A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kecemasan
  6. /
  7. Pendarahan: Rawatan Awal

Pendarahan: Rawatan Awal

Pendarahan boleh mengancam mangsa khususnya yang mengalami masalah anemia dan kekurangan cecair badan.

Pengenalan

Pelbagai punca boleh menyebabkan berlakunya aliran keluar darah dari saluran dan sistem peredarannya yang disebut sebagai pendarahan. Selain daripada kecederaan ia juga berpunca daripada faktor fisiologikal tubuh seperti haid dan epistaksis serta ulser dan juga faktor patologikal (penyakit) seperti ketumbuhan, jangkitan kuman dan sebagainya yang menyebabkan pemecahan salur darah.

Tanda dan Gejala

Pendarahan dalaman boleh dikesan melalui tanda dan gejala seperti berikut :

Pendarahan di bawah permukaan kulit

  • Terdapat kebengkakkan.
  • Lebam pada kulit.

Pendarahan organ dalaman

  • Bibir dan kuku kebiruan.
  • Muntah berdarah.
  • Najis bercampur darah atau kehitaman.
  • Kulit pucat dan berpeluh sejuk.
  • Denyutan nadi cepat tetapi lemah.

Pendarahan pada permukaan kulit dan koyakan tisu badan

  • Keluarnya darah dari rongga badan.
  • Bibir dan kuku kebiruan.
  • Kulit pucat dan berpeluh sejuk.
  • Denyutan nadi cepat tetapi lemah.

Komplikasi

Pendarahan boleh mengancam mangsa khususnya yang mengalami masalah anemia dan kekurangan cecair badan. Mereka yang mengambil ubat mencairkan darah juga akan berhadapan dengan pendarahan yang teruk.

Rawatan

Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling. Risiko kematian dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan segera, seperti :

Pendarahan di bawah permukaan kulit

  • Lakukan demahan sejuk dengan ais batu (ice pack) yang dibalut dengan kain bersih antara 10 hingga 15 minit. Jangan urut dengan minyak panas!
  • Ulangi tatacara ini untuk beberapa hari sehingga bengkak atau lebam berkurangan.

Pendarahan organ dalaman

  • Jangan makan dan minum.
  • Segera berjumpa anggota perubatan.

Pendarahan pada permukaan kulit dan koyakan tisu badan

  • Bertenang atau tenangkan mangsa;
  • Jika terdapat luka maka cuci luka dengan air yang bersih jika ada;
  • Jika objek telah tiada atau tercabut, tekan pada lokasi luka supaya darah tidak keluar; atau
  • Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin dengan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain;
  • Lakukan tekanan yang berterusan pada nadi untuk menahan darah dari keluar dengan banyak. Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.
  • Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
  • Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di Klinik Kesihatan atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999.
  • Doktor akan memberikan rawatan perubatan seperti berikut :
  • Suntikan Anti Tetanus akan diberikan bagi mengelak serangan kancing gigi.
  • Ubat penahan sakit dan antibiotik (jika perlu).
  • Jahitan pada bahagian yang luka sekiranya berlaku koyakan kulit atau tisu badan.

Pencegahan

Ancaman pendarahan yang serius dapat dielakkan sekiranya perkara-perkara berikut diberi perhatian, antaranya :

Ancaman daripada kecederaan

  • Simpan objek berbahaya di tempat yang selamat, jauh dan lebih tinggi daripada kanak-kanak.
  • Memakai pakaian atau alat perlindungan diri ketika melakukan aktiviti lasak dan berbahaya.
  • Jauhi kawasan berbahaya.
  • Sentiasa peka dengan persekitaran.
  • Jauhi tempat-tempat pembinaan dan pembuangan sampah sarap.
  • Pakai kasut atau selipar yang mempunyai tapak yang tebal.
  • Sentiasa peka dengan persekitaran.

Ancaman daripada penyakit

  • Amalkan cara hidup sihat.

Rehabilitasi

Lokaliti (setempat) :

  • Pastikan tempat luka sentiasa bersih dan elak daripada menggunakan minyak atau bahan-bahan yang diragui kebersihannya.
  • Sentiasa bersihkan diri dan persekitaran tempat tinggal.

Sistemik :

  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
  • Kawal paras gula terutamanya bagi mereka yang menghidap diabetes.
  • Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.
  • Pastikan kesihatan tubuh badan di tahap optima.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Amin Zafri bin Abd Rahman
Akreditor : Zulhelmi bin Abdullah
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

 

Artikel Berkaitan

Strok Haba (Heat Stroke)

Berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah celcius atau lebih) akibat terdedah kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal.

Ruam Panas

Ruam panas juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah yang berlaku kepada bahagian kulit yang boleh menjadi tersangat gatal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia