A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Home
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Remaja Umum
  6. /
  7. Pengucapan Awam – Bagaimana...

Pengucapan Awam – Bagaimana Mengatasi Masalah Ketakutan Ketika Berucap

Pengucapan Awam - Bagaimana Mengatasi Masalah Ketakutan Ketika Berucap Sumber: https://onlineacademiccommunity.uvic.ca/public-speaking-sign.jpg Pengucapan awam merupakan satu kaedah komunikasi lisan yang dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang hendak diucapkan di hadapan khalayak ramai. Perasaan takut, gementar dan berdebar-debar adalah perasan yang biasa dirasai oleh setiap individu yang hendak berucap. Mempelajari teknik dan berlatih berucap dapat mengurangkan rasa gemuruh dan gementar. Perasaan ini dapat dikawal dan diatasi apabila keyakinan diri telah terbina setelah berulangkali berceramah. Pengucapan Awam - Bagaimana Mengatasi Masalah Ketakutan Ketika Berucap2Sumber: http://www.elevationnetworks.org/wp-content/uploads/2013/01/public-speaking.png Persediaan sebelum memberi ucapan

  1. Ada niat dan azam untuk berucap di hadapan orang ramai untuk mencetuskan semangat semasa menghadapi situasi tersebut
  2. Buat pemerhatian dan belajar daripada perucap-perucap yang terkenal untuk menjadikan panduan dengan mendengar gaya dan nada pertuturan serta melihat pergerakan tubuh badan dan mimik muka penceramah
  3. Perlu menyediakan teks atau rangka dan isi ucapan bersesuaian dengan jangka masa yang diberikan untuk berucap
  4. Jika ini kali pertama anda hendak bercakap di khalayak ramai maka berlatih berucap beberapa kali di hadapan cermin dahulu dan seterusnya berlatih berucap di hadapan ahli keluarga, guru serta rakan untuk membantu anda meningkatkan keyakinan diri anda. Perucap yang baik tidak akan melihat dan membaca teks yang disediakan
  5. Menerima segala teguran dengan hati yang terbuka untuk membaiki gaya dan nada ucapan anda. Anda perlu sentiasa berfikiran positif dan emosi yang baik
  6. Jika anda masih baru, sediakan kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap
  7. Persedian mental seperti berucap dahulu dalam minda anda dan membayangkan bagaimana anda akan berucap di hadapan khalayak ramai boleh membantu menenangkan perasaan anda
  8. Berdoa setiap kali hendak memulakan ucapan agar anda tenang dan apa yang hendak di ucapkan dapat difahami serta diterima oleh pendengar
  9. Bersedia untuk menjawab apa jua soalan daripada para pendengar dengan hati terbuka,
  10. Jangan panik jika soalan yang dikemukakan tidak dapat dijawab oleh anda sebaliknya jawab lah dengan jujur apa yang anda tahu dan jawapan yang anda tidak pasti boleh dimaklumkan kemudian setelah anda mencari jawapannya
  11. Rehat dengan secukupnya dan menjaga kesihatan diri agar ucapan anda tidak terganggu dengan masalah kesihatan serta sentiasa bersiapsiaga untuk berucap
  12. Memakai pakaian yang sesuai dan selesa semasa hendak berucap
  13. Minum dan sediakan air sebelum berucap agar ucapan anda tidak terganggu akibat kekeringan mulut ketika berucap
  14. Pastikan hajat anda hendak ke tandas diselesaikan terlebih dahulu sebelum ucapan dibuat

 Pengucapan Awam - Bagaimana Mengatasi Masalah Ketakutan Ketika Berucap3Sumber: http://2.bp.blogspot.com/seminar_from_back_pc_3442.png Teknik Pengucapan awam yang berkesan Teknik Pengucapan awam yang berkesanSumber: https://iveronicawalsh.files.wordpress.com/publicspeakingsignpost1.jpg

  1. Pandangan pertama (first impression) penting daripada aspek cara berpakaian yang sesuai dan pastikan anda mulakan dengan senyuman. Anda perlu menyukai semua pendengar anda. Ucapkan kata-kata yang menunjukkan atau memberi tanda yang anda amat menyenangi pendengar serta mengutamakan mereka. Mulakan dengan pengenalan diri dan bina hubungan dengan pendengar anda supaya dapat wujudkan keserasian
  2. Kenali tempat pengucapan dengan melihat suasana sekitar terlebih dahulu sebelum berucap dan datang 15 minit lebih awal untuk persiapan yang rapi supaya anda tidak kelihatan kelam kabut.
  3. Mengenali pendengar yang hadir dari segi lingkungan umur, taraf pendidikan, bahasa yang senang difahami agar anda dapat meyampaikan ucapan dengan yakin dan mudah difahami oleh pendengar
  4. Ketahui dan pastikan bahan yang ingin gunakan semasa berucap sesuai dengan suasana, pendengar dan penggunaannya agar dapat membantu menyampaikan ucapan anda dengan sempurna
  5. Sentiasa bertenang dan tidak rasa terlalu gementar atau takut untuk berhadapan khalayak ramai
  6. Sampaikan ucapan dari dalam diri anda seikhlas yang boleh agar para pendengar dapat terkesan atau merasa keikhlasan ucapan anda. Ucapan yang datang dari diri yang ikhlas lebih mudah untuk pendengar memahaminya
  7. Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda berucap mood emosi anda berada dalam mood positif. Jika anda berasa dukacita, stress,kecewa, kurang bersemangat atau bimbang, cuba usaha tukarkan emosi anda pada keriangan, bersemangat, sayang, gembira, unggul dan sebagainya kerana sebarang emosi anda sama ada positif atau negatif akan juga turut dirasai oleh pendengar
  8. Fokuskan diri anda untuk menyampaikan ucapan yang terbaik bukan fikirkan ketakutan atau kecemasan
  9. Tingkatkan keyakinan diri semasa menyampaikan ucapan dengan membuat persedian yang terliti serta berlatih di hadapan cermin, guru, rakan atau ahli keluarga. Mereka boleh membantu serta menegur gaya penyampaian anda jesteru anda boleh menyampaikan ucapan yang terbaik semasa di hadapan khalayak atau pendengar
  10. Nyatakan objektif ucapan anda dengan jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup. Mukadimah atau pengenalan pada ucapan 15% isi kandungan 70% dan penutup atau kesimpulan 15%
  11. Jika ada sebarang kesilapan misalnya tidak ingat maka teruskan sahaja ucapan anda dan jangan sesekali memohon maaf menampakkan kesalahan anda pada masa berucap.
  12. Sulamkan ucapan anda dengan jenaka
  13. Bercakap dengan jelas dan lantang, jangan terlalu cepat dan pastikan setiap patah kata-kata anda berserta dengan roh, jiwa, emosi dan fikiran anda. Ini akan memastikan ucapan anda penuh dramatik dengan nada-nada yang pelbagai yang menjadikan ucapan anda ‘HIDUP’. Gunakan pergerakan tangan
  14. Kaki dan mimik muka yang sesuai dan tidak keterlaluan untuk mengambarkan emosi dan menjelaskan maksud ucapan anda
  15. Alat bantuan juga boleh digunakan sebagai daya penarik dan menjelaskan maksud ucapan supaya tercapai objektifnya. Alat tersebut adalah seperti papan dan kertas mahjung, pen marker, sistem audio, laptop dan LCD dengan menggunakan persembahan power point atau sebagainya
  16. Hubungan mata (eye contact) antara anda dan khalayak ramai amat penting untuk membolehkan anda ‘mengikat’ khalayak ramai untuk mendengar dan melihat anda berucap dengan penuh minat
  17. Pengalaman sebenar dan pengalaman orang lain perlu dimasukkan dalam ucapan anda sebagai contoh kerana kisah masyarakat menjadi daya penarik mengungkapkan maksud ucapan anda
  18. Teruskan berdoa agar anda berasa tenang sepanjang ucapan yang hendak anda sampaikan

 

Last Reviewed : 20 November 2015
Writer : Dr. Norizzati Bukhary binti Ismail Bukhary
Accreditor : Dr. Zienna Zufida binti Zainol Rashid

Artikel Berkaitan

Etika Menulis Blog

Blog adalah satu laman web tidak formal yang selalunya berformatkan seperti sebuah diari. Blog sering  mengandungi maklumat atau perbincangan mengenai sesuatu perkara.

Sekolah Menjengkelkan!

Kita semua pernah pergi ke sekolah, samada sekolah kerajaan atau sekolah swasta. Mengikut sistem pendidikan Malaysia, 11 tahun dari kehidupan kita dihabiskan di sekolah.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,616

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia