A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Tanda dan Gejala

    1. Apa itu Stres?
      Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan

 

    1. Adakah stres sesuatu yang bahaya?
      TidakGraf Stres Hans Selve
      stress level

      Bila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.

      Bila stres berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres

      Stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.

 

  1. Adakah anda mengalami stres? Untuk mengetahuinya, anda boleh mencuba ujian yang dikenali sebagai Ujian Stres.
    Jumlah markah Maklumat Nasihat
    Kurang dari 10 Anda mempunyai ketahanan diri terhadap stres

    Syabas! Namun anda boleh mempelajari fakta-fakta dan teknik pengurusan stres yang baik.

    Apa yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan stres

    10 – 20 Anda menunjukkan tindakbalas yang normal terhadap stres

    Anda boleh memanfaatkan dengan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres.

    Apa yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan mendapat stres

    30 to 50 Anda mudah mengalami stres

    Anda perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan dengan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres.

    Apa yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan mendapat stres

    Lebih dari 50 Anda mengalami stres yang tinggi

    Anda perlu melakukan perubahan dalam amalan cara hidup anda. Sila mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres.

    Apa yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan mendapat stres

  2. Bagaimana saya tahu, saya mengalami stres?Fizikal
    • Gementar
    • Berpeluh
    • Rasa seram sejuk
    • Tangan dan kaki rasa sejuk
    • Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah
    • Bernafas laju
    • Kering mulut
    • Kerap buang air kecil
    • Kerap buang air besar
    • Cirit birit
    • Kurang selera makan
    • Mudah dapat serangan penyakit:
      • Asma
      • Sakit belakang badan
      • Masalah penghadaman
      • Sakit kepala
      • Gatal-gatal
    • Masalah hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual
    • Sakit-sakit badan
    • Cepat letih

    Psikologikal

    • Kebimbangan
    • Keliru dan kurang daya tumpuan
    • Sukar kawalan diri
    • Perubahan emosi:
      • Tekanan perasaan
      • Kekecewaan
      • Mewujudkan permusuhan
      • Rasa tak berdaya
      • Kurang sabar dan cepat marah
      • Lemah Semangat
    • Susah nak tidur
    • Mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan arak

    Gangguan Fikiran

    • Sukar membuat keputusan
    • Kurang minat terhadap aktiviti harian
    • Tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar
    • Pemikiran positif terganggu disebabkan
    • Sering berfikiran negatif
        • Kurang memberi perhatian
        • Hilang keyakinan diri
        • Hilang tumpuan
        • Penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa dan cepat marah

    Tingkah laku

      • Bercakap dengan cepat dan kuat
      • Menguap
      • Suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih
      • Perasaan yang negatif:
        • Mudah tersinggung
        • Terlalu bergantung kepada orang lain
        • Suka memberi komen dan kritik orang lain
        • Boleh bertindak ganas
        • Bertindak secara tidak logik
        • Bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi
      • Kurang Kecekapan diri:
        • Mudah lupa
        • Selalu membuat kesilapan
        • Sering terlibat kemalangan
      • Kurang produktiviti kerja
      • Menindakkan keupayaan diri sendiri
  3. Punca stres
    1. Stres Ancaman (survival) :Berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman yang sedang dihadapi.
    2. Stres dalam diri sendiri:Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. .

      Apabila anda terlalu mengharapkan kesempurnaan yang sukar dicapai. Lima harapan kesempurnaan yang tidak realistik oleh seseorang itu adalah:

        • Anda mengharapkan orang lain mengagumi dan menyayangi anda
        • Anda menggagap diri anda kompeten setiap masa
        • Anda mempercayai orang lain yang menyebabkan segala kegagalan anda
        • Anda mengharapkan setiap kerja yang di hasilkan adalah sempurna yang dikehendaki oleh anda dan orang lain perlu mengikut kata-kata anda
        • Anda mempercayai pengalaman buruk yang lepas akan mempengaruhi masa depan anda
    3. Stres persekitaran tempat kerja anda
      1. Stres disebabkan persekitaran
          • Ruang tempat kerja yang sempit
          • Ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai
          • Bising
          • Kawasan yang kotor dan tidak selesa
          • Pencemaran
          • Pengurusan persekitaran yang tidak cekap
      2. Stres disebabkan bahan kimia dan pemakanan
          • “Caffeine” boleh menyebabkan hormon stres dalam badan anda meningkat, sukar hendak tidur dan menyebabkan anda tidak selesa
          • Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi
          • Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan kimia.
    4. Stres disebabkan Cara Hidup dan PekerjaanFaktor yang menyumbang kepada stres jenis ini ialah:
      • Beban kerja yang tinggi atau terlalu kurang
      • Dibebani oleh tanggungjawab di luar keupayaan dan pengalaman anda
      • Menghadapi banyak rintangan yang tidak sepatutnya diselesaikan oleh anda
      • Tekanan dari segi masa dan tarikh luput kerja yang perlu disiapkan
      • Kurang kemampuan untuk mengikuti peredaran masa
      • Perubahan dasar dan prosedur di tempat kerja
      • Kurang mendapat maklumat, nasihat dan sokongan yang bersesuaian
      • Tidak jelas tentang objektif yang hendak dicapai
      • Tidak jelas tentang kehendak ketua terhadap peranan anda
      • Dibebani dengan tanggungjawab terhadap orang bawahan, sumber kewangan dan peralatan
      • Tekanan perkembangan kerjaya seperti:
        • Dalam tempoh percubaan, kecewa dan jemu terhadap pekerjaan sekarang
        • Kenaikan pangkat di luar kemampuan diri
        • Tidak jelas tentang perkembangan kerjaya pada masa akan datang
        • Tiada peluang kenaikan pangkat
        • Tiada jaminan pekerjaan
      • Tekanan daripada organisasi atau pelanggan seperti
        • Tekanan dari pihak atasan
        • Campur tangan terhadap bidang tugas
        • Tuntutan berlebihan daripada pelanggan
        • Gangguan terhadap perancangan kerja
        • Gangguan telefon
      • Tekanan atas diri sendiri dan keluarga seperti:
          • Masalah kewangan
          • Masalah hubungan dengan keluarga
          • Penyakit yang dialami
          • Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan penceraian

    Komplikasi

  4. Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak ambil berat masalah stres yang dihadapi? Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi kesan yang teruk kepada diri anda. Anda perlu mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini, sekiranya tidak, ia akan memberi kesan kepada diri anda seperti berikut:
    • Mudah keletihan dan cepat penat
    • Kekecewaan
    • Hilang semangat ( “burn out” )

    Pencegahan

    Apa perlu saya lakukan untuk mengurangkan stres?

    • Anda perlu menerima kenyataan yang anda sedang mengalami stres
    • Anda perlu kenal pasti punca yang menyebabkan anda stres
    • Pelajarilah teknik dan kaedah pengurusan stres.
    • Sekiranya tiada perubahan dalam masalah stres yang anda hadapi selepas tiga minggu anda amalkanteknik dan pengurusan stres yang disarankan ini, berjumpalah dengan pakar dan dapatkan bantuan mereka

Klik disini untuk menilai risiko kesihatan anda!!!

Semakan Akhir : 02 Julai 2008
Penulis : Dr. Mohd Nasir bin Abd Kadir

 

Artikel Berkaitan

Cinta Dan Remaja

Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa.
Cinta itu mungkin, sedang mati itu pasti menjemput kita.
Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta atau tidak, tetapi Allah akan bertanya bahawa umur kita, di mana telah kita usahakan atasnya.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,822

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia