A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penglihatan Kabur

Apabila penglihatan kita menjadi kabur, ini bermakna penglihatan kita tidak lagi tajam sehingga kita tidak dapat melihat dengan jelas.

Apabila penglihatan kita menjadi kabur, ini bermakna penglihatan kita tidak lagi tajam sehingga kita tidak dapat melihat dengan jelas. Sebagai contoh, apabila kita menonton filem, kita hanya dapat melihat muka pelakon tetapi mata atau bentuk mulut pelakon tidak begitu jelas

Penglihatan boleh menjadi kabur secara tiba-tiba atau beransur-ansur bergantung kepada penyebab kekaburan. Ia boleh menjejaskan kedua-dua belah atau sebelah mata sahaja. Masalah ini boleh berterusan, hilang dan berulang semula

Punca

Antara punca penglihatan kabur dalam kalangan remaja :

  • Myopia (Rabun jauh)
    • Masalah ini boleh dibetulkan dengan menggunakan cermin mata atau kanta sentuh.
  • Astigmatisme
    • Masalah ini boleh dibetulkan dengan cermin mata.
  • Memakai cermin mata salah
  • Penyakit mata
    • Katarak
    • Jangkitan mata yang teruk
  • Masalah kesihatan yang tidak melibatkan mata secara langsung
    • Migrain
    • Kecederaan kepala / gegaran
    • Barah otak (tumor)
    • Jangkitan, contohnya : Meningitis
  • Dadah, contohnya :
    • Amfetamin
    • Sesetengah anti-cholinergics/anti-spasmodics
    • Kortikosteroid

Bila anda perlu mendapatkan bantuan?

  • Jika anda mengalami sebarang masalah penglihatan, sila dapatkan rawatan doktor. Doktor boleh menilai gejala dan membuat diagnosis pada mata anda.
  • Jangan mengambil ringan dengan gejala penglihatan kabur walaupun ia berlaku dalam tempoh masa yang singkat. Remaja biasanya mengalami rabun jauh. Namun, terdapat banyak keadaan serius yang boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Jika anda mengalami gejala di bawah, sila berjumpa doktor dengan segera.

  • Sakit mata yang berkaitan dengan kemerahan.
  • Kehilangan penglihatan tengah atau sisi.
  • Rabun dekat.
  • Rabun ayam (rabun pada waktu malam).
  • Demam.
  • Sakit kepala.
  • Berunsur-ansur mengalami kesukaran berjalan atau bercakap.
  • Hilang ingatan.
  • Kebas atau lemah anggota badan bahagian atas atau bahagian yang lebih rendah.
  • Turun berat badan tanpa sebab.

Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah masalah penglihatan?

  • Amalkan tabiat membaca yang baik.
    • Dapatkan pencahayaan yang baik semasa membaca.
    • Jangan meletak bahan bacaan terlalu dekat dengan mata.
    • Rehatkan mata selepas membaca atau menggunakan komputer setiap 20 hingga 30 minit dengan melihat objek jauh sebaik-baiknya berwarna hijau.
  • Makan makanan yang berkhasiat serta kaya dengan vitamin A dan antioksidan seperti sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Jangan merokok.
  • Pakai cermin mata pelindung (goggle) jika perlu.
Semakan Akhir : 28 Ogos
Penulis : Dr. Nazrila Hairizan bt. Nasir
Terjemah : Pn. Noorhayati Kassim
Akrditor : Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Kanta Sentuh

Jika anda kurang selesa dan kaca mata anda membatasi aktiviti anda, mengapa tidak mencuba kanta sentuh

Mata Merah yang Tidak Menyakitkan

Mata yang merah biasanya akan menyebabkan kita bimbang kerana mungkin terdapat sesuatu yang tidak kena dengan mata kita. Permukaan mata kita kelihatan merah kerana saluran darah di dalam mata membengkak.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,816

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia