengurusan rumahtangga (home management) dan penyediaan makanan

Pengurusan rumahtangga

Pesakit dilatih di dalam kerja yang merangkumi kerja kebersihan dan melakukannya secara sistemik seperti :

  • Menyapu lantai
  • Mengemop lantai
  • Membersih dan mengelap habuk
  • Membersih dan mengemas almari
  • Membersih peti sejuk
  • Mencuci tandas
  • Mencuci, menggosok, menjemur dan melipat pakaian

Penyediaan makanan

Pesakit diajar bagi memastikan mereka dapat menyediakan makanan seimbang untuk dirinya dan ahli keluarga. Pesakit juga perlu tahu bagaimana mendapatkan keperluan dan melakukan tugasan ini. Perkara yang diajar adalah seperti berikut:

  • Membasuh peralatan dan bahan masakan
  • Memotong ikan dan sayur dengan selamat
  • Mengetahui cara memasak – menggoreng, merebus, membakar dan mengukus
  • Penggunaan peralatan penyediaan makanan yang betul

Penjagaan dan ketrampilan diri

Pesakit diajar mengenai kebersihan diri meliputi rambut,kuku, mulut, kulit dan hidung, menghias diri seperti mekap dan bercukur, kebersihan serta kekemasan pakaian dan peradaban semasa makan.

Kemahiran sosial

Pesakit diajar cara berinteraksi dengan orang lain. Asas kemahiran sosial ialah berkemahiran berkomunikasi lisan dan tanpa lisan.

Komunikasi lisan adalah seperti bertanya soalan dan meminta penjelasan, mendapatkan maklumat, memberi arahan, memberi dan menerima pujian.

Komunikasi tanpa lisan adalah seperti kedudukan badan semasa interaksi, gaya berjalan dan isyarat anggota badan semasa berinteraksi.

Kemahiran mencari kerja

Pesakit diajar cara cara untuk mendapatkan kerja, penampilan diri, skil serta nilai nilai yang baik semasa memohon pekerjaan. Pesakit juga dibantu dan dilatih tentang penggunaan pengangkutan awam untuk pergi dan pulang dari kerja.

Pengurusan Kewangan

Pesakit diajar pengetahuan tentang nilai matawang, pengiraan dan pertukaran wang, membuat bayaran bil dan membeli belah, cara berinteraksi dengan penjual dan juruwang, pembankan dan cara berbelanja (budgeting)

Aktiviti riadah

Aktiviti ini membantu pesakit menentukan apa yang boleh dilakukan di waktu lapang. Aktiviti ini adalah seperti permainan dalam, menonton televisyen, mendengar muzik, hobi, permainan dalam (indoor game), seni lukis dan bersukan. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Walau bagaimanapun aktiviti riadah ini berdasarkan minat dan hobi pesakit.

Dengan ini ianya dapat menambahkan peluang interaksi serta penglibatan dalam komuniti dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti pesakit.

Intervensi keluarga

Penglibatan keluarga dalam aspek rawatan memberikan kesan yang baik dalam pemulihan pesakit mental. Keluarga amat penting dalam memastikan pesakit mendapat rawatan berterusan di klinik kesihatan dan hospital dengan melakukan pemantauan kepatuhan ubat ubatan dan rawatan klinik susulan.

Keluarga pesakit juga akan dibantu menangani tekanan bersama pesakit. Untuk memudahkan keluarga memahami pesakit maka diberikan tumpuan pendidikan kesihatan kepada keluarga iaitu pendidikan mengenai tanda tanda awal dan strategi mengurangkan penyakit. Sokongan keluarga merupakan satu aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan bagi memberi kefahaman dan pengetahuan kepada ahli keluarga tentang penyakit mental

Selain dari itu hubungan kerjasama diantara keluarga dan anggota kesihatan dapat ditingkatkan.

Kesimpulan

Semua pesakit mental perlu mendapatkan rawatan pemulihan selain dari rawatan ubat ubatan supaya pesakit dapat mengekalkan tahap fungsi optima dalam masyarakat.

Kesan dari program pemulihan psikososial ialah:

  • Risiko penyakit mental berulang adalah rendah
  • Stigma mengenai penyakit mental adalah kurang.
  • Sokongan dari keluarga adalah jelas
  • Pesakit mental berupaya berdikari jika diberi peluang menjalani program pemulihan psikososial
  • Beban penyakit kepda pesakit dan beban penjagaan kepada keluarga dan masyarakat menjadi kurang

 

Semakan Akhir : 5 Ogos 2013
Penulis : Dr. Mohd Ariff Bin Mohd Noor

 

Artikel Berkaitan

5 Bahasa Cinta

Dalam hubungan cinta, apabila dua hati telah bertaut lalu mengambil keputusan untuk hidup sekali, maka ianya perlu dipastikan untuk kekal selamanya.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia