A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Penafian

Penafian

Isi kandungan pada laman ini disediakan bagi tujuan makluman sahaja. Bahan-bahan tersebut tidak sama sekali bermaksud untuk menggantikan penjagaan kesihatan atau perhatian professional yang diberikan oleh seseorang pengamal bertauliah dan ianya tidak bermaksud untuk digunakan bagi tujuan diagnosis, rawatan, pemulihan atau pencegahan apa-apa jenis penyakit mahupun digunakan bagi tujuan rawatan terapeutik. MyHEALTH menyarankan agar pengguna yang mengalami sebarang masalah kesihatan untuk berjumpa doktor.

MyHEALTH tidak bertanggungjawab di bawah sebarang teori liabiliti atau tanggung rugi di atas penggunaan atau kepercayaan terhadap maklumat-maklumat pada laman ini. MyHEALTH tidak menjamin dan tidak menerima sebarang liabiliti undang-undang atau bertanggungjawab ke atas ketepatan, kesemasaan atau kesempurnaan maklumat tersebut.

MyHEALTH menyediakan pautan kepada laman-laman yang lain. Walau bagaimanapun, MyHEALTH tidak mempunyai kawalan ke atas laman-laman tersebut. Oleh yang demikian, pengguna mengakui dan bersetuju bahawa MyHEALTH tidak bertanggungjawab ke atas ketersediaaan laman-laman luaran tersebut dan tidak menyokong dan tidak bertanggungjawab atau berkewajipan terhadap sebarang isi kandungan, iklan-iklan, produk-produk atau bahan-bahan lain yang terdapat pada atau boleh didapati daripada laman-laman tersebut.

Pengguna seharusnya menyedari bahawa World Wide Web adalah sebuah jaringan umum yang tidak dijamin keselamatannya dan berkemungkinan wujudnya risiko di mana transaksi pengguna itu diperhatikan, dipintas, atau diubah oleh pihak ketiga ataupun fail-fail berkenaan yang dimuat turun oleh pengguna berkemungkinan mengandungi virus-virus komputer atau kecacatan lain.

MyHEALTH tidak menanggung apa-apa liabiliti ke atas sebarang gangguan atau kerosakan kepada sistem komputer, perisian atau data milik pengguna yang timbul berhubung dengan laman web ini. Pengguna disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang bersesuaian dan memadai bagi memastikan bahawa apa-apa yang dipilih daripada laman ini adalah bebas dari virus-virus atau lain-lain pencemaran yang mugkin mengakibatkan gangguan atau kerosakan terhadap sistem komputer, perisian atau data milik pengguna.

MyHEALTH tidak memberi sebarang jaminan atau representasi bahawa kualiti bagi apa-apa produk, perkhidmatan, maklumat atau bahan-bahan lain yang dibeli atau diperolehi oleh pengguna melalui perkhidmatan MyHEALTH adalah menurut kehendak atau jangkaan pengguna.

Pengemaskinian

MyHEALTH berhak untuk membuat perubahan kepada mana-mana bahagian pada laman web ini termasuk Notis Perundangan dan bahagian Penafian ini. Pengguna dinasihatkan untuk meninjau notis ini secara berkala sekiranya terdapat sebarang perubahan atau pengemaskinian.

Penafian ringkas

Isi kandungan pada laman ini disediakan bagi tujuan makluman sahaja. Bahan-bahan tersebut tidak sama sekali bermaksud untuk menggantikan penjagaan kesihatan atau perhatian professional yang diberikan oleh seseorang pengamal bertauliah.

Semakan Terakhir : 31 Oktober 2017

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia