A A +A
[wpml_language_selector_widget]

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengurusan Tinitus

Tinitus adalah bunyi di dalam telinga yang hadir tanpa rangsangan bunyi luar. Ia boleh didengari di sebelah telinga, kedua-dua belah telinga, atau di dalam kepala. Secara amnya tinitus difahami sebagai desingan, atau dengungan di dalam telinga yang terjadi secara berterusan atau berselang-seli. Tinitus boleh berlaku kepada semua peringkat umur tetapi dianggarkan hanya 0.5% hingga 2% sahaja yang terjejas akibat tinitus.

Apakah Tinitus?

Tinitus adalah bunyi di dalam telinga yang hadir tanpa rangsangan bunyi luar. Ia boleh didengari di sebelah telinga, kedua-dua belah telinga, atau di dalam kepala. Secara amnya tinitus difahami sebagai desingan, atau dengungan di dalam telinga yang terjadi secara berterusan atau berselang-seli. Tinitus boleh berlaku kepada semua peringkat umur tetapi dianggarkan hanya 0.5% hingga 2% sahaja yang terjejas akibat tinitus. Kebiasaannya ia dialami oleh individu yang mempunyai masalah pendengaran atau masalah berkaitan telinga, namun ia juga boleh dirasai di kalangan individu yang mempunyai pendengaran normal. Punca Tinitus bukan satu penyakit tetapi ia adalah gejala/simptom dari pelbagai penyakit. Ia boleh terjadi pada mana-mana bahagian sistem pendengaran. Walaupun demikian, Punca tinitus yang tepat masih belum dapat difahami sepenuhnya. Faktor yang mungkin menyebabkan tinitus seperti berikut;

  • Penyakit pada telinga dalam yang berkaitan dengan masalah pendengaran  serperti penyakit Meniere’s, penuaan dan pendedahan bunyi bising. yang berterusan dan melampau
  • Masalah telinga tengahseperti jangkitan kuman, otosclerosis, gegendang berlubang,
  • Acoustic neuroma
  • Pengambilan ubat yang toksik kepada telinga
  • Gangguan kardiovaskular atau saraf
  • Trauma yang teruk atau tekanan yang melampau

pengurusan_tinitus2

Sumber: www.drugs.com

Penilaian atau pemeriksaan Rawatan untuk penyakit telinga tidak akan melegakan tinnitus sepenuhnya, tetapi penilaian yang sesuai untuk diagnosis adalah penting untuk mengelakkan kesan sampingan akibat tinitus. Di antara penilaian bagi pesakit tinnitus yang dilakukan di Klinik Otorinolaringologi (ORL) dan Audiologi adalah;

  • Pengambilan sejarah klinikal termasuklah berkenaan pendengaran dan tinitus,
  • Pengambilan sejarah pekerjaan dan keluarga,
  • Pengenalpastian masalah berkaitan telinga dan keadaan kesihatan,
  • Pemeriksaan telinga,
  • Pemeriksaan pendengaran (Pure Tone Audiometry – PTA),
  • Penilaian telinga tengah (Tympanometry).

Selain dari itu, beberapa prosedur khas juga turut digunakan untuk mengetahui keadaan tinitus seperti

  • Padanan kenyaringan tinnitus (Pitch Matching)
  • Padanan kekuatan tinnitus (Loudness Matching)
  • Tahap penopengan tinnitus yang minimum (Minimum Masking Level)
  • Baki perencatan tinitus ( Residual inhibition)
  • Borang soal selidik mengenai tinitus

Intervensi/rawatan Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk membantu pesakit tinitus.. Walau bagaimanapun rawatan yang diberikan hanya lebih kepada langkah-langkah untuk mengurangkan kesan tinitus kepada pesakit. Dua objektif utama rawatan tinitus;

  1. untuk mengurangkan kekuatan tinitus dan
  2. untuk mengurangkan kesan negatif tinitus  terhadap kualiti hidup individu.

