Pengenalan
Pencapaian dalam kerjaya adalah isu penting di dalam kehidupan seorang remaja:
|
Apakah yang mempengaruhi pencapaian kerjaya anda?
- Personaliti
- Nilai / prinsip hidup
- Bakat
- Creativity
- Minat
- Kelayakan akademik
- Status dalam masyarakat
- Pengaruh keluarga
- Sokongan sosial daripada:
- Keluarga
- Rakan sebaya
- Persekitaran sekolah
- Organisasi
Bagaimana persediaan anda untuk mencapai kerjaya?
Anda hendaklah:
- Rajin belajar untuk mencapai keputusan akademik yang cemerlang
- Meneroka pilihan-pilihan yang ada dan diminati
- Membina kemahiran berkaitan dengan kerjaya yang dipilih
- Berbincang dengan individu yang terlibat dengan kerjaya pilihan anda, dan sekiranya ada peluang buat lawatan ke tempat kerja mereka
- Membuat pembacaan lanjut mengenai kerjaya pilihan anda
- Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga, kaunselor atau guru dan kawan-kawan
Bagaimana anda boleh memastikan pencapaian kerjaya yang cemerlang?
Anda mesti:
- Peka dengan isu-isu semasa berkaitan dengan pembangunan kerjaya.
- Meningkatkan ilmu pengetahuan.
- Membangunkan kemahiran yang bersesuaian:
- Celik komputer
- Mahir dalam multimedia
- Mahir berkomunikasi
- Berkebolehan berhubung dengan masyarakat
- Mahir menyelesaikan masalah
- Kreativiti
- Menguasai pelbagai bahasa.
- Mengetahui isu-isu dunia.
- Mengetahui peluang kemajuan pekerjaan.
- Tingkatkan kesedaran berkenaan hubungan antara ciri peribadi, nilai dan kemahiran dan kepuasan kerjaya
- Fahami peranan utama akademik dalam membantu proses pemilihan kerjaya
- Kumpul maklumat tentang pilihan dalam bidang kerjaya yang diminati
Semakan Akhir | : | 27 April 2012 |
Penulis | : |
Cik Hasdilazira Abd. Latif |
Akreditor | : |
Dr Nik Rubiah Nik Abd. Rashid |