Pengenalan
Ini adalah satu kepakaran khusus dalam bidang pergigian yang melibatkan pembentukan profil muka dan kegigian. Variasi dalam pembentukan kedua aspek ini boleh menimbulkan masalah dari segi estetik dan fungsi maka pakar ortodontik cuba memberi rawatan pintas agar perubahan ini tidak menjadi terlalu ketara. Selain daripada itu ia melibatkan penyediaan rawatan kepada mereka yang telahpun selesai peringkat pembentukan profil muka dan kegigian dan ingin membetukan sebarang ketaksempurnaan yang telah berlaku. Menyusun semula gigi dan merawat profil skeletal adalah antara perkhidmatan yang dapat di berikan oleh kepakaran ini.
Apakah masalah biasa berlaku?
- Variasi dalam gigi menyebabkan maloklusi
Gigi kita akan erup kedalam ruang mulut mengikut turutan kronologi tertentu supaya tersusun dalam tulang rahang diantara tisu lembut di dalam (lidah) dan diluar (bibir dan pipi). Tetapi variasi pada gigi dan saiz rahang, variasi bilangan gigi, tabiat, faktor tempatan dan patologi boleh menyebabkan susunan ini tidak betul. Ini adalah satu masalah dari segi estetik dan fungsi jika variasi sangat ketara. Dalam setengah pesakit variasi ini boleh mewujudkan keadaan dimana senang berlaku kecederaan dan kerosakan kepada kegigian dan tisu lembut dikeliling.
Dengan mengunakan aplians khas variasi ini boleh dirawat dengan jayanya setelah diagnosis dibuat dan rawatan dirancang dengan jitu.
- Variasi dalah pertumbuhan rahang
Profil muka boleh berubah mengikut individu dalam bentuk profil kelas I, kelas II dan kelas III.
Dalam profil rahang kelas 1, rahang atas (maxilla) dan bawah (mandible) hampir serata bila dipandang pada profile sisi.Dalam profil kelas II, rahang bawah berada di belakang rahang atas.
Dalam profile- kelas III rahang bawah berada di depan rahang atas.
Variasi ini menyebabkan perubahan hubungan antara rahang atas dan bawah bila seseorang mengigit dan ini menjadikan seseorang itu mempunyai maloklusi kelas I (gigitan normal), maloklusi kelas II (gigi atas jonggang) dan maloklusi kelas III (rahang bawah gigit ke depan).
Kaedah rawatan
Seorang pakar pergigian ortodontik merawat variasi tulang rahang dan kegigian menggunakan alat-alat berikut
- Aplians ortodontik boleh tanggal
- Aplains ortodontik tetap
- Modifikasi pertubuhan tulang rahang dan rawatan pintas
- Perubahan tulang rahang dengan pembedahan
- Aplians ortodontik boleh tanggal
Alat ini kurang digunakan kini tetapi masih membawa manfaat jika ingin membetulkan keadaan maloklusi yang ringkas. Ia sering digunakan untuk membetulkan satu atau lebih gigi dalam gigitan silang atau sebagai pemegang ruang. Ia diperbuat oleh bahagian plastik yang memegang semua komponen yang diperbuat wayar besi.
- Aplians ortodontik tetap
Kaedah rawatan utama dan membolehkan pergerakan gigi yang kompleks dalam tiga dimensi dilakukan. Pergerakan gigi dicapai dengan mengunakan braket, wayar dan pelbagai komponen yang diperbuat besi. Pelbagai jenis maloklusi dapat dirawat menggunakan peralatan ini.
- Modifikasi pertumbuhan rahang dan rawatan pintas.
Sesetengah ciri kegigian seseorang lebih baik jika dapat dibetulkan pada peringkat awal sebelum ia menjadi lebih teruk dan menimbulkan masalah yang lebih rumit untuk diatasi. Dalam setengah keadaan boleh berlaku kecederaan kepada gigi dan tisu keliling jika rawatan tidak terima.
Rawatan pintas bertujuan menyediakan rawatan awal untuk kumpulan ini dari segi percubaan untuk mendorong pertumbuhan ke arah yang dikehendaki atau membetulkan sususan satu atau dua gigi. Rancangan yang teliti diperlukan kemudian untuk menyempurnakan rawatan.
- Perubahan tulang rahang dengan pembedahan
Sesetengah individu hanya boleh dirawat dengan pembedahan rahang untuk membetulkan profil skeletal kerana perubahan yang telah berlaku terlalu ketara dan adalah diluar kebolehan untuk dibetulkan dengan rawatan biasa mengunakan aplians tetap sahaja. Individu ini memerlukan pembedahan rahang jika ingin membetulkan fungsi dan estetik ke yang diingini.
- Rawatan pelbagai kepakaran
Bagi sesetengah golongan populasi; pakar pergigian daripada beberapa kepakaran diperlukan untuk bekerja sama dalam merawat maloklusi mereka yang kompleks seperti rekah bibir dan kekurangan bilangan gigi yang banyak (hypodontia)
Kerjasama ini akan memberikan rawatan yang lebih lengkap dan bermutu tinggi berbanding jika seorang pakar mengendalikan rawatan dengan keseorangan. Namun masa yang lebih lama diperlukan untuk sesi-sesi perbincangan dan meneliti rancangan rawatan agar kehendak pesakit dikomunikasi dengan lengkap kepada kesemua pakar yang terlibat.
Cara mendapatkan rawatan ortodontik
Bagi mendapatkan rawatan ortodontik seseorang yang minat perlu menghadiri ke klinik yang bersesuian dan yang menyediakan rawatan kepakaran tersebut.
Orang awam perlu terlebih dahulu menhadiri untuk pemerikasaan pergigian oleh pegawai pergigian dan meminta surat rujukan untuk berjumpa dengan seorang pakar pergigian ortodontik. Bagi murid – murid sekolah jururawat pergigian yang hadir ke sekolah semasa saringan pergigian akan membuat pemeriksaan dan merujukkan individu yang memerlukan rawatan kepada pegawai pergigian supaya kemudiannya boleh dirujuk kepada pakar pergigian ortodontik.
Selain daripada mendapatkan surat rujukan kepada pakar ortodontik keperluan berikut juga adalah penting.
- Pesakit umur 18 and ke bawah merupakan golongan keutamaan semasa memberikan rawatan kepakaran di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Higin mulut mestikan pada tahap cemerlang dan tidak ada lesi karies atau segala lesi karie gigi telah dirawat.
- Dapat memastikan higin mulut kekal pada tahap cemerlang sepanjang tempoh rawatan.
- Mengikut nasihat pemakanan dan dapat mengikuti arahan penjagaan kesihatan mulut.
- Bermotivasi tinggi dan dapat menghadiri temujanji rawatan yang diberikan
Rujukan
- An introduction to Orthodontics; Third Edition. Laura Mitchell. 2007
- Contemporary Orthodontics, William R Proffit (5th Edition)
- Andrews, L F. (1972). The six keys to normal occlusion. American Journal of Orthodontics.62.296-309
- Angle E.H. (1899) Classification of Malocclusion. Dental Cosmos 41,248-64.
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis / Penterjemah | : | Dr. Puvanendran a/l Balasingam |
Akreditor / Penyemak | : | Dr. Hjh. Rashidah bt. Dato’ Hj. Burhanuddin |