Dalam kebanyakan kes, bunyi tinitus berkurangan selepas suatu tempoh walaupun tanpa melakukan apa-apa rawatan secara khusus. Ini dinamakan habituasi ataupun pembiasaan. Contoh: Bila kita memasuki sebuah bilik dengan kipas yang bising atau bunyi berdengung dari penghawa dingin, pada mulanya kita akan mendengar bunyi tersebut sangat kuat dan mengganggu, namun selepas beberapa ketika, kita tidak akan mengendahkan lagi bunyi-bunyi tersebut Jika masalah ini semakin teruk anda mungkin perlu berjumpa dengan pakar untuk rundingan lanjut. Berikut adalah pilihan rawatan yang biasa diberikan oleh Audiologis kepada pesakit tinitus. Walaupun demikian, adalah diingatkan bahawa setiap rawatan yang hendak diikuti perlu mendapat nasihat daripada pakar terlebih dahulu. 1. Penerangan dan pendidikan Objektif utamanya adalah untuk membantu pesakit tinnitus memahami masalah yang dialami dan dapat mengurangkan kebimbangan. 2. Alat bantu pendengaran Dianggarkan bahawa hampir 70% daripada individu yang mempunyai masalah pendengaran juga mempunyai tinitus. Adalah wajar untuk mempertimbangkan alat bantu pendengaran bukan sahaja untuk membantu mendengar dengan lebih baik tetapi juga untuk mengurangkan tinitus. 3. Terapi bunyi Matlamat utama terapi bunyi adalah untuk meningkatkan tahap kebisingan di persekitaran pesakit dan pada masa yang sama mengurangkan persepsi pesakit terhadap tinnitus Biasanya, tinitus akan menjadi lebih jelas dalam situasi senyap dan kurang mengganggu dalam persekitaran bising. Antara kaedah terapi bunyi yang boleh digunakan oleh pesakit;

  • Tinnitus masker
    • Saiznya sama dengan alat bantu pendengaran,
    • Alat ini mengeluarkan pelbagai nada bunyi  nada yang boleh dipilih supaya  Tinnitus masker  memberi kesan optimum untuk mengurangkan kekuatan bunyi tinnitus,
    • Kini terdapat beberapa alat bantu pendengaran yang mempunyai pilihan fungsi Tinnitus Masker. Ia sangat sesuai bagi yang mempunyai masalah pendengaran beserta tinnitus.
Tinnitus masker Neuromonics
pengurusan_tinitus4 pengurusan_tinitus5
Source: hearingcaresolutions .com Sumber: www.hearingsolution.com.my
  • Bunyi-bunyi persekitaran
    • Kadang-kadang bunyi dari televisyen, radio atau bunyi dari kipas dan jam berdetik juga boleh membantu untuk mengurangkan kekuatan tinitus,
    • Paling penting adalah untuk mengelakkan kesunyian atau berseorangan,
CD yang khas untuk pesakit tinnitus Alat khas yang mengeluarkan bunyi-bunyi bising (Tabletop sound machine) Memasang radio ketika sunyi
pengurusan_tinitus6 pengurusan_tinitus7 pengurusan_tinitus8
Sumber: tgonetinitus .com Source: tinnitoolusa.com Source: www.vanderbilthealth.com

4. Rawatan psikologi

  • Ia adalah rawatan khusus yang hanya dilaksanakan oleh pakar dalam kesihatan mental yang bertauliah seperti ahli psikologi klinikal, pakar psikiatri dan psikologis.
  • Pakar akan membantu pesakit  mengubah  tanggapan negatif kepada positif tentang tinitus

5. Tinnitus Retraining Therapy (TRT)

  • Terapi ini berpegang pada konsep yang serupa dangan habituasi. Tujuannya adalah untuk membantu pesakit membiasakan diri dengan tinitus mereka.

6. Low-Level Laser Therapy

  • Keberkesanan kaedah in masih dalam kajian,
  • Cahaya laser dipancarkan ke telinga dalam melalui salur telinga bagi  menggalakkan aliran darah  dalam telinga dan mengaktifkan mekanisme pemulihan dalam telinga. Pesakit perlu menjalani rawatan laser ini sekurang-kurangnya 20 minit sehari selama 10 minggu.
pengurusan_tinitus10
Source:http://alternativmedizin.li/english/soft-laser-device/

Rujukan

  1. Henry JA, Dennis KC, Schechter MA. General review of tinnitus: prevalence, mechanisms, effects, and management. Journal of Speech, Language and Hearing Research. 2005;48(5):1204.
  2. Hoffman HJ, Reed GW. Epidemiology of tinnitus. Tinnitus: Theory and management. 2004:16-41.
  3. Møller AR. Pathophysiology of tinnitus. Otolaryngologic Clinics of North America. 2003;36(2):249-66
  4. Jastreboff PJ. Tinnitus habituation therapy (THT) and tinnitus retraining therapy (TRT). Tinnitus handbook. 2000:357-76.
  5. S.Tyler R. Tinnitus treatment: clinical protocols. New York: Thieme; 2006.
  6. Tyler RS, Baker LJ. Difficulties experienced by tinnitus sufferers. Journal of Speech and Hearing disorders. 1983;48(2):150.

</tr

Semakan Akhir : 23 Mac 2016
Penulis : Wan Suhailah bt. Wan Husain
Akreditor : Nur Azyani bt. Amri

Artikel Berkaitan

Alahan Hidung

Pengenalan Alahan hidung ialah tindakbalas berlebihan pada sistem keimunan (sistem

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,772,691

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-16 15:32:21

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia