A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Pengekstrakan Sperma Dari Buah...

Pengekstrakan Sperma Dari Buah Zakar (TESE)

Pengekstrakan sperma dari buah zakar adalah satu proses mengeluarkan secebis tisu dari buah zakar di bawah bius tempatan dan mengekstrak untuk mendapatkan sperma yang hidup. Seterusnya, sperma tersebut boleh digunakan untuk prosedur ICSI. Proses ini dicadang kepada lelaki yang tiada sperma didalam air maninya atau azoospermia,Schoysman R,at al 1993, orang pertama yang telah berjaya senyawakan osit melalui proses pengekstrakan sperma  dari buah zakar dan seterusnya pesakit berjaya mengandung.

Buah Zakar

 

 

  ??sperma

                       Menjedut cecair dari epididymis   Dibawah Microscope

      Prosedur PESA       

 

Perkutaneus Epididymal Sperma Aspirasi (PESA) dilakukan oleh pakar dengan menggunakan jarum melekat pada picagari ke dalam epididimis dan sedup perlahan-lahan cecair dari epdidimis. Ia biasanya digunakan untuk lelaki yang menghadapi masalah pada saluran deferens vas. Sperma yang diambil dengan teknik ini hanya boleh digunakan bersama dengan rawatan ICSI.

Sperma tidak selalu boleh perolehi dengan teknik PESA dan pakar terpaksa melakukan prosedur pembedahan terbuka dipanggil TESE untuk memperolehi sperma dari tisu.

Latarbelakang

Sperma adalah organisma satu sel yang dihasilkan oleh buah zakar lelaki. Apabila bergabung dengan ovum (osit) wanita, persenyawaan boleh berlaku dan kehamilan adalah hasilnya. Sperma dihasilkan oleh buah zakar dan kemudian disimpan dalam organ kecil yang terletak di atas buah zakar dipanggil epididimis. Dalam kebanyakan kes sperma yang dirembeskan semasa ejakulasi, digabungkan dengan cecair pekat yang dipanggil air mani yang digunakan untuk melindungi dan membantu menggerakkan sperma. Apabila tiada sperma  di dalam air mani semasa ejakulasi,seperti lelaki yang pernah vasektomi, pengekstrakan sperma dari buah zakar adalah pilihanya .
Sperma pengekstrakan dari buah zakar biasanya tidak digunakan untuk permanian beradas (IUI), atau kemasukan sperma ke dalam uterus untuk persenyawaan kerana sering tidak mencukupi . Sperma ini  lebih kerap digunakan dalam persenyawaan in-vitro (ICSI). Ini adalah proses  sperma dan ovum digabungkan di luar rahim dan kemudian dimasukkan ke dalam rahim jika embrio telah terbentuk.
Lelaki yang tidak dapat menghasilkan sperma yang cukup biasanya terbahagi kepada dua kategori: azoospermia obstruktif dan azoospermia bukan obstruktif . Dalam senario pertama, jumlah sperma adalah normal tetapi ada halangan atau disekat. Dalam senario kedua, sperma tidak dapat dijumpai dalam air  mani tetapi mungkin dihasilkan di suatu tempat dalam buah zakar. TESE adalah dalam senario kedua ini, yang  mengeluarkan sejumlah kecil tisu buah zakar untuk pengekstrakan sperma.Cara ini boleh menjadi pilihan utama dan bernilai bagi lelaki. Jika terdapat sperma yang aktif dalam tisu, ia mungkin boleh digunakan untuk mempersenyawakan osit.
Seorang lelaki yang tidak dapat menghasilkan sperma melalui ejakulasi layak sebagai bakal calon untuk prosedur pengekstrakan sperma dari buah zakar ini. Dalam dunia moden hari ini, perubatan adalah harapan bagi orang-orang yang mengalami kesukaran mendapat cahaya mata. Seorang doktor, melalui ujian, boleh menentukan sama ada masalah ini adalah disebabkan oleh tersumbat dalam saluran sperma  atau  jumlah sperma terlalu rendah di bahagian tertentu buah zakar. Lelaki yang mengalami sama ada isu-isu ini boleh menjadi calon untuk pengekstrakan sperma dari buah zakar.

Metodologi

Prosedur memperolehi tisu dari buah zakar dilakukan di dewan bedah yang biasanya berkedudukan sebelah makmal embriologi.Ia melibatkan pemotongan kecil di kulit bahagian buah zakar dan seterusnya cubitan diperolehi dari buah zakar. Kemudian, sampel diberikan kepada embryologist untuk mengenalpasti kehadiran spermatozoa. Embryologist akan mencincang tisu tersebut dalam cecair media dan diperhatikan di bawah mikroskop untuk mengenalpasti sperma matang dan sel lain. Sebahagian daripada tisu juga dimasukan dalam bekas berisi formalin untuk ujian histologi. Sampel yang mengandungi sperma matang dan hidup akan disejukbekukan untuk kegunaan dimasa hadapan ataupun suntikan sperma intra sitoplasma (ICSI) pada hari yang sama. Jika tiada spermatozoa dikenal pasti, cubitan dari buah zakar sebelah lain akan diperolehi dengan  kaedah yang sama.

Kesimpulan

Krioawetan (Pembekuan) tisu buah zakar dan penggunaan berkesan dengan ICSI, telah merevolusikan cara amalan rawatan perubatan kesuburan.Sperma boleh dikenalpasti, disimpan, dan digunakan pada masa kematangan oosit. Dengan cara ini, pasangan yang  kecewa  setelah menjalani proses hyperstimulation ovari dapat memahami bahawa kehamilan tidak dapat dicapai dengan mudah jika tiada sperma yang mencukupi.Tidak ada jaminan bagi sperma  yang telah dibekukan akan sama kualiti  dengan sperma yang dicair semula. Kaunseling mengenai penggunaan sperma sejukbeku adalah penting bagi pasangan yang menjalani rawatan kesuburan.
Risiko yang berkaitan dengan prosedur TESE agak rendah. Lebam ringan atau pendarahan sedikit dialami oleh sesetengah pesakit. Walau bagaimanapun, kesan-kesan sampingan umumnya tidak kekal lama. Kemungkinan kerosakan saraf adalah jarang. Pengecutan buah zakar juga merupakan kejadian yang jarang berlaku sebagai hasil daripada prosedur ini.
TESE merupakan pilihan tambahan untuk pasangan yang mengalami masalah dengan kesuburan. Ramai lelaki rasa dia diberi peluang kedua  untuk menjadi bapa melalui pengekstrakan sperma dari buah zakar. TESE membantu untuk menghapuskan kegunaan sperma penderma dan membuktikan sekali lagi terdapat cabaran perubatan yang boleh diatasi dengan keajaiban kemajuan teknologi perubatan.

 

     ?    ??EarlySpematid           

Seminiferous tubules    Mencincang tisu      Di bawah Microscope

                                                                                  No Sperm  

                               Prosedur TESE

 

Rujukan

  • Barthold JS. Abnormalities of the testes and scrotum andtheir surgical management. In: Wein AJ, ed.Campbell-Walsh Urology. 10th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier;    2011:chapter 132. 
  • Elder JS. Disorders and anomalies of the scrotal contents.In: Kliegman RM, Behrman RE, Jenson HB, Stanton BF, eds. Nelson Textbook of Pediatrics. 19th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2011:chap 539.
  • Sabanegh E, Agarwal A. Male infertility. In: Wein AJ, ed. Campbell-Walsh Urology. 10th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2011:chapter 31. 
  • Stephenson AJ. Gilligan TD. Neoplasms of the testis. In: Wein AJ, ed. Campbell-Walsh Urology. 10th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2011:chapter 31. 
  • www.drmalpani.com/articles/testis-biopsy
Semakan Akhir : 10 Mac 2015
Penulis : Krishnan a/l Kanniah
Penterjemah : Krishnan a/l Kanniah
Akreditor : Dr.Kannappan a/l Palaniappan

 

Artikel Berkaitan

Punca

Introduction The International Association for the Study of Pain (IASP)

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,767,443

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia